Kadang-kadang, kita semua perlukan sedikit ruang untuk berehat dan lari sekejap dari kesibukan harian. Tak perlu pergi bercuti jauh, kerana DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside adalah pilihan terbaik untuk percutian bersama keluarga.
Bukan sahaja menawarkan penginapan yang selesa, tetapi juga suasana yang tenang dengan pemandangan tasik yang mendamaikan, menjadikan setiap momen percutian lebih bermakna.
Dari saat menjejakkan kaki ke sini, pengalaman yang diberikan memang terasa eksklusif. Kagum melihat persekitarannya! Keseluruhan hotel ini sebuah hotel yang sangat ‘family friendly’ dan sudah pastinya mesra kanak-kanak.
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Jom Majalah Keluarga kongsikan pengalaman menginap di sini, dari persekitaran luar hingga ke bilik, tempat makan, kolam renang, bilik permainan, dan aktiviti santai yang boleh buat bersama keluarga.
Layanan di Lobi  Siap Ada Cookies, Satu Keluarga Dapat! 
Melangkah masuk ke ruang lobi, rasa kagum terus menyelubungi dengan reka bentuk yang mewah dan elegan.  Gabungan seni bina moden, pencahayaan yang indah, serta susun atur yang luas mencipta suasana eksklusif dan menenangkan, menjadikan tetamu berasa istimewa sejak langkah pertama.
Proses check-in di kaunter berlangsung dengan lancar dan pantas. Staf yang ramah menyambut dengan senyuman, memberikan layanan mesra yang membuatkan tetamu rasa dihargai dan dialu-alukan.
Lebih menarik, sementara menunggu proses check-in, tetamu turut dihidangkan welcome cookies yang lazat!  Anak-anak pun teruja bila dapat biskut  yang lembut dan sedap bukan satu tau, tapi sekeluarga dapat menikmati bersama! Hotel ini memberikan ‘first impression’ yang mengagumkan!
 DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Bilik Selesa, Luas Dan Mewah Serta Pandangan Malam Nan Indah!
Selepas mendaftar masuk ke bilik, rasa selesa dan mewah terus menyelubungi. Katil yang empuk, bantal yang banyak untuk keselesaan maksimum, serta dekorasi moden yang menenangkan menjadikan bilik ini tempat sempurna untuk berehat selepas seharian beraktiviti.
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Bagi keluarga besar, pilihan connecting room memang ideal! Bukan sahaja memudahkan pergerakan antara bilik, tetapi juga membolehkan ibu bapa memantau anak-anak di bilik sebelah dengan lebih mudah. Dengan susunan bilik yang berhubung, keselamatan anak-anak lebih terjamin, terutama pada waktu malam, memberi ketenangan kepada ibu bapa sepanjang penginapan.
Untuk keluarga dengan anak kecil, kemudahan dalam bilik memang cukup lengkap. Bilik moden dengan smart TV skrin besar dengan pelbagai channel menarik, USB C port juga disediakan untuk peranti elektronik terkini. Turut disediakan kerusi rehat yang selesa serta meja kerja yang praktikal untuk keselesaan tetamu.
Yang paling best, bilik di sini banyak yang menghadap tasik. Jadi, waktu malam pemandangan waktu malam dari bilik memang luar biasa!  Dengan cahaya berkilauan dan suasana yang tenang, memang terasa begitu mendamaikan. Sambil berehat di bilik, boleh nikmati view yang menenangkan memang healing terbaik untuk mak-mak!
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Kawasan Luas, Perfect Untuk Healing & OOTD!
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside memang lain daripada yang lain!  Bagi yang pertama kali sampai, lepas selesai mengemas barang di bilik, pastinya  terus rasa nak turun jalan-jalan tengok kawasan sekitar. Dengan suasana yang luas, tenang, dan banyak port menarik, memang rugi kalau tak explore!
Bila tengok persekitaran di sini luas, tak perlu risau kalau tak tahu nak ke mana, sebab ada papan panduan untuk rujukan. Kalau masih tak jelas, jangan segan-segan tanya, staf di sini super friendly dan sentiasa tersenyum, ready je nak tolong anda.
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Di sini pengunjung boleh menikmati udara segar sambil berjalan kaki di sekitar kawasan hotel atau berjoging tanpa perlu bersesak seperti di hotel bandar yang lain. Reka bentuk hotel ini juga membuatkan tetamu berasa bagaikan berada di kawasan perumahan yang selesa, bukannya di sebuah hotel yang terlalu formal.

Lokasi OOTD seisi keluarga. Memang asyik bergambar aje!

DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Selain itu, banyak lokasi menarik untuk bergambar. Pemandangan tasik yang mendamaikan dan ‘menara jam ikonik yang menjadi daya tarikan utama. Memang anda akan asyik bergambar sahaja! Menara jam ini lokasi wajib untuk bergambar bersama keluarga, mencipta kenangan indah yang tak terlupakan.
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga

Jalan-jalan waktu malam, memang wow!

DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Juga jangan lepaskan peluang jalan-jalan waktu malam. Memang mood lain sangat! Suasana pada waktu malam juga sangat mempesona dengan pencahayaan yang indah, mencipta latar belakang yang sempurna untuk bersantai atau bergambar. Wajib ambil gambar kenangan!
Tempat Makan. Pelbagai Pilihan Menu
Kalau bercuti, makanan pun kena bestkan? Di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside menawarkan pelbagai pilihan makanan dari masakan tempatan hingga hidangan antarabangsa.
Restoran Makan Kitchen adalah tempat untuk sarapan dan buffet dinner. Sarapan pagi di sini memang meriah, dengan pilihan makanan yang sangat banyak dari nasi lemak, roti canai, pastri, hingga pilihan makanan barat.

Seawal 6.30 pagi restoran dibuka dan adalah adalah disarankan untuk makan sarapan awal kerana selepas pukul 8 pagi, restoran akan dipenuhi oleh tetamu dan anda terpaksa untuk beratur panjang untuk mendapatkan tempat duduk.

Ads

 

Ads
Ads
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Pilihan yang amat banyak antara yang menarik ada nasi lemak station dengan nasi lemak bungkus, dan pilihan hidangan sampingan seperti sambal sotong, kuih Melayu. Bagi yang mahukan menu ringkas, terdapat pilihan seperti oat dan pastri yang ringan tetapi tetap mengenyangkan. Jangan lupa cuba teh tarik, memang sedap!

Buffet dinner santapan mewah

Paling best, untuk makan malam, buffet dinner memang rambang mata dibuatnya! Pengalaman mewah dengan suasana eksklusif. Melangkah masuk sahaja pelbagai hidangan yang disajikan merangkumi pelbagai pilihan menu tempatan dan antarabangsa, memenuhi citarasa setiap pengunjung.
  DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Bagi peminat makanan tempatan, terdapat pelbagai pilihan lauk-pauk tradisional seperti rendang daging, dan udang masak lemak. Selain itu, satay ayam dan daging yang dihidangkan bersama kuah kacang pekat pasti membangkitkan selera. Bagi penggemar nasi ayam, masakan India, dan hidangan berasaskan mee, terdapat pelbagai pilihan menu yang disediakan untuk memenuhi selera.
Buffet ini turut menawarkan hidangan barat dan antarabangsa, termasuk grilled lamb chop dan lobster yang dimasak mengikut cita rasa, serta pasta station dengan pilihan sos seperti carbonara dan aglio olio. Bagi penggemar makanan Jepun juga boleh menikmati sushi.
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Tidak lengkap tanpa hidangan laut segar, buffet ini menyajikan seafood on ice yang terdiri daripada udang, ketam, kupang, dan tiram yang boleh dinikmati bersama sos pilihan.
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Untuk pencuci mulut, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis kek dan pastri premium Selain itu, terdapat juga ‘Ice Cream Counter’ dalam pelbagai perisa.Wajib cuba dinner buffet di sini!
Kolam Renang, Kanak-Kanak dan Orang Dewasa
Ini tempat yang paling dinantikan oleh anak-anak kolam renang! Hotel ini ada beberapa jenis kolam renang, termasuk kolam khas untuk kanak-kanak yang cetek dan selamat.
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Kalau bawa anak kecil, memang boleh biarkan mereka main air puas-puas tanpa risau. Kolam renang khas untuk kanak-kanak yang dilengkapi dengan gelongsor air. Seronok melihat mereka bermain dengan gembira sambil menikmati pemandangan tasik yang indah.Bagi yang 3 tahun ke bawah ada kolam untuk anak kecil bermain dengan selamat dengan pengawasan ibu ayah.
Bukan itu sahaja, ada kolam khas untuk orang dewasa. Hanya 18 tahun sahaja yang dibenarkan untuk mandi di sini. Menariknya kolam dewasa ini terletak di bangunan lain yang terpisah dengan kolam kanak-kanak.
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Kolam dewasa ini memang eksklusif! Siap menghadap tasik, sesuai untuk berenang sambil menikmati pemandangan yang menenangkan.Yang best, suasana di kawasan kolam renang dewasa tak terlalu sesak. Jadi, memang boleh bersantai dengan tenang tanpa rasa terganggu.
Ruang Permainan Seisi Keluarga
Setelah puas bermain air di  kolam, anak-anak boleh datang ke ruang permainan pula! Datang ke sini memang tidak perlu ke luar ke mana-mana. Mana taknya ada kemudahan hiburan untuk seisi keluarga. Untuk si kecil yang aktif, ada Kids Club khas untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Anak-anak boleh enjoy pelbagai aktiviti menarik di sini!
Nak lagi best? Ada Arcade Room yang penuh dengan permainan interaktif memang boleh main puas-puas! Tapi, kena ambil maklum, tempat ni berbayar. Arcade Room di sini memang penuh dengan pelbagai permainan interaktif yang buat anak-anak tak mahu keluar!Siap duit je lah untuk beli token. 1 token RM1.00.
Antara permainan yang ada termasuk game kereta yang membolehkan mereka berlumba serta basketball arcade di mana boleh mencabar diri untuk menjaringkan mata terbanyak. Selain itu, ada juga pukul bola (Whack-A-Mole) yang menguji kepantasan tangan dan permainan lain yang menyeronokkan.
Selain tu, ada juga bilik permainan dengan pelbagai aktiviti seperti ping pong, foosball, dan banyak lagi untuk hiburan seisi keluarga.
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Setiap sudut dipenuhi dengan hiburan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Memang tempat yang terbaik untuk keluarga bercuti membawa anak-anak. Tak perlu keluar untuk mencari hiburan di luar. Semua ada di sini! Masa bersama keluarga di sini sangat berkualiti pelbagai aktiviti dilakukan bersama!
Fitness Centre 24 Jam! Luas, Lengkap & Selesa untuk Seisi Keluarga
Bagi tetamu yang gemar bersenam atau ingin mengekalkan kecergasan sepanjang penginapan, pusat kecergasan di hotel ini menawarkan kemudahan lengkap dengan ruang yang luas dan moden. Dibuka 24 jam, ia memberikan fleksibiliti kepada tetamu untuk bersenam pada bila-bila masa. Jika memilih untuk bersenam seawal 6 pagi, suasana lebih tenang dengan kehadiran tetamu yang tidak terlalu ramai. Tidak perlu bimbang soal keselamatan, kerana kawasan ini dilengkapi dengan sistem CCTV.
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Pusat kecergasan ini menyediakan pelbagai peralatan senaman seperti treadmill, basikal senaman, dan dumbbell, sesuai untuk pelbagai jenis rutin workout termasuk kardio, latihan beban, dan regangan. Dengan kemudahan moden dan suasana yang selesa, tetamu dapat menikmati pengalaman bersenam yang menyegarkan sepanjang penginapan mereka.
Selain itu, fitness centre ini juga mempunyai dinding cermin yang besar, memberikan suasana lebih terbuka dan membolehkan tetamu memantau teknik senaman mereka dengan lebih baik. Ruang yang luas ini turut memberikan keselesaan kala bersenam.
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Bagi yang gemar bergambar, fitness centre ini juga menjadi tempat menarik untuk OOTD gym dengan latar yang modern dan estetik. Dengan pencahayaan yang baik serta rekaan dalaman yang eksklusif, ia memberikan pengalaman bersenam yang lebih menyeronokkan dan selesa.
Secara keseluruhan, pengalaman menginap di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside memang sangat memuaskan. Dari bilik yang selesa, layanan mesra, makanan yang sedap, hingga ke fasiliti hebat seperti kolam renang dan bilik permainan, semuanya cukup untuk buat percutian bersama keluarga jadi lebih bermakna.
Buat keluarga yang sedang mencari tempat untuk ‘short getaway’ yang tak terlalu jauh, tapi masih boleh bagi pengalaman bercuti yang seronok dan menenangkan, hotel ini memang pilihan yang berbaloi. Healing time dengan keluarga. Inilah tempatnya!
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Destinasi ‘Family Friendly’ Untuk Healing, OOTD Bersama Keluarga
Semuanya memang tip-top! Dari segi keselesaan, kemudahan, dan layanan, hotel ini sememangnya menepati standard yang tinggi. Suasana yang tenang, bilik yang selesa, serta perkhidmatan yang mesra menjadikan pengalaman menginap lebih bermakna. Tanpa ragu, hotel ini layak menerima 5/5 bintang! Terima kasih, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, kerana merealisasikan pengalaman percutian pertama yang manis untuk tahun baru 2025 ini.

Untuk info, selain DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, terdapat beberapa lagi hotel di bawah jenama DoubleTree by Hilton di Malaysia. Antara pilihan yang tersedia adalah

1.DoubleTree by Hilton Johor Bahru
2.DoubleTree by Hilton Melaka
3.DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur
4.DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City
5.DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort
Setiap hotel ini menawarkan pengalaman penginapan yang selesa dan perkhidmatan bertaraf dunia, sesuai untuk pelbagai keperluan dan destinasi percutian anda. Untuk lebih lanjut boleh layari DoubleTree Hotels by Hilton Malaysia 
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI