HomeKekeluargaan“Doktor, Saya Bukan Isteri. Tapi Saya Bekas Isteri.” Setelah 25 Tahun Hidup...
“Doktor, Saya Bukan Isteri. Tapi Saya Bekas Isteri.” Setelah 25 Tahun Hidup Bersama, Kemanisan Rumahtangga Jadi Sejarah Pada Usia 50 Tahun. Meruntun Jiwa Perkongsian Ini
Lumrah kehidupan rumahtangga ada pasang surutnya. Namun, ada yang bahagia ditengah jalan kala tidak dapat bertahan taufan yang melanda. Kemanisan rumahtangga yang dibina jadi sejarah. Perpisahah jalan penyelesaian.
Bagaimanapun, siapa sangka, kehidupan dengan pasangan baru, rupanya bahagia sementara. Pasangan lama datang menjengah tanda simpati kala ditimpa musibah hidup.
Begitulah kasih dan simpati seorang bekas isteri yang tidak pernah berdendam disudut hati.
Ikuti perkongsian kisah benar seorang doktor Norilyani Bujang tentang seorang bekas isteri yang datang menguruskan bekas suaminya yang sakit (kini arwah). Sungguh meruntun jiwa. Moga jadi ikhtibar bersama. Jagalah keharmonian rumahtangga supaya ia berakhir dengan kegembiraan yang akan dikenang sehingga penghujung nyawa.
Gambar sekadar hiasan
‘Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.’
Wajah wanita itu sayu melihat lelaki yang terlantar di atas katil ICU.
Wanita itu diceraikan pada umur 50 tahun, setelah 25 tahun bersama lelaki yang terbaring koma diatas katil.
‘Saya minta maaf, boleh saya bertanya anak anak puan di mana?’
‘Anak kami 2 orang doktor, tetapi anak semua dah besar. Mereka tak mahu datang melawat ayahnya’
Kenapa?
‘Sejak kami bercerai anak anak menjauh hati dari ayahnya doktor.’
Dia menangis teresak esak.
‘Jadi siapa waris yang ada sekarang ini?’
Isteri baru tidak uruskan suami
‘Dia dah kahwin setahun lepas. Ada isteri baru. Tapi setahu saya isterinya dah lama tinggalkan bekas suami saya sejak kakinya membusuk 2 bulan lalu’
Ads
Kepala aku makin pening. Namun, masih bersabar melayankan wanita di hadapan mataku ini.
Di saat lelaki ini terdampar koma di atas katil ICU, sudah menjadi tugasku untuk mencari dan mengenalpasti siapakah waris. Segala perihal pesakit, surat menyurat, kebenaran untuk rawatan perlu dibincangkan dengan waris.
Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan di lanjut usia. Banyak..
Kenapa? Kerana lupa diri.
Ramai yang berkata ‘wanita diuji sewaktu suaminya susah, lelaki pula diuji sewaktu dia sudahpun senang’.
Itulah yang aku selalu lihat di depan mata.
Wanita yang diceraikan kerana suaminya gelap mata. Bila anak sudah besar, duit sudah tidak kemana. Rezeki pula makin mudah. Kerja dan syarikat syarikat semuanya sudah stabil. Perkeja ramai. Hanya rileks rileks dan kaut untung sahaja.
Masa banyak. Duit banyak. Jadi, hati pun kembali muda. Maka ramailah betina yang tergedik gedik ingin menjadi pendengar setia masalah keluarga.
Mula mula berbual, lepas itu bercerita hal masalah suami isteri. Kemudian perasaan itu berubah menjadi kasihan dan lama kelamaan curang itu semakin dekat.
Ads
‘Jadi puan datang ke sini bagaimana? ‘ ‘Mak mentua saya yang beritahu. Dia pun tak sihat, kena stroke’
Datang Tanda Hormat
Sekadar hiasan
‘Saya datang sebagai tanda hormat lelaki ini pernah saya hidup denganya berpuluh tahun. Sedih saya lihat keadaannya doktor.’
‘Tapi saya ini bukan siapa pada dia. Hanya bekas isteri. Menjaga dia pun bukan tanggungjawab lagi. Apa lagi nak buat keputusan bagi pihak dia.’
‘Baiklah puan, puan duduk dan rehatlah di sini. Tenangkan diri’
Aku tinggalkan wanita itu melayan perasaannya. Biarlah airmatanya gugur.
Moga jadi ikhtibar
Keesokan harinya lelaki itu meninggal dunia.
Ads
Seorang diri, hanya kami yang mengajar kalimat suci ditelinga.
Tanpa keluarga.
Tanpa isteri… Atau lebih elok disebut bekas isteri.
Tanpa isteri muda yang sudah lari.
Tanpa anak anak yang menjauh hati.
Tanpa ibunya yang juga sakit, tidak boleh bergerak sendiri.
Hanya dia dan kami.
Kami kemas jenazah itu untuk dibawa pergi ke bilik mayat, tanpa waris yang mengiringi.
Entah siapa yang tuntut kemudiannya, saya pun tak pasti.
Tua sepatutnya menjadikan kita lebih dekat dengan keluarga, lebih dekat dengan Tuhan.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencoretkan pelbagai kenangan pahit manis. Setiap orang punya cerita yang berbeza. Bukan hanya orang biasa, golongan artis dan selebriti juga antara yang merasai pengalaman tersebut.
