Doktor Pakar Ni Kongsikan Soalan Favourite Pesakit, “Bolehke Saya Berurut?” Ni Jawabnya!

Share

Umumnya, kalau terseliuh cara nak merawat kesakitan tersebut adalah dengan berurut atau pun berjumpa doktor.

Pun begitu, melalui perkongsian  daripada Doktor Pakar ini elok difahami agar tindakan yang diambil tidak menambahkan lagi kecederaan yang dialami.


“Doktor, boleh tak saya pergi mengurut?” Seorang lelaki yang di tackle semasa pertandingan futsal bertanya kepada saya tempohari. Ligamen Anterior Cruciate Ligament (ACL) lutut beliau putus. Longgar habis lutut. Boleh digoyang dangdut jadinya.

Ini adalah soalan favourite. Soalan yang paling kerap ditanya. Orang kita suka sangat mengurut. Semua benda nak diurutnya.

Bengkak urat (urat apa sebenarnya?)? Urut
Sendi terseliuh? Urut
Tulang patah? Urut
Sakit perut? Urut
Sakit pinggang? Urut
Slipped disc? Urut
Mati pucuk? Urut

Jika sendi anda terseliuh atau terhantuk dan bengkak contohnya, mengurut hanya akan membuatkan bengkak semakin teruk. Lagi pun, kan sakit bila anda urut tempat yang bengkak tu.

Jadi, apa yang perlu anda buat jika terseliuh? Semasa peringkat awal kecederaan dimana sendi atau otot anda bengkak, sila buat langkah-langkah berikut:

1. Letak kaki anda pada paras yang lebih tinggi drpd paras dada masa baring. Contohnya letak bantal pada bawah kaki.

2. Pastikan anda letak ais secara kerap. Letak ais ke dalam plastik yang dialas dengan kain nipis dan letak pada bahagian yang bengkak selama 20 minit setiap 2 jam utk kurangkan bengkak.

3. ELAKKAN mengurut. Sapu minyak adalah dibolehkan. Tapi nasihat saya, elakkan minyak panas kerana ada masanya ia menyebabkan jangkitan kuman (Cellulitis).

4. Jumpa Doktor segera jika berlarutan atau jika anda rasa kemungkinan ada kepatahan atau sendi terkeluar.

Secara ringkasnya is senang diingat dengan Mnemonic PRICE sahaja.

P – Protection of injured part
R – Rest
I – Ice
C – Compression
E – Elevation

Slipped disc tidak akan sembuh dengan mengurut. Ini adalah kerana masalah yang berlaku adalah pada bahagian dalam dimana pelapik tulang (intervertebral Disc) menekan saraf tunjang. Mengurut mungkin melegakan, tapi tidak menyembuhkan. Usah mudah termakan kata manis.

ACL yang putus tidak akan bersambung kembali dengan mengurut. Apatah lagi dengan semburan spray, makan supplemen atau menyapu minyak. Itu semuanya TIPU.

Saya bukannya anti mengurut. Ada masanya saya pun pergi mengurut untuk melegakan otot saya. Apa yang penting ialah kita tahu apa yang boleh diurut & apa yang tidak boleh. Jaga diri anda. Usah mudah diperdaya.

Sumber : Dr Mahyudin Mohamed
Pakar Ortopedik