Dr Halina Teruja Anak Sertai Pertandingan Sukan Renang, Tak Melatah Netizen Tegur Baju Anak

Share

Dah jadi kebiasaan, bila anak-anak sertai pertandingan mewakili sukan atau apapun, individu yang paling teruja untuk menonton dan beri semangat semestinya ibu ayah mereka.

Sama seperti ibu bapa lain, baru- baru ini Dr Halina memuat naik di laman Instagramnya momen ketika acara pertandingan sukan renang yang disertai oleh dua orang anak perempuan dan lelaki mereka.

Dalam video tersebut, terdengar suara isteri kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar memberi semangat buat anak-anaknya dan sekaligus menulis di ruangan kapsyen bahawa dia tidak peduli jika orang memandangnya pelik pada hari itu.

“Ini acara renang untuk anak-anak kami. Saya tak edit (video) boleh dengar saya menjerit bersorak.

“Saya dah tak peduli orang kini kanan hanya hendak bersorak untuk anak-anak. Suara acik paling kuat tu saya lah” tulisnya.

Selain mendapat pujian di atas pencapaian dua orang anak mereka iaitu Bella dan Tasha, pasangan itu turut menerima kecaman netizen mengenai pemakaian baju renang yang didakwa tidak sesuai dan sopan.

Dalam hantaran berkenaan menunjukkan anak- anaknya lengkap berbaju renang dengan mendedahkan seluruh kaki dan lengan.

Namun Dr Halina sedar akan teguran tersebut dan mengucapkan terima kasih di atas teguran.

“Saya juga sedar akan semua nasihat yang diberikan terhadap pemakaian anak saya. Terima kasih atas teguran” katanya lagi.

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah dan sepasang lagi kembar Emilia dan Eusoff.

Sumber : Dr Halina

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/