Perkongsian daripada Dr Hamid Arshat tentang bagaimana dirinya melakukan muhasabah, harus dijadikan panduan juga untuk kita memperbaiki diri bagi menjadikan diri kita kearah insan yang lebih baik.

Hakikatnya, dengan bermunasabah bukan diri kita sahaja akan merasai menfaatnya malah terkesan juga pada insan yang ada sekeliling kita terutamanya keluarga tercinta.

Dan ini pula adalah apa yang dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat tentang dirinya.  Jom semak.

Dr Hamid Arshat Kongsi Cara Muhasabah Diri, Moga Terinspirasi Untuk Berubah Jadi Lebih Baik!

1. Banyakkan Istigfar
Adakah cukup bekalan saya untuk hidup berkekalan diakhirat? Saya sedar telah banyak buat dosa dimasa lepas; saya banyakkan istigfar. Dosa kita kepada Allah walau macam mana besar, berat dan bertimbun-timbun banyaknya , Allah maha pengampun dan penyayang.

Yang saya sangat takut ialah dosa kita kepada manusia lain dan ada diantara mereka kita tidak kenali. Munkin saya telah mengumpat, memfitnah, menipu, berhutang dan melakukan berbagai-bagai kesalahan dan kemunkaran tanpa saya sedari.
Kepada siapa saya nak mohon maaf. Takut dipadang mahsyar nanti pahala-pahala kita akan diberikan kepada mereka dan kita jadi muflis. Nauzubillah…

2. Maksimakan amal ibadah
Saya cuba tambah dan maksimakan amal ibadah.
Sempurnakan solatku , perlu solat fardhu berjamaah dimsajid ; sekarang hanya solat isha dan subuh sahaja. Perlu lebih lagi solat-solat sunat tahajud dan duha.

Puasaku, banyak juga tertinggal puasa Ramadan; perlu ganti/qodo’ serta tambah puasa sunat setakat yang saya mampu.

IKLAN

Zakat dan sedekahku,
Saya rasa belum sempurna pembayaran zakat pendapatan dan perniagaan saya. Insha Allah saya akan tingkatkan bidang ini.

Haji dan umrah, Alhamdulillah rukun Islam yang ini telah saya sempurnakan. Semoga diterima sebagai haji dan umrah mabrur dan mohon dikurniakan Allah al jannatun naim.
Saya akan teruskan ibadah umrah bila ada peluang secara ‘free and easy’ yang saya dapati amat sesuai bagi kami berdua.

4. Amal jariah, Saya akan terus menyumbangkan harta, tenaga, ilmu dan kepakaran kepada masjid, madarasah, pusat2 pendidekan, anak yatim dan orang tua.
Saya juga ada mewakafkan tanah untuk masjid dan akan terus berbuat demikian . Mungkin strateji ini akan saya cuba perluaskan.

4. Percakapan lunak dan senyum selalu.
Buat dan menyeru kebaikkan.
Menyeru dengan menujukkan teladan yang baik. Saya perlu lakukan selaras dengan percakapan saya. Terlalu banyak cara untuk dapat pahala. Senyum dan cakap2 yang meriangkan hati orang lain adalah sedekah. Memberi nasihat kearah kebaikkan. Menolong orang2 sakit, dhaif, cacat dan tua dengan tenaga kita.

IKLAN

5. Menfaatkan ilmu pengetahuan.
Selama hampir 50 tahun saya jadi doktor dan telah mengumpol ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran serta hikmah (wisdom) yang boleh saya kongsikan dan sampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Saya cuba menfaatkan ilmu agar jadi bekalan diakhirat kelak. Selain menulis makalah-makalah, buku, siaran radio dan tv, saya banyak menulis dalam website, blog dan facebook. Saya masih berusaha untuk sentiasa mengemas kini kan untuk menfaat khususnya kaum wanita.

6. Pekerjaan, kerjaya dan profesyen.
Saya sudah sampai penghujung kerjaya saya sebagai doktor pakar. Malah sudah beberapa tahun saya hentikan tugas sebagai pakar bidan.
Saya sekarang menumpukan dalam bidang kesuburan dan gyne sahaja.
Mencari pengganti agar sukar kerana tiada seorang anak yang sama bidang kepakaran dengan saya.
Walau demikian tumpuan saya melatih staf yang ada sekarang untuk jadi mahir dan cekap.
Selagi Allah kurniakan saya kesihatan dan kekuatan tubuh badan saya akan terus beri khidmat.

Saya cuba jadikan kerja sekarang sebagai ibadah dan untuk sumber rezeki bagi staff.

7. Anak-anak , cucu-cucu dan keluarga
Syukur alhamdulillah dikurniakan Allah 5 orang anak dan 12 orang cucu.
Mereka masing-masing sudah berdikari dan sibuk dengan tanggung jawab masing-masing. Harapan saya mereka mendidek dan membesarkan anak-anak mereka untuk pencapaian yg kebih baik dari saya. Memberi anak-anak terlalu banyak kemewahan membimbangkan saya (comfort zone).

IKLAN

Harapan saya juga anak-anak sedar akan tanggung jawab keatas kita yang semakin meningkat umor ( saya hampir 75tahun, isteri juga sama).Saya sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan kejayaan mereka dunia akhirat.Alhamdulillah ahli-ahli keluarga daripada adik saya dan usteri kelihatan berjaya dalam bidang masing-masing. Tiada keluarga yang perfect, tentulah terdapat sedikit masalah tetapi tidak menggugat silaturrahim sehingga berpecah belah. Kita masih bersatu dan tolong menolong antara satu sama lain.
Kita berhubung melalui kumpulan WhatsApp dan sentiasa menyebarkan berita sesama kita.

8. Wasiat dan hibah.
Sampai waktunya untuk membuat wasiat dan hibbah khususnya keatas harta waris yang akan kami tinggalkan.Kami anggap perkara ini perlu tindakan segera sebelum saya pindah kealam baqa’. Banyak cerita-c erita konflik, pergaduhan serta permusuhan antara adik beradik akibat dari pembahagian harta waris.Dilema jika ditukar nama sekarang , ada ibu bapa yang tua diusir dari rumah sendiri. Dilema bagi saya anak-anak tidak minat hartanah dikampung muar johor.

9. Rakan-rakan dan teman .
Memang saya mempunyai ramai rakan-rakan sekampung, sekolah, maktab tentera diraja, universiti malaya, rakan-rakan sekerja dihospital-hospital kerajaan, fakulti perubatan ukm, hospital pantai bangsar dan taman desa medical centre. Juga rakan-rakan baru yang kita temui ketika melancung, umrah dan lain-lain lawatan.
Tetapi kebanyakkan jadi kenalan sahaja. Sahabat yang betul-betul rapat hanya beberapa orang sahaja, ertinya teman yang sama-sama ketawa dan menangis.
Dizaman kemewahan dimana kebanyakkan orang-orang punyai ‘financial independence’ pergantungan kepada kawan semakin berkurangan. Tapi jangan terlalu asingkan diri ‘ no man is an island’
Terus berusaha untuk ‘reach out’ kepada kawan-kawan khususnya teman-teman lama yang sebaya umor dengan kita.Ambil peluang minum kopi atau sarapan bersama. Ini bolih menghilangkan stress dan beri tenaga baru. Berkawan setakat untuk interaksi sosial saja. Jauhkan perojek2 perniagaan khususnya jika melibatkan modal kewangan atau cagaran.

10. Masa depan bangsa dan ugama.
Saya akui pendidekan, pengalaman dan pendedahan dimerata dunia telah banyak menyumbangkan kepada kejayaan saya sekarang.
Saya berkerja keras dengan disiplin dan pengurusan masa yang berkesan.
Tapi saya juga akui banyak kelemahan dalam diri saya.
Saya belajar dan terus belajar tanpa jemu2, sumber utama ialah internet kerana ia sesuai dengan masa dan caragaya hidup saya.
Saya nak pesan kepada bangsaku tingkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang yang anda sukai dan gembira membuatnya.
Kalau nak ceburi dalam bidang perniagaan biarlah mula dari bawah dan cara kecil2an. Tapi punya cita2 tinggi dan visi yang jauh. Berusaha keras, simpan wang dan terus simpan untuk besarkan niaga hingga jadi gergasi.

Tiada jalan pintas untuk berjaya dan kaya. Saya bimbang dengan situasi politik dinegara kita sekarang , ia bolih beri kesan buruk dan negatif kepada pemikiran, sikap dan budaya generasi akan datang. Kita hanya bolih berdoa saja, kita ada kuasa untuk mengubah kepada yang baik dan diredai Allah.

11. Kemana arah saya seterusnya?.
Berkorban tenaga dan harta kejalan yang diredhai Allah SWT.
Membimbing generasi muda.Terus beri khidmat kepakaran. Mendidik dalam bidang kesihatan wanita. Menjadi contoh dan ikutan kepada generasi muda melalui teladan dan akhlak yang baik. Memberi perangsang dan galakkan kepada generasi muda untuk menuju kejayaan dunia dan akhirat.

sumber : Dr Hamid Arshat

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI