Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya.

Share

Sudah tentu ada yang suka makan donut, terutamanya anak-anak. Ketika PKP ni boleh buat untuk hidangan seisi keluarga.

Cuma nak buat donut ni jika salah caranya donut jadi tak gebu, keras dan sebagainya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.

Tentu dijamin jadi, naik kembang, gebu dan lembut donutnya. Nak buat pun senang dan cepat. Menurut puan Yana Henna sukatan berikut mampu menghasilkan 15 hingga 18biji donut.

Bahan-bahannya:

4 cawan tepung gandum
Telur kuning 2 biji
Baking powder 2 sudu kecil
Garam 1 sudu kecil
Majerin 2 sudu besar (masukkan 1sudu majerin dulu.. dah campurkan semua bhn.. Than uli sekejap.. Baru tambahkan 1 sudu majerin lagi)

Kembangkan yis (10 minit)
-air suam 1cawan
-gula 2 sudu besar
-Susu pekat 2 sudu besar
(kacau)
-masukkan 1 pkt yis
(kacau)

Uli adunan 

Dah uli dalam 10-15mnt
(tutup dgn kain lembab)

Selepas perap 1jam

Selepas itu, adunan tadi dibentuk jadi bulat. Rujuk gambar untuk membentuk jadi bulat.ada sis. Sebelum itu, mesti tumbuk-tumbuk adunan untuk keluarkan angin.

Setelah siap buat bulat-bulat, kembangkan dalam 15minit. ( Ikut keadaan cuaca jgak) kdg2 lambat kembang. Ambil masa 20 minit. Jangan biar terlalu kembang itu boleh menyebabkan doh jadi kempis bila buat lubang. Kena pandai set masa.

Untuk buat lubang tu tak guna acuan, sis buat bulat2 je.. Lubang tengah tu pakai tutup botol je. Kalau nak guna jari pun boleh. Time nak goreng tu baru buat lubang terus goreng.

Hasilnya. Goreng dgn minyak yang panas.. Dengan api yang pelahan.

Wow tengok pun dah sedap dan gebu! Selamat mencuba.

Sumber: Yana Henna

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club