Kematian 6 anggota bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) benar-benar menggemparkan negara. Mereka ketika itu menyertai operasi menyelamat seorang remaja lemas di sebuah lombong di Putra Perdana, Puchong malam tadi.
Rata-rata masyarakat menzahirkan kesedihan dan simpati kepada keluarga mangsa. Turut terkesan dengan kejadian tersebut adalah pelakon, sharnaazahmad yang meluahkan rasa sedih di laman instagramnya.
Menurut pelakon ini lagi, beliau mengenali keenam-enam anggota jtersebut kerana pernah menyertai sebuah penggambaran drama bersamanya di Semenyih sebelum ini.
“Saya pernah bekerja, bergurau, bergelak dgn mereka, dan mereka adalah yg terbaik dalam unit di air malaysia, mereka adalah unit elit khas.. dan kehilangan yg sgt terasa buat unit di air bomba malaysia.. dan mereka sgt terlatih dan mahir dalam misi menyelamat.. banyak kes mereka bersabung nyawa dan berjaya selamatkan..
“Tetapi kali ini mereka dijemput oleh Allah atas tugas mereka.. sy sangat terkesan dengan kehilangan unit di air bomba malaysia.. mereka telah gugur dan syahid ketika melakukan kebaikan.. semoga Allah luaskan kubur mereka, dan jadikan kematian ini syahid yg paling indah buat ke enam enam hero sebenar malaysia.. @jabatanbombadanpenyelamat telah kehilangan asst paling besar negara.
Ads
Perkongsian tersebut mendapat respond dari pengikut di laman sosialnya. rata-rata menzahirkan rasa sedih dan ucapan takziah atas kejadian tersebut.
Kita Hanya Tunggu Giliran
i_am_adenanTq bro @sharnaazahmadmenghargai kami yg bilangan kecil…yg pernah join bomba taw kerja kami..pic 1st rakn sebilik umah bujang n sma rekrut…semoga mereka tenang…inshaa Allah syahid mereka..
zuriyanas.zahariSya.pun kenal salah stu dri mereka..kebanyakkn mereka kwan ayah sya..sediah sngat..terasa..kehilngn..al-fatiha.
ayienmarinecrewSudah sampai janjiNya…kita hanya tunggu giliran..syarat mati adalah hidup..Al-Fatihah buat arwah..
Ads
jue.lie_Salam takziah buat semua waris.. Semoga Allah beri ketabahan dan kekuatan berdepan dgn ujian Allah taala. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yg beriman. Aamiin
hayati_faisalDah sampai masa ,Allah janji nak jemput ,kita akan balik …moga kita pulang dgn amalan yg baik spt pegawai kita ni
Gugur Ketika Sedang Beribadah
renisa.officialAllahu.. Sedih sangat.. ???. Moga Allah tempatkan mereka dalam syurga. Gugur ketika sdg beribadah.. Kerja yg murni.. Satu ibadah. ??
cheqnoor07Innalillahi Wa’inna ilaihi rojiun.. Salam takziah buat keluarga mereka dn Al-Fatihah kpd arwah dn pengorbanan mereka.. Semoga roh mereka d cucuri rahmat yg maha Esa.. Al-Fatihah
suhaila_ciksuAl fatihah. Semoga arwah diberi sebaik-baik balasan oleh Allah. Amiinn.
Semua Rakyat Malaysia Bersedih
norlyredzasemua rakyat malaysia bersedih hari ni….ya allah tempat kan mereka di kalangan orang2 yg beriman….
rohani_hifniAl fatihah dan salam takziah buat semua keluarga mereka. Semoga rohnya bersama2 dgn org2 yg beramal soleh.
norzah_mohamadSemua yg hidup pasti akan mati. Kita yg hidup kena teruskan kehidupan. Al fatihah. Semoga tempat yg terbaik buat mereka di sana nnti. Salam takziah buat ahli keluarga?
Bila suami mula menunjukkan sikap berbeza, hati isteri mana yang tidak rasa tersentuh. Rasa sedih bila mana dipinggirkan suami, apa lagi bila suami mula buat perbandingan dengan orang lain.
Sayu hati seorang isteri. Sudahnya isteri mula berjauh hati dan mula tawar hati dalam semua hal.
