Mencuba resipi yang diperolehi dari carian di internet, bila hasilnya menjadi pasti seronok rasanya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Siti Hasmah Rahman apabila mencuba resipi untuk membuat donut.
Hasilnya, donat dimasak cukup gebu dan sempurna kejadiannya. Meluahkan rasa seronok, Siti terjemahkan di dalam pantun dan turut berkongsi resipi untuk dicuba oleh yang lain.
Pagi-pagi mengutip lidi,
Lidi disimpan di atas papan,
Riangnya hati kuih menjadi,
Donut gebu menjadi santapan.
Pergi ke bendang memancing ikan,
Itik dibendang siapa yang punya,
Resipi donut daku kongsikan,
Bolehlah tuan/puan cuba membuatnya
Saya share resipi ye
(kredit kepada Sirap Limau)
Bahan A
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu manis
Secubit garam
1 sudu besar baking powder
Ramas bahan2 A sampai jadi seperti tekstur serbuk roti
Bahan B
1 1/2 cawan air suam
Sepekt yis mauripan
(campurkan keduanya. Tunggu dalam 5 minit)
Cara-cara
Masukkan Bahan B ke Bahan A sedikit demi sedikit. Tambahkan air jika doh masih belum sebati (air ni ikut kesesuaian ye. Kalau nak selamat jangan curah air semua, letak sikit2 sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau tak cukup air tambah lagi sikit).
Kemudian biarkan doh berehat dengan tenang dan berkembang dengan jayanya dalam 40 minit hingga sejam. Nanti doh tu akan berkembang sekali ganda. Pastu dah boleh terap dengan acuan dan sedia untuk digoreng
Selamat mencuba
Sumber : Siti Hasmah Rahman
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club