Donut Ball 2 Bahan, Mudah Dibuat & Comel. Sesuai Sangat Jadikan Kudapan Untuk Anak-anak!

Jarang kita lihat anak-anak akan menolak jika diberikan donut. Maklumlah donut ini bukan sahaja lembut dan gebu bila dimakan, malah kemanisan gula yang menyaluti donut juga mencuri perhatian anak-anak untuk menikmati hidangan tersebut.

Lantaran itu bagi memenuhi selera anak, kita sebagai ibu tentunya teruja untuk menyediakan menu kegemaran keluarga dari air tangan sendiri. Jadi apa kata, hari ini anda sediakan donut dengan menggunakan resipi yang cukup ringkas dan mudah ini.

Hanya menggunakan 2 bahan sahaja seperti mana perkongsian resipi daripada Reha Rahma, donut gebu bahkan comel dapat disediakan dengan mudah!

Donut Ball

Bahan-bahan:

Ads

Donut Ball 2 Bahan, Mudah Dibuat & Comel. Sesuai Sangat Jadikan Kudapan Untuk Anak-anak!

130g atau 1 cup Yogurt perisa asli

¾ cawan tepung naik sendiri –Beli online di sini 

Ads

*Gandakan sukatan jika nak masak lebih.

Cara-caranya :-

1.Campurkan dua bahan tadi di dalam bekas.

Ads

Donut Ball 2 Bahan, Mudah Dibuat & Comel. Sesuai Sangat Jadikan Kudapan Untuk Anak-anak!

2.Kacau sebati seperti di dalam gambar.

Donut Ball 2 Bahan, Mudah Dibuat & Comel. Sesuai Sangat Jadikan Kudapan Untuk Anak-anak!

3.Kemudian masukkan adunan ke dalam piping bag. Kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.

Donut Ball 2 Bahan, Mudah Dibuat & Comel. Sesuai Sangat Jadikan Kudapan Untuk Anak-anak!

  1. Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana. Boleh angkat bila dah nampak warna perang-perang. Api jangan kuat sangat ya, donut ni cepat sahaja masak.Donut Ball 2 Bahan, Mudah Dibuat & Comel. Sesuai Sangat Jadikan Kudapan Untuk Anak-anak!
  2. Angkat dan golek-golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.Donut Ball 2 Bahan, Mudah Dibuat & Comel. Sesuai Sangat Jadikan Kudapan Untuk Anak-anak!Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

    Donut Ball 2 Bahan, Mudah Dibuat & Comel. Sesuai Sangat Jadikan Kudapan Untuk Anak-anak!

     

     

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI