Setiap ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah pasti ingin yang terbaik buat anak mereka agar dapat belajar dalam keadaan yang selesa.

Contoh, sesebuah sekolah wajib sediakan sekurang-kurangnya kelengkapan belajar asas  seperti meja dan kerusi supaya pelajar mempunyai tempat belajar yang selesa.

PELAJAR BELAJAR ATAS LANTAI TANPA KERUSI MEJA, DR AKMAL TERJAH SEKOLAH

Namun begitu, berbeza dengan sebuah sekolah agama di Melaka ini apabila kantoi pelajar-pelajarnya duduk belajar di atas lantai sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran hanya kerana ketiadaan meja dan kerusi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan juga Ahli Dewangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Akmal Saleh telah menerjah sekolah tersebut ekoran menerima aduan daripada penduduk sekeliling berkenaan dengan isu itu.

Menerusi video Tiktok yang dikongsikan oleh Dr Akmal, kelihatan para pelajar di sebuah kelas di sekolah itu hanya menggunakan meja lipat di lantai semasa sedang belajar ketika diterjahnya.

Beliau juga sempat bertanyakan pelajar-pelajar tersebut sama ada mereka selesa belajar dalam keadaan begitu dan mendapat respon yang positif.

Difahamkan isu itu berlaku ekoran wang peruntukan yang belum diterima dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) .

SUDAH PEROLEH PERUNTUKAN HUJUNG TAHUN LEPAS 

Apa yang lebih menaikkan kemarahan apabila peruntukan bagi membeli barangan keperluan sekolah telah diperolehi JAIM sejak bulan Disember lalu.

Ads

“Peruntukan dah masuk bulan 12 perlukan masa sampai lima bulan. Ustaz rasa selesa ke?”

“5 bulan ustaz, 5 bulan kena tunggu,” katanya kepada wakil JAIM.

Apabila ditanya jumlah bajet yang diperlukan, wakil JAIM tersebut tidak menjawabnya sebaliknya memberi alasan dengan perlu menunggu pegawai atasan tiba.

“Bajet kena tunggu pegawai saya datang,” kata wakil JAIM itu.

Ads

“Sebab ustaz pun tak tahu, inilah saya kata masalahnya. Kita ambil sambil lewa aduan daripada guru besar dah beritahu lama. Kita ambil sambil lewa, kita bagi orang ni buat, yang ni buat, birokrasi banyak. Akhirnya lima bulan.” balas Dr Akmal.

PERLUKAN LAGI 3 BULAN UNTUK LENGKAPKAN KEPERLUAN

Apabila disoal berapa lama masa yang diperlukan lagi untuk selesaikan isu tersebut, wakil menjawab mereka perlukan lagi tiga bulan dan menjadikan tempoh itu selama lapan bulan.

“3 bulan ustaz? Total 8 bulan. Tak payah, ustazah berapa orang semua saya tak nak dengar ni. 34 pelajar, saya beli semua minggu depan saya beli,” katanya dengan nada kecewa.

MESTI BACA: Suhu Cecah Lebih 37 Darjah Celcius, KPM Bersedia Tangguh Sesi Persekolahan

Ads

Tak Perlu Bersusah Payah, Menteri Pendidikan Gesa Kantin Sekolah Kekal Beroperasi Sepanjang Ramadan!

Anak Sulung Dapat Tiga Tawaran Sekolah Berprestij, Kebanggaan Dr Sheikh Muszaphar & Isteri!

SUMBER: BuzzKini dan Tiktok Dr Akmal

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Dr Akmal Terjah Sekolah Tiada Kerusi Meja, Berang Terima Aduan Dari Rakyat

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI