![12e](https://cdn.keluarga.my/2019/07/12e-18_06_572452.jpg)
Kanak-kanak dan remaja di Malaysia mengambil terlalu banyak garam natrium setiap hari. Dianggarkan mereka mengambil lebih dari 1,000 mg dari dari tahap yang yang dibenarkan.
Kebanyakan mereka mengambil kira-kira 3,500 mg natrium sehari, manakala maksimum yang disarankan ialah 2,300 mg natrium dalam sehari.
Kebanyakan garam natrium ini datangnya dari makanan segera seperti yang disediakan secara komersial seperti pizza, mi segera, sup segera, dan makanan ringan.
Pengambilan garam natrium yang berlebihan akan merosakkan jantung dan ginjal dalam masa yang panjang.
Oleh itu tidak hairan ramai di kalangan orang muda sekarang, dalam usia lewat 20an telah mula mengalami penyakit tekanan darah tinggi.
Sumber: Dr Zubaidi
Patut Dapat 58K Perkongsian, Resipi Garlic Bread & Mushroom Soup Ni Memang Menjadi! Sedap & Mudah Penyediaannya
![](https://cdn.keluarga.my/2020/10/untitled-design-21-23_31_201343.png)
Bila menjelang malam, mula la dalam kepala ni dok mikir nak makan apa la. Nak makan benda berat, tak lalu. Konon nak on diet lah punya pasal!
Nak sesuatu yang ringan tapi sedap? Jom cuba buat sendiri mushroom soup with garlic bread resipi dari Nurul Balqis ala-ala yang selalu kita beli kat Pizza Hut tu! Kalau nak buat, disarankan buat banyak! Takut nanti tak cukup pula kena paw dek orang lain. Jom cuba!
Garlic bread and mushroom soup tersangat sedapppp macam kat pizza hut. Rangup krup krap krup krap and bila celup je mushroom soup terus cair dalam mulut. Nyummy yumm yummm 😋.
Cara Qis ni, senang and simple je tak payah guna banyak bahan. So korang pon senang nak buat kat rumah sambil usap-usap rambut suami. Gitohhhhh
Kalau ada apa-apa tak faham, boleh inbox Qis k 😘
Bahan-bahan :-
– Sup cendawan campbell
– Susu krimer sejat
– Bawang putih
– Butter/marjerin
– Parsley leave yang kering
– Roti baguette perancis
Bahan untuk sapu dekat roti :-
– Butter
– Bawang putih (hiris halus sehalusnya)
– Parsley leave
Cara-cara untuk buat garlic bread :–
1. Gaul rata sampai jadi macam dalam gambar tu. Yang lebih boleh simpan dalam peti. So next time, tak payah buat dah.
2. Potong roti perancis tadi menyerong macam dalam gambar.
3. Kemudian sapu campuran bawang putih, butter, dan parsley leave tadi one side sahaja.
4. Goreng tanpa minyak sampai garing dan pastikan jangan hangus ye sayang-sayang.
Cara-cara buat mushroom soup :-
Bahan untuk soup tersangatlah senang. Hanya guna soup campbell yang cendawan, susu cair & parsley leave sahaja. Boleh tengok video.
Ada orang letak jugak isi ayam dan kiub pati. Lagi sedappp. Tapi Qis buat sehabis simple je. Hehe.
Nak jadi sebahagian dari komuniti kami? Jom sertai di keluargagaderclub
Pantang Tuang Dalam Bekas, Cepat Je Milo Mengeras! Letak Je Oxygen Absorber Ni, Settle Masalah
![](https://cdn.keluarga.my/2022/05/Untitled-design-2022-05-28T062145.209.jpg)
Pernah tak beli serbuk milo tapi ianya tak tahan lama? Bukan tak tahan lama sebab expired tapi oleh sebab milo itu dah keras. Memang tak best sebab baru sahaja nak buat air milo yang sedap tapi kena beli serbuk milo yang baharu pula.
Punca milo keras pula adalah disebabkan oleh kemasukkan oksigen ke dalam bekas dan menyebabkan serbuk milo itu keras dan berketul. Kadang-kadang, dah simpan milo dalam bekas kedap udara tapi masih juga keras. Menurut Lola Lolieta, inilah cara yang biasa digunakan olehnya untuk elakkan Milo, Nescafe, atau apa-apa serbuk daripada jadi keras apabila disimpan dalam bekas.
GUNA “OXYGEN ABSORBER” SUPAYA MILO TAK KERAS
Caranya mudah sahaja! Anda boleh beli oxygen absorber ini dekat kedai membuat kuih. Kalau tengok pada gambar, untuk satu pek (dalam ada 50pcs) harganya lebih kurang RM7.60.
Ini cara nak simpan Milo guna oxygen absorber tu.
APAKAH OXYGEN ABSORBER?
Mungkin ramai nak tahu lebih lanjut, apakah sebenarnya oxygen absorber dan adakah ia selamat digunakan untuk makanan?
Pernahkah anda menjumpai bungkusan kecil yang mengandungi biji-biji kecil lutsinar yang tertulis ‘Oxygen absorber’ di dalam botol vitamin yang baru dibuka?
Penyerap oksigen Selamat Makanan juga dinamakan ejen De Sanso. Ia berkesan boleh menghalang pertumbuhan bakteria aerobik dan acuan dengan menyerap oksigen dalam pembungkusan, mencegah daripada cendawan, pengoksidaan lipid, serangga, penuaan, perubahan warna, karat, dan memanjangkan jangka hayat.
Sebagai bahan baru untuk pemeliharaan makanan, oxygen absorber selamat makanan mempunyai kelebihan uniknya. Ia terkandung dalam bekas yang sama dengan makanan, dan deoxidizer menyerap oksigen dalam bekas, supaya bahagian dalam bekas berada dalam keadaan anaerobik, dan makanan itu dipelihara.
Walau bagaimanapun, bahan mentah deoxidizer itu mesti mempunyai kesan sampingan seperti tindak balas yang stabil, tidak ada bau aneh dan tiada pembentukan gas yang berbahaya, dan tidak berbahaya kepada tubuh manusia dalam hal pengingesan.
Sumber: Facebook Lola Lolieta, Well Absorb
Hmmmm… Sedapnya Resipi Sup Tulang, Simple Tapi Mudah. Letak Kicap Sambal Lagi Power. Azie Kitchen Kongsikan Caranya!
![](https://cdn.keluarga.my/2019/06/sup-1-02_23_293950.jpg)
Asyik makan kari dengan sambal tumis je mesti bosan kan. Petang ni apa kata tukar menu juadah berbuka. Cuba resipi Sup Tulang Sedap, perkongsian dari Azie Kitchen. Pasti membuka selera anak-anak petang nanti.
Macam biasa, Raya kedua dan ketiga kami dah jemu makan rendang. Maka ketupat lebih tu kami makan dengan sup tulang. Korg cuba la. Sedap gila! Letak kicap sambal! Power.
Bahan bahan:
1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar – di hiris
1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah ~ dadu
2 biji kentang ~ dadu
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji tomato – potong dadu
1 batang celery – hiris
Daun sup dan daun bawang ~ hiris
3-4 biji cili padi – hiris
Bawang goreng – tabur
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 batang lobak merah
1 batang celery
1 batang leek
Cara cara:
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.
https://www.facebook.com/1841072332819726/videos/1897849543808671/
Share!
Oleh: Azie Kitchen