Siapa di sini membesar dengan kartun Dora The Explorer? Rata-rata individu sememangnya mengenali watak Dora yang gemar mengembara Bersama Boots, Bagpack dan The Map! Tidak lupa juga watak yang sering muncul iaitu sepupunya, Diego.
Jika dulu kita hanya tonton versi animasi, kali ini Dora muncul dalam bentuk live action yang dibintangi oleh Isabela Moner (Dora), Eugenio Derbez (Alejandro), Michael Peña (ayah Dora), Eva Longoria (ibu Dora) dan Danny Trejo (Boots)!
Ads
Dora and The Lost City of Gold mengisahkan tentang Dora dan teman-temannya mengembara ke Parapata untuk mencari ibu dan ayahnya yang dikhabarkan hilang. Dora yang merupakan seorang gadis yang membesar dengan persekitaran hutan diminta pindah ke rumah sepupunya Diego, di bandar oleh ibu bapanya untuk didedahkan dengan dunia sebenar.
Dalam menyesuaikan diri di bandar, Dora, Diego dan rakan-rakan telah diculik tentera upahan untuk menjejaki ibu bapanya yang menuju ke Parapata. Pengembaraan Dora demi menyelamatkan ibu bapanya telah melalui pelbagai rintangan untuk menuju ke Parapata.
Ads
Filem yang berdurasi 102 minit menerapkan elemen pengembaraan, komedi, aksi dan kekeluargaan yang membolehkan filem ini ditonton oleh seisi keluarga tidak mengira peringkat umur. Penonton juga tidak kering gusi menonton filem ini dengan adanya watak yang mampu mencuit hati.
Ads
Selain menonton bersama keluarga, terdapat juga beberapa nilai murni yang boleh diambil dari filem ini untuk menjadi panduan anak-anak. Nak tahu apa pengajaran yang disampaikan? Kena la tengok! Syabas diucapkan kepada para pelakon dan juga pengarah filem Dora, iaitu James Bobin!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun raya dah berlalu tapi mencantikkan rumah tak seharusnya terhenti di situ sahaja. Proses mencantikkan rumah harus lebih gigih untuk memastikan seisi rumah lebih selesa.
Memasang lantai kayu seperti lamina dan sebagainya sememangnya menjadi trend. Pun begitu kosnya yang cukup tinggi menjadikan hanya golongan elit sahaja mampu memasangnya.
Jangan patah semangat dan biarkan angan-angan untuk memasang lantai kayu ini terkubur begitu sahaja. Pilihan memasang lantai kayu vinyl antara yang disarankan. Paling penting kosnya sangatlah murah, tak sampai RM1000 pun.
Nak pasangnya pun senang. Boleh pasang sendiri sahaja.
Perkongsian oleh saudara kita, Khairul Ezuwan di facebooknya ini pasti buat ibu-ibu lebih bersemangat. Murah dan cantik. Jom ikut caranya.
Dah siap. Dulu saya ingatkan RM3,000 @ RM4,000 untuk buat lantai vinyl ni . Rupanya kos kurang dari RM1,000 untuk keluasan 300 sqft dengan DIY.
Sebab ramai yang berminat nak tahu pasal pemasangan lantai vinyl DIY ni saya kongsikan sikit mengenai kos, alatan yang digunakan untuk pemasangan dan lokasi nak dapatkan bahan.
Saya gunakan Luxury PVC Plank dengan ketebalan 3mm, panjang setiap satu keping 3 kaki & lebar 6 inchi. Satu kotak mengandungi 16 keping. Harga setiap kotak cuma RM58.
Untuk keluasan 300 sqft ruang yang saya buat ni menggunakan 13 kotak kesemuanya. Gam pula menggunakan gam khas vinyl glue satu tong berharga RM68, satu tong DIY cukup untuk keluasan 300 sqft ni.
Saya beli 20 kotak Vinyl adhesive, lepas siap pasang masih berbaki 7 kotak yg tak guna & 2 tong vinyl glue , satu tong lagi langsung tak terusik.
Kalau ikut kos sebenar untuk pasang lantai keluasan 300 sqft ni :
Vinyl adhesive 13 kotak = (RM58 x 13 ) = RM754
Vinyl glue 1 tong = (RM68 x 1) = RM68
Jumlah kos = RM822
Alatan yg saya gunakan untuk DIY ni punya sangat simple (ini diy tau bukan kontraktor professional)
Mana lokasi nak dapatkan vinyl ni ? Carpet Prima Sdn Bhd Kat Nilai 3. Address tengok pada receipt dalam gambar.
Jangan takut-takut nak cuba buat ye, anak saya 8 tahun pun boleh tolong buat sekali. Macam main puzzle je dia kata. Nak tengok cara pasang, boleh tengok kat youtube.
Selamat mencuba. Kalau esok Carpet prima out of stock , jangan salahkan saya..hehe.
Wow hebat. Siapa yang berhajat nak memasang lantai vinyl ni bolehlah cuba pasang sendiri dengan anggaran bajet yang disarankan oleh saudara kita ni. Paling penting jangan takut-takut, sebab terlalu senang katanya. Jom cuba.
Kredit: Khairul Ezuwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila melangkah ke alam perkahwinan salah satu cabarannya adalah membesarkan anak-anak. Lebih rumit apabila jarak usia anak agak dekat antara satu sama lain. Lazimnya urusan menguruskan anak-anak diserahkan kepada kaum ibu. Hanya segelintir sahaja para suami mempunyai kesedaran untuk membantu isteri.
Sebagaimana perkongsian seorang wanita ini, beliau dan suami mengunakan pendekatan sistem giliran dalam menguruskan anak-anak.
Moga cara beliau dan suami menjadi inspirasi kita untuk mengasuh anak-anak.
Ikuti perkongsiannya.
Gambar sekadar hiasan
Sistem giliran.
Saya masih ingat, ketika anak sulung masih kecil, cabaran menjaganya kurang sedikit. Maklumlah, anak perempuan ni gayanya ayu sedikit. Rezeki anak nombor dua ini lelaki. Memang berbeza watak nya dengan kakaknya.
Sangat aktif dan suka untuk explore sesuatu dengan sungguh sungguh. Masalah paling besar bila bawa dia ke pasaraya dan kedai makan. Bila masuk ke kedai memang rasa penat.
Dia sentuh barang barang. Dia lari ke celah celah lorong. Dia panjat kerusi dan meja Masuk kedai dengan seronok, keluar dengan muka monyok. Jadi, kami suami isteri berbincang untuk mengatasi masalah ini.
Jadi, cara utama untuk berhadapan dengan isu ini adalah menggunakan sistem giliran. Kami banyak bertolak ansur dalam melakukan setiap aktiviti. Contohnya, bila kami ke kedai dan mahu shopping. Bila suami mahu beli barang saya jagakan anak dan dia shopping dengan tenang. Saya bawa anak ke tempat yang lapang agar mereka boleh menyalurkan tenaga mereka.
Kemudian, apabila tiba giliran saya, suami akan ambil alih tugas dan saya pula memilih barang yang saya mahu. Saya pernah melihat beberapa kali adengan di mana anak yang di dukung meronta ronta mahu turun dan berlari.
Anak yang didukung ibunya itu meronta ronta dan saya melihat kepenatan pada wajah si ibu itu. saya faham betapa letihnya melawan dan menghadapi rontaan si anak. Oleh kerana itu sejak ada anak kecil, kami jarang shopping bersama dan memilih barang bersama. Biasanya seorang akan jaga anak dn seorang lagi menjalankan misi shopping.
Saya terima hakikat ini kerana saya faham ini lah harga yang harus dibayar apabila ada anak kecil yang aktif. Kadang kadang rasa tak seronok pula shopping bersama berdua, tetapi anak pula menangis dan mengamuk kerana boring.
Akhirnya kami suami isteri juga akan bermasam muka gara gara gara anak. Sedangkan hakikatnya situasi itu masih boleh diuruskan dengan baik jika masing masing ada kerjasama dan memahami situasi yang masing masing sedang lalui. Begitu juga di kedai makan.
SALING MEMBANTU
Biasanya kami akan makan mengikut giliran. Apabila giliran saya makan, suami akan bawa anak jalan jalan dan saya akan makan dengan senang dan lapang. Makan bersama anak kecil biasalah, pingga kita ditarik, tudung kita pun kadang di sapu makanan.
Jadi, pada saya kaedah giliran ini sangat membantu saya dan suami untuk lebih enjoy dan tenang. Sistem giliran ini sebenarnya memang saya aplikasika dalam setiap tugas, bukan sekadar di kedai makan.
Kadang kadang kami ada giliran mandikan anak, giliran buat susu untuk anak dan banyak lagi giliran lain agar kedua duanya berkongsi tanggungjawab.
Apabila kedua dua belah pihak faham dan terima tanggungjawab mereka, masing masing akan mengalah dan bekerjasama agar tempoh mencabar dalam membesarkan anak dapat dilalui dengan lebih baik dan tenang.
Suami dan isteri harus merasa dan berbahagi kesusahan dalam proses membesarkan anak agar masing masing akan terus menghargai peranan masing masing.
Kita yang dewasa ni, bila perginya orang yang paling kita sayang dari dunia ini sememangnya amat terasa kehilangan mereka. Apatah lagi bagi bayi berusia dua tahun ini perlu terpisah buat selama-lamanya di saat memerlukan kasih sayang seorang ibu akibat sebuah kemalangan.
Semasa kejadian, bayi lelaki ini selamat biarpun tercampak keluar daripada kenderaan apabila kereta dinaikinya bersama ibu bapanya dilanggar sebuah kenderaan lain dari arah belakang di Kilometer 291.3, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, bayi itu terselamat dan tidak mengalami kecederaan fizikal namun kemalangan terbabit mengorbankan ibunya, Norfadilah Ismail, 34, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan Perodua Myvi yang dipandu oleh bapa kanak-kanak itu berusia 36 tahun.
Difahamkan, bayi berkenaan tercampak keluar apabila kereta dinaiki tiga beranak itu dilanggar kemudiannya menyusur keluar dari jalan raya berturap sebelum terbalik.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian jam 8.10 pagi itu membabitkan Perodua Myvi dinaiki tiga beranak yang dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi Perodua Myvi yang dipandu lelaki berkhidmat sebagai anggota tentera.
“Punca kemalangan akibat Perodua Myvi yang dipandu anggota tentera berusia 22 tahun itu melanggar Perodua Myvi dinaiki tiga beranak berkenaan dari arah belakang.
“Benar (bayi tercampak keluar dari kenderaan) dan mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan, namun setakat ini belum ada sebarang kecederaan serius dimaklumkan yang dialami bayi itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Nazri berkata, mayat ibu bayi yang juga suri rumah akan menjalani proses bedah siasat hari ini di Hospital Kampar.
Menurutnya, Perodua Myvi yang melanggar kereta dinaiki tiga beranak itu kesemuanya dinaiki oleh empat anggota tentera berusia antara 20 hingga 22 tahun.
Mohamad Nazri berkata, selain mangsa maut, kesemua yang terbabit dalam nahas itu meliputi bayi, bapanya, serta empat anggota tentera tidak mengalami kecederaan.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.