Tulisan wanita bernama Marlia Ramli difacebooknya ini banyak benarnya. Ramai suami yang sudah mula memandang isteri dengan rasa sepi bila mana isteri tidak lagi secantik dulu. Suami, sila baca ni dan buka mata. Tolong peluk dan sokonglah isteri yang kita cinta!
SYURGA YANG DIBENCI
1- Semaknya lahai. Masuk je pagar dah bersepah mainan dari ruang tamu hingga ke dapur. Dengan anak comot tak mandi bagai.
2- Semaknya lahai. Harap le juga bini tunggu depan pintu wangi-wangi. Rupanya sampai rumah bini ntah di mana-mana dengan baju kelawar dan bedak sejuk. Bau susu basi lagi.
3- Semaknya lahai. Nak cium dahi bini pun bau bawang la, belacan la, minyak masak tanpa GST. Kot nak bermekap, langsung tiada!
4- Semaknya lahai. Kekadang bini bukan sampai rumah lagi pun. Ntah di atas jalan mana sangkut jammed balik keja. Balik rumah hanya ada kerusi dan meja.
5- Semaknya lahai. Dulu bini bersize kerengga sekarang bersaiz lori Alam Flora pula. Nak bawak ke majlis pejabat pun rasa malu la pula.
6- Semaknya lahai. Asal balik je dengar bini membebel itu ini. Dengan jeritan anak bergaduh bagai. Mengalahkan kereta api tak cukup arang. Punyalah bingit!
7- Semaknya lahai. Ipar duai mengadu bini saya tidak sempurna dan tidak baik juga. Kata ibu saya, isteri tak pandai masak, tak reti bergaul dan tidak sempurna.
Malah banyak lagi ke”semak”kan yang kita rasa sebagai suami. Kita rasa tersalah memilih isteri. Kita rasa kita adalah suami yang paling malang di dunia.
Isteri kawan terlihat cantik, manis dan comel sentiasa. Tapi isteri kita? Nak tengok muka pun hati tak senang. Aduh! Sungguh malang!
Ya.. Sebagai arjuna perkasa kita tidaklah update di FB atau Insta tentang kekecewaan kita. Kita juga tidaklah menangis call mak di kampung untuk bercerita. Namun di dalam jiwa, kekecewaan kita meronta-ronta dan akhirnya bertukar menjadi barah yang memakan diri.
Maka duhai arjuna mulia, perlahan-lahan kita mula jadi pendiam, kita bagi silenced treatment pada anak isteri, kita semakin kurang senyuman, kita mula lepak di mamak tengok bola. Malah yang semakin hardcore, kita mula angkat tangan kaki kepada isteri. Tersalah kari terlebih masin, pinggan mula dibaling ke dinding.
Namun… Jom kita menilai sejenak…
Duhai arjuna sang suami yang dihormati… Pada saat akad dilafaz maka segala dosa pahala wanita diserahkan dari bapa kepada suami tercinta. Ironinya setiap inci jasad, jiwa, hidup dan mati seorang wanita dipersembahkan sepenuhnya kepada anda aduhai suami mulia.
Sang isteri tinggalkan ibu, tinggalkan ayah, tinggalkan keluarga dan tinggalkan keseronokan hidup sebagai si gadis muda. Penyerahan yang dipenuhi kepasrahan dengan harapan beroleh bahagia.
Duhai arjuna, sesekali pandanglah wajah isteri. Tenunglah setiap garis-garis airmata di pipi. Seperti mana anda tidak bahagia, begitulah juga wanita.
Sebab itulah sang isteri membebel itu ini. Wanita mahu didengar. Terkadang marahnya memuncak dan emosinya celaru. Peluklah isteri berbau bawang anda itu. Kasihanilah dia…
Benar.. Dulu dia bersaiz kerengga, secantik secretary di office anda, sewangi Mira Filzah dan selincah Neelofa. Namun, tanggungjawab keluarga didulukan dia.
Dulu wang gajinya untuk perfume Estee Lauder, kasut Bonia, make up Loreal dan handbag Gucci. Namun kini wang gajinya untuk kos sara hidup bersama anda. Maka anda masih tertanya-tanya kenapa isteri tidak sewangi zaman bercinta?
Jika di zaman gadis dia punya kawan. Di hujung minggu dia ke spa bermandi susu dan minum coffee di cafe. Kini di hujung minggu dia bersama anda mengendong anak-anak. Manalah lagi bajet pembelian baju cantik selain set kelawar yang dipakai dia?
