Sebak! Lisa Surihani Imbau Saat Akhir Bersama Ayah “Dont Worry, You’re Gonna Be My Wali”

Share

Kehilangan orang tersayang sememangnya meruntun juga, terutamanya orang itu merupakan seorang ayah dan wali utama dalam hidup kita. Meskipun sudah bertahun-tahun pemergiannya, perasaan kehilangan itu sentiasa segar di minda.

Itulah yang dikongsikan oleh pelakon Datin Lisa Surihani dalam program ‘Next To Neelofa 2’ baru-baru ini yang berkongsi detik pemergian bapa yang tersayang di sampingnya sekitar 14 tahun lalu.

Bermula dengan sakit yang tidak tahu puncanya, setelah setahun Mohamed Mahbob didapati terdapat sesuatu pada hatinya.

” Dia tak sihat dalam setahun macam tu, masuk keluar klinik hospital tak dapat detect kenapa, sampailah pergi ke hospital Putrajaya, then daripada situ doktor kata mereka dapati ada sesuatu pada liver. Tetapi perlu transfer ke hospital lain yang ada pakar.” katanya dalam program tersebut.

Setelah itu, ayah kepada pelakon filem ‘Istanbul Aku Datang’ ini memilih untuk tinggal di rumah satu-satunya adik dia dan memilih untuk tidak menjalani rawatan kemoterapi.

Hinggalah tarikh 31 Oktober 2008, Datin Lisa yang baru selesai photoshoot dimaklumkan bahawa ayahnya sudah tercungap-cungap. Sebaik di rumah, kepulangannya seolah-olah amat dinantikan Allahyarham.

“Saya rasa sangat-sangat bersyukur Allah susunkan supaya saya dapat bersama dengan arwah waktu tu. Saya baru lepas photoshoot, one of my abang call kata daddy tengah cungap-cungap.

“Bila saya sampai rumah, daddy masa tu tengah duduk, dia cakap ‘now i can baring’. So saya angkat dia, kali ni berat gila, rupanya dia tengah nazak i didnt know tapi perasan dia kerap pandang ke atas” tambahnya.

Sambil berkongsi tahap kesihatannya yang sudah baik, Allahyarham turut diyakinkan bakal menjadi wali pada hari nikahnya nanti. Namun begitu, Datin Lisa Surihani akur pemergian ayahnya selepas tiba-tiba berhenti zikir.

“Daddy, dont worry daddy, you’re gonna be my wali, he just smile. At one point, he just stop, mata dia macam tu sahaja, masa that point honestly i rasa blackout sekejap and bila i sedar he didnt move anymore, i just said daddy if you want to sleep just close your eye” Lisa imbas kembali saat ayahnya menghembuskan nafas terakhir.

@mymeletop Perkongsian penuh emosi Datin Lisa Surihani mengenai Allahyarham ayahanda kesayangannya. Next to Neelofa, setiap Sabtu, 10 malam di Astro Ria. #nexttoneelofa
#fypシ #foryoupage #fyp ♬ original sound – MeleTOP

Mendengar setiap butir bicara yang diungkapkan isteri Datuk Yusry tersebut, benar-benar menyentuh hati netizen. Bahkan ada yang merasakan betapa beruntungnya beliau, kerana ada kenangan membaca Yasin serta zikir bersama hingga bapanya menghembuskan nafas terakhir.

Sumber : @mymeletop

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/