Lelaki sediakan tujuh orang pembantu rumah, tanda terima kasih kepada isteri. Rumah tangga adalah asas kepada masyarakat dan menjadi tempat di mana nilai-nilai murni serta kasih sayang dipupuk dan dibina.
Lelaki Sediakan 7 Orang Pembantu Rumah, Tanda Terima Kasih Kepada Isteri
Dalam konteks ini, peranan seorang suami yang menyantuni isterinya adalah amat penting untuk mewujudkan sebuah rumah tangga yang harmoni dan bahagia.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, pengasas spa, Dr Hannan Yusof berkongsi tentang pentingnya seorang suami menghargai isterinya.
Saya bagi isteri saya tujuh orang pembantu rumah tanda terima kasih.
Macam tak masuk akal, tapi di rumah saya memang ada tujuh orang pekerja sepenuh masa untuk uruskan keluarga saya. Ada pemandu, ada tukang kebun, ada pengawal keselamatan. Semua itu untuk kemudahan isteri dan anak-anak saya.
Saya cerita bukan nak menunjuk. Tapi nak kongsi segala saya buat ini sebab saya nak balas balik pengorbanan isteri saya selama pada saya. Sebab saya nak dia betul-betul rehat sekarang, sebab dia sudah terlalu banyak berjasa pada saya.
Pada awal perkahwinan, dia banyak mengalah. Dia yang uruskan anak-anak sebab dia nak saya fokus kejar cita-cita saya nak berniaga. Dia yang uruskan segala urusan rumah. Duit pun saya tal mampu nak bagi pada dia dulu sebab dulu saya banyak hutang sebab gagal dalam perniagaan kedai makan saya.
Ads
Dialah satu-satunya manusia yang yakin saya akan berjaya. Dia korbankan masa dia, kerjaya dia sebab dia nak saya berjaya dulu. Saya banyak tinggalkan famili. Sampai waktu dia lahirkan anak ke dua, saya tak ada sebab waktu itu saya pergi belajar di Korea.
Satu perkara lagi pasal isteri saya, dia tak pernah minta apa-apa daripada saya. Sejak dulu, dia tak pernah mengidam apa-apa. Apa yang saya bagi dia terima dengan gembira. Dia tak pernah bandingkan hidup dia dengan orang lain. Dia sentiasa gembira dengan apa yang kami mampu.
Sebab itulah sekarang saya bagi dia tujuh orang pembantu. Biar dia betul-betul rehat. Segala urusan rumah dan anak-anak dia tak perlu fikir. Waktu untuk dia nikmati hasil penat lelah dia selama ini. Sekarang dia boleh kejar cita-cita dia sejauh mana dia nak. Alhamdulillah.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” (Surah Al-Furqan (25:74))
Kesimpulannya suami yang menyantuni isterinya adalah seorang suami yang memahami tanggungjawab dan peranannya dalam rumah tangga. Dia bukan sahaja menjadi pelindung dan penyedia, tetapi juga seorang yang memberikan kasih sayang, perhatian, dan menghargai isterinya.
Ads
Keberkatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga akan terhasil apabila suami menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Oleh itu, setiap suami harus berusaha untuk menyantuni isterinya demi mencapai kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan berkeluarga.
Sungguhpun malang itu tidak berbau, pun begitu perkongsian kisah ini jadikan peringatan dan pengajaran bersama.
Memetik laporan berita di Sinar Harian mengenai seorang bayi perempuan berusia 10 bulan ditemui maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Bangkahulu, Gemas.
Kejadian malang yang berlaku pada jam 11.38 pagi itu, adik Siti Nur Aini Zulimi ditemui meninggal dunia dengan keadaan melecur 30 peratus dalam buaian elektrik di ruang tamu rumah keluarganya.
Ketua Balai Bomba Gemas, Mohd Farid Abu Bakar berkata, ketika kejadian, bayi berkenaan tinggal berseorangan di rumah berkenaan selepas ibunya pergi ke pekan Gemas.
