“Doktor Operate, Jantung Dan Buah Pinggang Aqil ‘Hangus’. Kanak-Kanak Meninggal Akibat Strok Haba Dan Dehidrasi

Share

Sejak bulan lepas lagi, pakar kesihatan kerap menasihatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar rumah serta banyakkan minum air kosong kerana cuaca panas yang tinggi berlaku sejak kebelakangan ini.

Berikutan dari itu, ianya boleh mengundang kepada masalah kesihatan akibat dari perubahan cuaca ini seperti strok haba.

Namun, mungkin kerana kemeriahanmenyambut Syawal ini telah menyebabkan kita terlepas pandang akan peringatan ini lebih-lebih lagi teruja bertemu sanak saudara yang telah lama tidak berjumpa.

Baru-baru ini, telah tular di laman sosial apabila seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi selepas bermain di luar rumah. Ianya telah disahkan sendiri oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut iaitu Wanie Iwan, melalui hantaran di media sosial.

Menurut Wanie, anaknya bernama Aqil atau nama penuhnya Muhammad Syamil Aqil adalah seorang yang sangat aktif bermain di luar rumah pada hari raya pertama dan kedua sebelum mula menunjukkan tanda-tanda lemah pada hari raya ketiga.

“Raya pertama dan kedua sangat-sangat aktif. Raya ketiga hanya demam biasa dan cirit-birit. Ibu monitor setiap jam suhu badan tetapi tak tinggi sangat, 37 – 39’c sahaja.

“Raya keempat selepas Subuh, Aqil kelihatan lemah dan dibawa ke klinik. Siap-siap pakai baju dan tiba-tiba nyetok (kekejangan) dan terus bawa ke klinik berdekatan.

“Sampai di sana, doktor masukkan oksigen dan air. Nadi Aqil tiba-tiba berhenti dan masa ini jantung ibu pun rasa macam tak ada dah. Semua doktor on call turun sebab Aqil tiba-tiba colapse.

“Semua doktor berusaha sehabis mungkin untuk menyelamatkan Aqil. Saya dan suami serahkan kepada doktor untuk buat apa pun agar anak dapat diselamatkan. Sejam doktor berusaha, tetapi nadi Aqil tak naik-naik.

“Doktor minta kami redha. Tepat jam 9.27 pagi, 25 April 2023, doktor mengesahkan Aqil telah tiada,” katanya.

Keputusan dari bedah siasat mengesahkan bahawa Aqil disahkan mengalami strok haba dan dehidrasi.

“Doktor operate terus nampak semua isi dalam dah ‘hangus’, jantung dan buah pinggang Aqil ‘hangus’ habis dah. Dalam dah kosong. Air dan darah dalam tubuh dah kering,” kata Wanie.

“Jam 9 lebih, Aqil dah selamat pergi ke negeri abadi. Selamat berehat anak ibu. Penghuni pertama rahim ibu, zuriat pertama abah ibu yang mengajar erti kehidupan dan kasih sayang. Semoga Aqil tenang dan riang bersama kawan-kawan baru,” katanya.

Dalam pada itu, Wanie juga menasihatkan golongan ibu bapa mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku pada anaknya.

“Tolong ibu bapa di luar sana, ambil iktibar dari cerita anak saya. Tolong jangan bagi anak bermain di luar yang cuacanya panas. Suhu pada ketika ini sangat-sangat panas. Beri anak minum air secukupnya.

“Saya redha, doakan untuk saya terus kuat menghadap kehidupan dunia dengan kehilangan satu nyawa saya. Damailah anak syurga ibu Muhammad Syamil Aqil,” katanya.

Sumber: Facebook Wanie Iwan

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club