Kalau dulu, peminat donut hanya merasai kesedapan kuih ini yang ditaburi gula aising. Tetapi dengan kreatriviti muncul pula resipi terbaru berasaskan donut yang diberi nama Bomboloni.
Donut yang dimodenkan ini boleh dicuba dengan pelbagai perisa termasuklah coklat, karamel, strawberi, nuttela dan banyak lagi. Untuk ibu-ibu nak cuba sendiri, nah admin kongsikan resipi dari Puan Nur Wardah.
Selamat mencuba!
bomboloni viral.. inti nutella. ?? 1st time buat. alhamdulillah menjadi. gebus je. ? di bawah saya sertakan resepi. buat mak2 yang nak buat tok anak2 boleh cuba. senang sangat. Adunan dapat dalam 14 bji. Saya buat besar. kalau buat kecik dapat banyak lagi.
bomboloni..???
(bahan A)
1/2 cawan susu segar (pakai brand dutch lady yg putih)
2 sudu kecik yis
panaskan susu segar. agak2 bg suam je. padam api masukkn yis. kacau sebati. rehatkan 15 mnt
(bahan B)
*2 cawan tepung gandum
*2 sudu besar majerin/butter
*1/2 sudu kecik garam
*1 sudu besar gula pasir
1bji telur
cara membuat:
- Gaul semua bahan2 bertanda(*) sampai jadi macam serbuk roti. lepas tu masukkan bahan A dan telur uli sampai tak lekat kan tangan.
- (jangan tambah tepung) dah siap uli, rehatkan doh 15 mnt sampai naik 2x ganda doh. dah rehat doh 15 mnt. tumbuk2 doh supaya buang angin.
- Canaikan doh, rollerkan sampai nipis. tekap pakai apa2 acuan yg bulat.
- lepas dah tekap tu. rehat kan kejap dalam 15 mnit lagi. lepas tu boleh goreng.
Tips
Nak dapatkan gelung yang cantik, goreng api perlahan. Masuk sekali jangan terbalikkan sampai warna dah perang2 sikit 1 side tu. Baru terbalikkn sebelah lagi. lepas tu boleh angkat terus.. dah suam2 sikit salutkan dengan gula castor/icing. buat lubang pakai straw ataupon lidi. pipekan nutella atau apa2 filling.
selamat mencuba.?