Donut Gebu Gebas 4 Bahan Je? Hidangan Minum Petang Comfirm Licin!
Apabila kita suka memasak untuk keluarga tercinta, pasti ada macam-macam permintaan dari mereka.
Terutamanya pada hari hujung minggu. Dengan resepi donat gebu 4 bahan ini, pasti akan menjadi hidangan kegemaran minum petang sekeluarga!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bahan-Bahan
Bahan A
Bahan B
Cara membuat Donat Gebu Gebas!
Langkah 1: Bancuh yis Mauripan dalam air suam. Pastikan air tidak terlalu panas. Jika tidak yis tidak akan naik.
Langkah 2: Masukkan 2 sudu besar susu pekat ke dalam bancuhan yis.
Langkah 3: Masukkan sedikit garam.
Langkah 4: Tunggu sehingga yis naik & berbuih.
Langkah 5: Gaul tepung gandum bersama marjerin dan gaul. Jangan letak marjerin terlalu banyak.
Langkah 6: Masukkan bahan A di dalam adunan tepung gandum dan marjerin. Tambah sedikit air sehingga menjadi doh.
Langkah 7: Tunggu sehingga doh naik, kemudian anda boleh membentuk doh untuk menjadi donat atau gunakan acuan donat.
Langkah 8: Goreng donat dan toskan minyak. Pastikan minyak tidak terlalu panas.
Langkah 9: Setelah goreng, anda boleh hiaskan donat dengan meletakkan “topping” mengikut citarasa sendiri seperti gula Castor atau sos coklat.
Tips
Anda juga boleh menyimpan baki donat yang belum digoreng di dalam peti sejuk beku dan goreng kemudian!
Terima Kasih dan selamat mencuba!
Sumber: Eti Nur Syafiraa (Resepi Mudah di Facebook)
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club