Mana-mana pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan zuriat daripada darah daging sendiri. Namun bukan semua pasangan diberikan rezeki yang mudah untuk segera punya anak dalam tempoh awal perkahwinan. Semuanya bergantung kepada rezeki Allah SWT.
Namun bila disahkan sukar hamil oleh doktor, pastinya kenyataan ini sesuatu yang tidak mampu diterima oleh kita. Inilah yang dilalui wanita bernama Nurul Balqis di facebooknya.
Tidak patah semangat, wanita ini dan suaminya berusaha untuk memperolehi zuriat dengan cara mengamalkan air buat zuriat. Ikuti perkongsiannya.
PETUA YANG QIS AMALKAN SEHINGGA BERJAYA HAMIL.
Selamat petang semua. Qis ada janji ngan korang untuk kongsi petua dan cara yang Qis amalkan sehingga berjaya dapatkan zuriat setelah 2 tahun mendirikan rumah tangga. Harini Qis akan kongsikan petua yang Qis amalkan.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah s.w.t setelah 2 tahun Qis dan suami usaha untuk mendapatkan zuriat, akhirnya kami berjaya. Tempoh 2 tahun mungkin sekejap bagi mereka yang ambil masa lebih lama dari kami. Tapi bagi kami, dua tahun tu tempoh yang lama untuk menunggu kehadiran roh dalam rahim ini.
Jom baca perkongsian Qis, InshaAllah dengan izin Allah s.w.t awak semua yang masih tertunggu-tunggu juga akan berjaya. Yang penting kita percaya dengan rezeki-Nya. InshaAllah. Qis berani kongsi, kerana petua ni betul-betul berjaya dan sesuai dengan mereka yang mempunyai masalah sama seperti Qis.
Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada korang yang senasib seperti kami untuk teruskan berjuang tanpa mengalah. Chewahh. Hehe
Selepas setahun kami berkahwin, Qis dan suami membuat keputusan untuk berusaha mendapatkan zuriat. Bermacam-macam cara kami lakukan, makan suplemen, pergi mengurut dengan 3 orang bidan, makan acid folic, ubat moden, ubat tradisional semua kami dah ambil. Namun, tetap juga tak berjaya. Masalah Qis tetap tak berubah.
Setahun hanya dua kali dapat merasa datangnya darah haid. Akhirnya, kami pergi ke klinik untuk berjumpa doktor dan mendapatkan nasihat dari yang pakar. Kata-kata doktor amat menyedihkan dan menghampakan kami. Doktor ada bagitahu, masalah macam Qis ni memang susah nak dapatkan zuriat kalau tak dirawat.
Pada tahun kedua, kami menerima berita gembira. Kawan baik Qis, yang senasib dengan Qis memberitahu yang dia dah berjaya hamil hanya sebulan mengamalkan minum air rebusan buah zuriat. Dan dia suggestkan kat Qis untuk usaha benda yang sama. Kebetulan pula, kawan Qis ada pergi ke Mekah dan sudi carikan Qis buah zuriat dekat sana. Alhamdulillah.
Apa buah zuriat ni? Apa kelebihannya?
Ada juga yang panggil buah zuriat ni, buah Adam dan Hawa. Buah ni, pokoknya dekat Mekah dan Madinah (tanah arab) sangat banyak. Kelebihan buah zuriat ni pula:-
– Merawat masalah kesuburan sperma lelaki dan ovum wanita.
– Menambah kepekatan air mani lelaki, menguatkan dinding rahim wanita. Sangat sesuai untuk wanita yang pernah keguguran, mandul, dan tidak pernah mempunyai zuriat lagi.
– Mengaktifkan sel darah yang baru, muda dan hormon yang subur tanpa menjejaskan sel-sel lama.
Alhamdulillah, dengan izinNya setalah sebulan Qis amalkan minum air rebusan buah zuriat ni, Qis juga telah berjaya hamil pada bulan seterusnya. Bagaimana cara nak amalkan, cara nak rebus, cara nak kopek buah yang terlalu keras ni. Qis ada terangkan dekat setiap gambar dekat bawah ni.
Semoga pasangan yang senasib dengan kami juga berjaya merasa saat-saat yang dinantikan ini. Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa doakan kami. Sekarang kandungan Qis dah cecah 4 bulan. Doakan kandungan Qis sihat dan selamat sehingga dia keluar ye ??
Cuma pesan Qis satu je, jangan mudah mengalah dan teruskan usaha. Allah menduga hambanya kerana Allah tahu hambanya kuat menghadapi dugaan itu.
Kawan-kawan boleh la share petua ni, agar ramai yang senasib dengan Qis dan kita sama-sama merasakan peluang ini. Qis doakan korang juga dapat merasakan saat-saat indah ini ?
1. Beginilah rupa buah zuriat sebelum dibuang kulitnya. Ya Allah kulitnya, tersangatlah keras dan memerlukan kesabaran untuk mengambil isinya kat dalam. Siapa yang kena buat semua ni? Mestilah suami kita. (mesti guna 2 biji ye)
2. Nampak macam senangkan? Suami qis siap guna tukul dan ulu lesung lagi. Habis berpeluh satu badan nak siapkan ni. Mula-mula buang dulu lapisan pertama. Kopek kulitnya yang paling luar.
3. Sehingga keluar tempurungnya. Tempurung buah zuriat ni, sangat keras tau. Tempurungnya sama dangan tempurung kelapa, tapi ni lagi keras dari tempurung kelapa.
4. Setelah itu, pecahkan tempurungnya. Ambil isi dalam sahaja.
5. Tadaaaa ni la isi buah zuriat tu.
6. Kemudian belah dua macam ni.
7. Selepas tu, belah lagi kecil-kecil macam ni.
8.Masukkan tiga cawan air dan rebus sehingga airnya jadi kekuningan macam air teh seperti dalam gambar kat atas tu. Rebus sampai agak-agak kita akan dapat dua cawan air. Buah tu jangan buang, kita simpan je dalam periuk tu dan guna lagi berkali-kali hingga airnya dah jernih. Nanti baru ganti dengan buah yang baru. Tapi qis dapat guna dua biji ni sehingga sebulan tau.
9. Haaa dah siap, dah boleh minum. Tak kisah, bila-bila waktu pun boleh minum. Yang penting mesti konsisten minum setiap hari pada waktu yang sama.
Suami isteri dua-dua kena minum. Macam Qis, qis minum selepas isyak tiap-tiap malam sehingga sebulan. Satu lagi sebelum terlupa, minum pada hari pertama period ye. Alhamdulillah, hanya sebulan sahaja. Ada juga pasangan yang amalkan ni sampai 2 bulan dan 3 bulan. Atas rezeki masing-masing.
10. Sebelum minum tu, baca dulu selawat 7x kemudian baca doa kat atas ni dan boleh minum. Minum sama-sama dengan suami ye.
Semoga berjaya Qis ucapkan kepada pasangan-pasangan yang tengah berusaha. Aminn.
Kredit: Nurul Balqis