Dr Amalina Beri Kata Semangat Buat Adik Ainul, Netizen Sebak.

Share

Umum mengetahui bahawa kanak-kanak yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan agak tenat.

Berita itu disampaikan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, dalam hantaran melalui Instagram milik beliau, sebentar tadi, yang memaklumkan Ainul Mardhiah sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
ata-rata di media sosial ramai meluahkan simpati dan menitipkan doa buat adik Ainul.  Sementara itu, Pakar bedah Kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri yang pernah terbabit dalam pembedahan  Ainul yang imenghidap kanser mulut, di London tiga tahun lalu, baru sahaja mendapat khabar mengenai keadaan Ainul terkini.

Menerusi twitternya, Dr Amalina memberi kata-kata semangat kepada Ainul dan menitipkan doa buatnya.

Katanya, Ainul sudah berjaya berjuang sebelum ini dan mahukan terus berjuang lagi kali ini.

“Baru sahaja mendapat khabar berita drp ibu Ainul. Ya Allah, marilah kita sama-sama doakan untuk Adik Ainul. Semoga cepat sembuh 🙏🏽

“Ainul sayang, you have done it many times before, you can do it again! Keep fighting sayang! InsyAllah.”- Dr Amalina

Dalam pada itu, pada warga maya rata-rata sebak dengan keadaan Ainul dan mendoakan kembali sihat .

Semoga adik Ainul diberikan semangat yang kuat untuk berjuang kembali sihat.

Sumber: Twitter, Dr Amalina

 

Baca Juga: Sebab Jati Diri, Ibu Ini Tak Kisah Anak ‘Travel’ Jauh Naik ‘Train’ Ke Sekolah Dari Putrajaya Ke Kuala Lumpur.

Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.

Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.

Trending:“Ni Satu-Satunya Gambar Aki Mat Kilau Lengkap Berkeris, Berbaju Melayu Dan Bersamping .” Cucu Mat Kilau Dedah Perjuangan Kisah Benar.

Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club