Dr Amalina Guna Cara Mudah Jelas Kesan Suntikan Vaksin. Take Note Semua!

Share

Ketika ini isu vaksin menjadi topik hangat diperkatakan  apabila ada segelintir yang melahirkan rasa bimbang mengenai suntikan ini.

Negara kita sendiri telah merupakan negara bertuah apabila menjadi kumpulan pertama menerima vaksin Pfizer-BioNTech.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima suntikan vaksin berkenaan.

Mengikut perancangan, fasa pertama pada 26 Februari ini, penerimanya adalah petugas barisan hadapan iaitu anggota KKM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan lain- lain yang ditetapkan kerajaan.

Fasa pertama program imunisasi yang bermula Februari hingga April itu akan diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi, iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Fasa ketiga pula membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas, bermula dari Mei hingga Februari tahun depan.

GUNA TIK TOK JELAS KESAN VAKSIN – MUDAH INGAT!

Pelbagai saluran digunakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai vaksin ini. Dalam pada itu, menerusi  aplikasi TikTok. Dr Amalina Bakri berkongsi info mengenai kesan biasa yang dialami setelah pengambilan vaksin.

Info ringkas mudah untuk diingati iaitu berasa sakit, kemerahan, bengkak di tempat suntikan,  demam, penat, sakit kepala,

Kesan sampingan ini tidak kuat dan hanya sementara. ini  menunjukkan tindak balas vaksin terhadap sistem imunisas di badan.

 

Dalam pada itu, Dr Amalina turut menjawab soalan warganet yang ingin mendapatkan kepastian mengenai vaksin.

Semoga menjadi manfaat bersama untuk kesihatan ahli keluarga berpanjangan.

Sumber: Tik Tok Dr Amalina Bakri