Doktor Sahkan Kandungan Abby Abadi Selamat. Suami Lahirkan Rasa Syukur.

Share

Setelah pelakon Gerak Khas, Abby Abadi memaklumkan dirinya hamil, ramai melahirkan rasa syukur termasuk peminat dan rakan artis.

Namun melalui entri terbaru suaminya, Faizal Zakaria di instagram, menyatakan kandungan Abbay ada masalah dan selanjutnya Abby mendapatkan rawatan untuk nasihatan pakar perubatan.

Bagaimanapun, doktor disahkan doktor bahawa kandungan isteri berada dalam keadaan selamat.

Keluarga bahagia

“Hari cuti bawah My Love @abby_abadi112 ke Klinik

“Pagi tadi ada masalah sikit..berdebar jugak….tapi Alhamdullilah semua ok….

“Makan ubat kena ikut aturan….banyakkan rehat ya.

“Terima kasih Doc sebab berikan layanan yang baik tadi,” tulisnya sambil menyertakan foto imbasan bayi di ruang Instagram.

Dalam pada itu rakan artis dan netizen mendoakan semoga kehamilan Abby Abadi dipermudahkan dan selamat.