Mencuba resipi yang diperolehi dari carian di internet, bila hasilnya menjadi pasti seronok rasanya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Siti Hasmah Rahman apabila mencuba resipi untuk membuat donut.
Hasilnya, donat dimasak cukup gebu dan sempurna kejadiannya. Meluahkan rasa seronok, Siti terjemahkan di dalam pantun dan turut berkongsi resipi untuk dicuba oleh yang lain.
Pagi-pagi mengutip lidi,
Lidi disimpan di atas papan,
Riangnya hati kuih menjadi,
Donut gebu menjadi santapan.
Pergi ke bendang memancing ikan,
Itik dibendang siapa yang punya,
Resipi donut daku kongsikan,
Bolehlah tuan/puan cuba membuatnya
Saya share resipi ye
(kredit kepada Sirap Limau)
Bahan A
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu manis
Secubit garam
1 sudu besar baking powder
Ramas bahan2 A sampai jadi seperti tekstur serbuk roti
Bahan B
1 1/2 cawan air suam
Sepekt yis mauripan
(campurkan keduanya. Tunggu dalam 5 minit)
Cara-cara
Masukkan Bahan B ke Bahan A sedikit demi sedikit. Tambahkan air jika doh masih belum sebati (air ni ikut kesesuaian ye. Kalau nak selamat jangan curah air semua, letak sikit2 sampai doh tak melekat kat tangan. Kalau tak cukup air tambah lagi sikit).
Kemudian biarkan doh berehat dengan tenang dan berkembang dengan jayanya dalam 40 minit hingga sejam. Nanti doh tu akan berkembang sekali ganda. Pastu dah boleh terap dengan acuan dan sedia untuk digoreng
Selamat mencuba
Sumber : Siti Hasmah Rahman
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Saya Usahakan Mak Bangun Solat, Mandikan & Suap Makan.” Kongsi Kisah Jaga Ibu Sakit, Cara Abby Abadi Sentuh Hati Netizen.
Isi Kandungan
ToggleSetiap anak mahukan ibu bapa mereka sentiasa sihat dan berada dalam keadaaan baik. Namun apabila usia semakin meningkat memang tak lepas dari pelbagai penyakit.
Namun sebagai anak haruslah selalu mengambil berat akan masalah kesihatan orang tua. Demikian dengan pelakon Gerak Khas, Abby Abadi yang selalu berkongsi kisah ibu bapanya.
Jika sebelum ini dia memuat naik tentang ayahnya, kali ini Abby bercerita mengenai tahap kesihatan ibunya. Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati netizen.
“Mak… Saya usahakan Mak saya supaya terus solat dan Alhamdullillah, Mak kuat.
“Saya mandikan Mak, bagi makan ubat, inject, insulin, buatkan air, suap makan dan paling penting jagakan solat Mak.
“Saya bagitau Mak, tak dapat buat yang sunat, 5 waktu tu je suruh Mak jaga. Sebab itu yang pertama Allah akan tanya nanti Mak. Mak dengar je…
“Dan saya harap Allah kuatkan lagi kefahaman Mak tentang agama. Amin. Sayang Mak sangat!” tulis Abby di ruangan kapsyennya di instagram.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Rata-rata memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada Abby supaya bersabar dan selalu mengambil berat akan kesihatan ibunya.
man5308 Kak @abby_abadi112 org psakit buah pinggang mmg byk prosedure die sementara nk buat fistular dkt tgn…in sha allah kalu mak kak abby kuat n slalu xmissed dialisis…in sha allah lps tu mak kak abby akan lbh sihat dr sblmnya…sy doakan mak kak abby cpt sembuh
nanajeli82 Moga kak abby terus kuat…moga jd inspirasi anak2 ye.
shima_anje Moga Allah permudahkn segala urusan in shaa Allah akan d berikn kesihatan yg baik …banyak kn sabar ye ingat masa kita kecil skrg giliran kita plk jaga mak mmg cerewet sbb dh berusia mak kn …banyak kan sabar ye abby
najaha777 Semoga Saya juga mcm Abby, dpt berkhidmat jaga mak sebaik mcm ni.
linda.kyra @abby_abadi112 ..semoga cepat sembuh dan sebagai anak semoga diberi ketabahan dan kesabaran dlm menjaga ibu sedang sakit..
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Patutlah Viral, Rupanya Ini Bahan Nak Buat Sotong Masak Ala Thai Tambah Sedap!
Kecur terus air liur! Bagi yang suka makan makanan yang simple dan suka masakan ala Thai, inilah resipi yang kena buat.
Malah ada bahan-bahan yang menjadikan masakan ini lebih sedap. Jom cuba resepi sotong masak ala Thai!
Malah perkongsian ini menggunakan bahan-bahan yang mudah dan memang akan menjadi menu kegemaran seisi keluarga.
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong
1 biji bwng besar
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
- Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.
- Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
- Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
- Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
- Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba.
Sumber : Wan Maslinda Wan Mohamed
7 Petua Elak Nasi Cepat Basi, Boleh Tahan Hingga Dua Hari!
Baru sahaja masak pagi tadi tetapi malamnya sudah basi. Sedangkan, apabila membeli nasi bungkus boleh pula tahan sampai ke petang walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk.
Apa rahsia peniaga makanan ini agaknya? Mungkin 7 petua masak nasi ini antara yang mereka gunakan untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. Basuh beras hingga bersih
Sesetengah orang kata, jangan basuh beras banyak kali kerana nutrisi akan hilang. Walau bagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. Pastikan periuk dicuci bersih
Salah sebab nasi cepat basi kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan.
Jadi periksa dengan teliti bahagian dalam periuk, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi yang dimasak.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. Perah limau nipis
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. Hikangkan wap nasi seleaps dimasak
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembap. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. Masukkan secubit garam
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk. Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. Panaskan periuk nasi atas dapur
Kadang-kadang kita terlupa membersihkan periuk nasi dalam tempoh yang lama. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Suhu panas ini dapat mematikan bakteria yang masih tinggal sekali gus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Malah petua turun temurun ini dikatakan boleh mengelakkan nasi daripada basi hingga dua hari.
7. Masak air dalam periuk nasi
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tip ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
Sekiranya anda mempunyai tip lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana
Sumber: Infojer.com