Duhai arjuna mulia, bila isteri bercerita sahutlah dia dengan cinta. Janganlah menjeling hatta bergurau untuk berpoligami dengan Neelofa. Biarpun sang isteri tersenyum, hakikatnya dia terluka. Jiwanya jadi takut dan risau. Manalah tahu kalau-kalau suami sekacak bangla dirampas sesiapa?
Duhai arjuna mulia, sejenak usaplah tangan isteri. Lihatlah tangan yang pernah gebu kini bercalar dengan minyak panas akibat berusaha menyediakan makanan buat keluarga.
Ya, wanita bergelar isteri mengorbankan keseronokan di zaman remaja demi membina hidup bersama kita.
Tidak cukupkah lagi sembilan bulan sepuluh hari wanita ini mengendong zat zuriat suami yang paling dicintai? Malamnya berkeluh kesah tidak mampu lena akibat tendangan bayi?
Tidak cukupkah lagi wanita berkali-kali mati demi melahirkan zuriat yang paling istimewa. Tanyalah secretary secantik Neelofa, sanggupkah dia mati untuk anda?
Usahlah bandingkan isteri dengan kejelitaan Che Ta. Che Ta bermandi susu sedangkan isteri bermandikan airmata!
Tidak cukupkah lagi wanita menyusukan anak hingga dua tahun? Segala bentuk badan mula mengendur dan segala kecantikan mula pudar.
Badan mula penat dan mulut mula berbunyi. Jangankan make up, mahu disapu bedak sejuk ke muka juga sudah tidak punya daya?
Ingin juga dibayar bibik dari Jawa namun gaji kita pula tidak seberapa. Maka sang isteri yang penat gagahkan juga uruskan kerja di pejabat berserta hal ehwal keluarga seusai subuh pagi sehingga lewat senja.
Di manakah kita? Sedang menonton bola bersama rakan, bergelak ketawa dan bergembira minum teh bersama secretary. Kita mungkin sedang membina badan di gym atau bermain golf di padang ketika isteri menggelupur kelelahan.
Sampainya hati kita mula rasakan dia tidak teristimewa seperti dulu. Terkadang mahu dihulur wang untuk dibeli barangan dapur pun kita marah bagaimana mahu ditaja peralatan make up pula?
Duhai arjuna mulia, kita bukan Tan Sri berharta. Kita juga boroi dan tidaklah sehensem mana. Bersyukurlah isteri kita sentiasa setia. Isteri kita sentiasa ada. Tidur kita tidak pun pernah keseorangan pula.
Adilkah kita membandingkan isteri kita dengan isteri kawan yang terlihat cantik sentiasa? Berapa banyak kos yang suami beliau habiskan supaya isterinya wangi dan cantik sentiasa?
Sedangkan kita? Mahu beli sabun jenama Lux pun masih berkira-kira syiling didalam kocek. Bila masa kita pernah hadiahkan set make up atau wangian berjenama buat isteri tercinta?
Pedulikan saja umpatan ipar duai hatta mentua jika ada. Biarpun satu dunia membenci isteri, suami yang setia sentiasa ada untuk menyinta. Baik atau tidak, isteri anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta. Isteri juga punya hak yang perlu dijaga.
Jika salah, betulkan dia selayaknya. Jangan diabai, dibenci dan dikasari hatinya.
Duhai arjuna mulia, beritahu isteri betapa istimewanya dia dihati anda. Khabarkan betapa anda cintai dia minimum sepuluh kali sehari.
Ciumlah dahi isteri setiap pagi, tanda dia sepenuh hati kita dicintai. Bermaafanlah setiap kali sebelum tidur bermimpi Neelopa jelita.
Dengan kuasa cinta anda duhai arjuna mulia, sang isteri akan menjadi luar biasa jelita, luar biasa bahagia dan luar biasa gembira!
Yakinlah, jika sentiasa saling memperbaiki diri, rumahtangga tidak lagi akan menjadi SYURGA YANG DIBENCI.
Salam sayang
Kredit: Marlia Ramli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mempunyai anak kecil di dalam rumah sememangnya menuntut penjagaan yang cukup rapi. Lebih-lebih lagi ruang yang boleh mendatangkan kemalangan atau kecederaan buat mereka. Antaranya termasuklah ruang dapur dan bilik air.
