Dr Amalina Kongsi 8 Amalan Selepas Bersalin, Ikut Kajian Saintifik & Pakar Obstetrik

Share

Dr Amalina Kongsi 8 Amalan Selepas Bersalin, Ikut Kajian Saintifik & Pakar Obstetrik

Umum mengetahui bahawa Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri selamat bersalin bayi sulungnya  baru-baru ini di St Thomas’ Hospital.

Apa yang menarik baru 4 hari  Amalina berkongsi momen bersiar-siar bersama puteri sulungnya, Arabella Mia.

Lantaran ramai wargamaya  bertanya apa amalannya selepas bersalin, Dr Amalina berkongsi 8 amalanya menerusi hantaran terbarunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Hari Ke 4, Dr Amalina Dah Bawa Bayi Sulung Keluar, Elok Je Dalam Pantang

Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

8 AMALAN DR AMALINA SELEPAS BERSALIN

Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yg saya amalkan. Saya akan berkongsi amalan saya sendiri yg berdasarkan kajian saintifik yg disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor.

 

1.Amalkan makanan sihat & seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran & buah. Kurang garam, gula & minyak. Makan secara bersederhana utk mengekalkan berat yg ideal. Tidak perlu pantang telur/ayam jika tiada alahan.

2.Minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis e.g air boba, milo.

3.Tingkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yg lebih berat drp bayi anda selama 6 minggu

.4.Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (utk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) & senaman perut. Anda digalakkan utk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat byk rehat. (Baca link di IG story ttg senaman). Pakai compression TED stockings utk elak blood clots.

5.Jaga bahagian perineum. Basuh dengan air dari depan ke belakang & lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan & lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar & seluar dalam cotton & ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat utk breastfeeding). Jaga kebersihan & mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu utk elak constipation.

6.Buat kegel exercise utk menguatkan otot pelvis.

7.Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.

8.Jaga kesihatan mental, jangan stress & enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan drp suami & keluarga.

Gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah utk jadi sihat sepanjang hayat.

 

 

Apa yang pasti, nasihat yang berdasarkan kajian bukan semborono ikut ikutan turun temurun tanpa ilmu. Tahniah doktor Amalina kerana menyedarkan ramai ibu-ibu apa maksud sebenar  berpantang sebenar.

Sumber: dramalinabakri

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
k

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club