Pemenang Artis Paling Popular suatu ketika dahulu yang cukup dikenali dengan penampilan yang manis dan sopan berhijab. Bercerita tentang PKP ini, Wany Hasrita berkongsi perasaan gembiranya berada dalam tempoh tersebut.
“Jom nak share rasa happy! Apa perkara terbaik yg berlaku dlm hidup awak semua waktu PKP ni?
“Kalau saya, saya baru sedar best nya dapat bagi masa pada ibu saya, kemas rumah sama-sama, masak sama-sama, scroll shopping online sama-sama, tengok tv cerita Korea sama-sama, lagi-lagi cerita The World Of The Married sambil geram sama-sama,” tulis Wany pada satu entri di Instagram miliknya.
Menurut Wany, ketika ini dia mula sedar betapa sunyi ibunya apabila dia sentiasa sibuk bekerja sehingga balik lewat malam.
“Kesian dia mesti dia sunyi waktu saya sibuk kerja balik sampai tengah malam, dia duduk sorang kat rumah.
“Okay, nak nangis. Selagi ada masa ni, gunakan sebaik mungkin tau. Stay safe everyone,” tulis Wany yang gembira dapat meluangkan waktu bersama ibu tercinta.
Zaman teknologi serba canggih masa kini, rata-rata pastinya sudah ada akaun di media sosial tidak kiralah Instagram, Facebook atau Tiktok. Termasuklah bagi selebriti atau pempengaruh uang menggunakan media sosial masing-masing untuk memasarkan diri dan berkongsi perihal kehidupan mereka di dalam itu.
Selain mereka, anak-anak juga tidak ketinggalan terkena tempias populariti ibu atau bapa masing-masing.
Sebagai contoh, kedua-dua anak perempuan pelakon Que Haidar antara yang sering menjadi perhatian netizen disebabkan kejelitaan rupa paras mereka yang mewarisi kecantikan isteri aktor tersebut iaitu pakar tarian dan koreografi, Linda Jasmine.
Menerusi temubual yang diadakan program MeleTOP baru-baru ini, Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 43, berkata buat masa ini dia masih belum membenarkan’ kedua-dua anaknya, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra untuk
memiliki akaun media sosial sendiri.
Ini kerana menurut Que, dia lebih mengenali anak-anaknya yang mungkin tidak akan tahan dengan komen-komen negatif yang sering ditinggalkan sebahagian netizen seperti mana yang berlaku terhadap golongan selebriti mahupun anak-anak mereka sebelum ini.
“Sebagai bapa, saya rasa saya lagi kenal anak-anak saya. Mereka (anak-anak), hati mereka lembut.
“Kan kita ada segelintir netizen yang tulis tidak elok. (Saya risau akan) kacau dia orang punya feeling. Saya rasa mereka tak bersedia lagi untuk handle benda-benda macam ini” katanya.
Sekadar info, Que mendirikan rumah tangga dengan Linda pada 14 Februari 2009 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Tengku Ratu, 13, dan Tengku Cleopatra, 10. Linda juga mempunyai seorang anak lelaki, Qalif Khan, 22, hasil perkahwinan terdahulu.
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila diajukan soalan kepada Puan Latifah Ismail, apa istimewanya bunga Ros Jepun ni yang menyebabkan banyak ditanam di sekeliling laman rumahnya, ini jawabnya.
1. Rose Jepun mudah ditanam. semaian pokok-pokok baru dilakukan dengan hanya memotong ranting-ranting baharu dari pokok-pokok yang lama.
2. Rose Jepun murah
Rose Jepun boleh didapati benihnya di banyak nursery lain eg. Di Sungai Buloh & etc Dan dijual dengan harga yang murah.
3. Ros Jepun sesuai ditanam di cuaca tempat tinggal saya di Subang Jaya Selangor.
Inspirasi
Menyentuh tentangt inspirasi bermulanya timbul minat menanam pokok bunga Ros Jepun dan beberapa jenis bunga lainnya. Siapa sangka datangnya setelah banyak kali melancong ke luar negara.
”Saya dan suami sering keluar negara untuk melancong. Berkesempatan melihat di beberapa garden-garden bunga dunia, contohnya Keukenhof Tulips garden di Amsterdam dan selalu juga ke Jepun ketika musim Sakura/ Cherry Blossom membuat kan kami teruja adakan mini garden di laman rumah kecil ini.”
“Rasa segar dan fresh sambil boleh cuci mata. Ini yang saya boleh gambarkan tiap kali melihat pokok-pokok bunga di laman rumah ni.
“Dulu semasa belajar di Jepun, di UK & melancong, saya suka dan sentiasa lihat bunga-bunga fresh ini.”
Kongsi Tips Rutin Penjagaan Ros Jepun
1.Sentiasa replanting.
2.Sentiasa siram satu hari sekali di petang hari atau esok pagi.
3. Bila portion tanah waktu semain,
Campurkan tanah + 1 sudu baja pokok ( kami pakai baja Pejabat Pertanian) bagi setiap pasu kecil.
4. Seminggu sekali siramkan baja bunga.
( Boleh beli baja bunga ini dari Nursery di Sg. Buloh.)
Manakala dalam hal perletakkan pasu bunga dan susun atur, nyata pasangan suami isteri saling bantu membantu.
”Yang banyak membantu adalah suami saya yang suka bercucuk tanam. Dia jugalah yang buat welding besi supaya bunga-bungaan boleh disusun bertingkat-tingkat.
”Pasu-pasu bunga hendaklah diletak di bawah cahaya matahari dan pokok berangin jika letak bertingkat. ”
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.