Sememangnya bilik air antara ruang yang cukup sensitif dan ibu bapa kena alert terutama lantainya yang licin boleh menyebabkan anak-anak terjatuh dan sebagainya.
Perkongsian ibu bernama Hani Mynis mungkin boleh dijadikan panduan. Beliau mengubahsuai tandas supaya menjadi lebih child friendly!
Ayuh kita lihat bagaimana hasilnya. Mana tahu boleh try di rumah sendiri.
IDEA PENSTORAN BILIK AIR (CHILD-FRIENDLY)
Alang2 setiap hari Selasa hani buat deep cleaning bilik air, hani kongsi idea penstoran yg ada dalam bilik air.
Biasalah selalu berangan nak ada bilik air spa-like gitu, tapi memandangkan ni satu satunya bilik air kat rumah sewa ni, Hani pastikan bilik air ni praktikal untuk kita orang sekeluarga (terutamanya untuk budak bertuah Aqil ?)
So deep cleaning bilik air hn merangkumi:
spray clorox dalam mangkuk tandas. Sementara buat kerja lain, clorox tengah menjalankan tugasnya dgn jayanya.
2) Bersihkan lantai dan dinding dgn magic span
3) Spray cermin dengan pencuci cermin
4) Bersihkan dalam sinki dengan magic span
5) Rendam mainan Aqil dengan dettol + air panas
6) Bersihkan rak sabun
7) Bersihkan mangkuk tandas
Dah siap. Total masa: tak sampai 20 minit (tak smpai setengah jam pun sbb hari2 masa mandi kita jirus gosok2 lap2 sikit mana yg patut ?)
P/s : recycle gambar minggu lepas dari IG je ?
Good night. Semoga bermanfaat ?
P/s: Maaf kalau gambar sensitif (bilik air kan? ?) tapi hanya berkongsi idea penstoran. Kalau deko2 tak cantik mana pun bilik air ni hahaha
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sakit melahirkan anak tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Kepayahan mengusung perut 9 bulan hanya yang bergelar ibu sahaja memahami situasi tersebut.
Justeru, sebagai suami seharusnya menghargai segala pengorbanan isteri mereka dari awal sehingga lahirnya zuriat anda.
Perkongsian dari Muhammad Hassan ini cukup bermanfaat terutama buat para suami di luar sana terutama bagi isteri yang baru bersalin.
Memang suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin,luka ni akan baik dengan sendiri. Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak tertanggu dan semakin teruk.
Bantu isteri ke tandas,
Bantu isteri banyakkan berjalan,
Bantu isteri susukan anak,
Bantu isteri tukar lampin anak,
Bantu isteri mandi,buang air,
Bantu isteri makan dan masakkan untuk si dia.
Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang,sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari diri sendiri.
Apa perlu suami buat?
Dapatkan:
-Ikan yang segar
-Sayuran kampong
-Ayam kampong
-Telor ayam kampong
-Daging lembu segar
-Pantau luka .
-Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT(Darah beku disalur darah).
-Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup.
Ambil tahu:
-ILMU PENYUSUAN,cari posisi bayi ketika menyusu.
-Amalan@Pantang larang ketika isteri berpantang
-ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor
-Jadual pemeriksaan bayi dan ibu diklinik
-Basic urutan untuk ibu berpantang.
-Cara berbedong/bekong
-jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas.
Suami kena selalu peluk isteri,ucap terima kasih sayang lahirkan anak kita,terima kasih sebab sabar menahan sakit. Kucup dahi isteri. I love sayang,abang sayang sayang,lemparkan senyuman sehingga cecah telinga dan doa depan isteri.
Ya Allah ini isteri saya,berikan dia syurga,berikanlah dia ganjaran pahala,berikanlah dia kesihatan yang baik,jauhkan dia dari segala penyakit. Suami wajib doa untuk isteri,ucap kata yang baik,tanya ada apa yang boleh kita bantu isteri.
Insyaallah jika kita(suami) sering ucap perkataan yang baik-baik isteri akan seronok,isteri akan tenang.
Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis,termenung,tiba-tiba pukul anak ini perlu dirujuk ke hospital atau dapatkan nasihat doktor.
Mudahan berkat kasih sayang suami isteri lahirnya anak soleh solehah.
-EncikMatt-
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rotan murid, hanya guru besar, guru diberi kuasa. Hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar atau guru yang diberikan kuasa dan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan.