Sejak kebelakangan ini tular tentang donut kampung red velvet selepas ada pempengaruh mula menjual kuih tersebut. Bagi yang duduk berdekatan, boleh la merasai sendiri donut tersebut.
Yang mana duduk jauh ni, gigit jari lah gamaknya! Oh tak…. Tak perlu nak sampai gigit jari. Cer buat sendiri sahaja di rumah! Bukan susah pun tau nak buat, campur je semua bahan, adun, dan siap! Tak percaya? Jomtengok resipi yang dikongsikan oleh Puan Hana ni. Uli guna tangan je tau! Yang pasti, hasilnya donut tu lembut sampai ke malam. Jom cuba!
Donut Kampung Red Velvet, Lembut Sampai Ke Malam
Donut kampung je tapi ditambah perisa red velvet. Cara mudah untuk membuatnya hanya dengan ulian tangan. Boleh menghasilkan anggaran 10 ke 12 biji donut mengikut kesesuaian acuan atau besarnya bebola doh.
Bahan-bahan:
*2 cawan tepung gandum
*1 sdb gula
*1sdb susu tepung
*1/2 sdb margerin
*1 sdt yis kering
*Secubit garam
*1 sdt pewarna red velvet emulco
*1 sdt serbuk koko
*1/2 cawan air lebih kurang
1/2 cawan gula kaster
Cara penyediaan:
– Masukkan semua bahan bertanda (*) ke dalam 1 mangkuk besar.
– Sebatikan dan uli sekitar 10 minit. Rehatkan selama 5 minit.
– Boleh dibentuk menggunakan acuan atau dibuat bebola.
– Biar naik sekitar 20 minit dan panaskan minyak dengan api sederhana.
– Masukkan donut tadi. Goreng 1 minit di setiap bahagian.
– Angkat dan terus sadurkan dengan gula kaster atau susu tepung.
Memang lembut sampai ke malam dan sesuai dijadikan hidangan minum petang. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Hana Hana