“Ibu bayi itu ada urusan di bandar dan meninggalkan pesan kepada jirannya untuk membantu melihat anaknya jika menangis.
Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba Gemas dan Gemencheh berserta 16 anggota ke lokasi untuk memadam kebakaran.
Manakala menurut laporan Harian Metro, Ibu mangsa, Fatimah Mohamed,33, sebaik pulang daripada berurusan di Pejabat Pos Gemas, dia nampak asap dari luar kediaman dan terus terbayangkan anaknya.
“Sebaik sampai, saya terus masuk ke dalam rumah menerusi pintu depan dan pada mulanya, mengharapkan bayi selamat.
Menurutnya, bayinya itu adalah anak bongsu daripada enam beradik membabitkan empat
lelaki dan dua perempuan berusia antara 10 bulan hingga 12 tahun.
Ibu ini tidak menyalahkan sesiapa dalam kejadian itu dan reda dengan ketentuan Ilahi.
Setiap kali memuat naik gambar si kecil ini, pasti mendapat perhatian ramai. Wajahnya yang comel dengan senyuman manis memikat mata yang memandang. Rizqaa Rizman, buah hati pengarang jantung kepada pasangan Rizman Nordin dan isterinya, Nurida Suraya.
Terbaru, wajah si kecil ini tampak cukup manis mengenakan baju kurung yang pastinya direka khas oleh si ayah yang merupakan pereka fesyen terkenal.
Tampil sedondon bersama si ibu, wajah Rizqaa menjadi tumpuan dalam majlis tahlil yang berlangsung serentak dengan majlis aqiqah yang diadakan oleh ayahnya baru-baru ini.
Selain wajah comel Rizqaa yang tampil dengan busana rona merah jambu cair, dihiasi skaf dan reben kecil dikepala membuatkan dia cukup manis.
Bila bergelar anak sulung tentu tanggungjawabnya luar biasa. Mana taknya menjadi individu yang menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Nak tahu lebih lanjutnya nikmati bergelar anak sulung, jom lihat perkongsian Taufiq Razif ini
Nikmat Ke Jadi Anak Sulung?
Mengikut kajian manusia Anak sulung lebih tinggi IQ nya Kerana lebih banyak ‘mental stimulation’ nya
Anak sulung juga biasanya Mendapat 100% fokus ibubapanya Seluruh perhatian ibubapa hanya padanya
Anak sulung juga Biasanya lebih terserlah kemampuan memimpinnya Kerana di bawahnya Ada adik beradik yang perlu diawasinya
Tahu tak kita semua Di sebalik kelebihan anak pertama Terselit seribu satu tanggungjawab yang perlu ditanggungnya?
▪️ Anak sulung kena tunjuk contoh terbaik kerana anak sulung adalah idola kepada adik beradiknya
▪️Anak sulung kena belajar menjadi coach kepada adik beradiknya. Mendamaikan ketika ada perselisihan, menenangkan ketika terjadi pertikaian.
▪️Anak sulung kena berlatih jadi ketua rumahtangga, samada rela atau terpaksa kerana mereka lah pemimpin utama selepas ibu dan ayahnya. Ianya persediaan terpenting jika ditakdirkan ibu ayahnya tiada lagi di dunia
▪️Anak sulung kena tahu hukum hakam agama. Kerana selepas ketiadaan ibubapanya, anak sulung lah tempat rujukan utama. Anak sulung lelaki jugalah yang akan diangkat menjadi wali kepada adik beradik di bawahnya!
Taufiq Razif Anak Pertama Dalam 7 Beradik Yang Lelaki Semuanya!
p/s : saya suka kongsi ilmu parenting eksklusif di telegram channel saya. Klik je link ni untuk join ? t.me/NotaTaufiqRazif
p/s : Siapa kat sini anak sulung juga?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim menitipkan ucapan hari lahir buat anaknya bersama bekas suami, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah undang sebak ramai.