Bercerita tentang entry yang dikongsikan oleh pemilik akaun Muhamed Ridzuan yang juga merupakan seorang doktor atau lebih mesra disapa Ciwan rupanya ada kisah yang tersendiri yang menyebabkan dia nekad jual Passat dan beli Proton Perdana!

Doktor Ni Tak Rasa Malu Downgrade Kereta Untuk Keluarga. Jual Volkswagen Passat, Beli Proton Perdana Terpakai!

Semoga apa yang dikongsikan ini menjadi tauladan dan kebaikan untuk lelaki yang bergelar suami dan ayah khususnya dalam membuat pilihan terbaik untuk keluarga.

Minat Kereta Mewah

Difahamkan minat Dr Ridzuan terhadap kereta bukan baru setahun dua, tetapi sejak masih belajar lagi.

Doktor Ni Tak Rasa Malu Downgrade Kereta Untuk Keluarga. Jual Volkswagen Passat, Beli Proton Perdana Terpakai!

“Sejak dulu lagi saya memang minat kereta jenis sedan macam Honda City atau Toyota Camry tapi masa tu masih belajar, jadi saya pakai Perodua Viva.

“Pada 2019, saya buat keputusan untuk tukar kereta baharu. Saya pergi banyak showroom untuk test drive kereta-kereta mewah. Saya cuba pandu kereta Honda, Toyota, Hyundai dan Mazda termaksuklah Volkswagen.

Doktor Ni Tak Rasa Malu Downgrade Kereta Untuk Keluarga. Jual Volkswagen Passat, Beli Proton Perdana Terpakai!

“Apabila cuba pandu kereta Volkswagen saya terus tertarik dengan Passat yang laju dan kawalan steering yang mantap. Tanpa berfikir panjang, saya terus tempah kereta tu,” ceritanya bersungguh-sungguh.

Ads

Beli Untuk Enjoy

Menyambung cerita lagi,  kereta tersebut dibeli ketika dia sudah bergelar bapa kepada seorang cahaya mata dengan membuat bayaran deposit sebanyak RM6,000.

“Saya beli kereta tu memang fikir untuk enjoy saja. Kereta dibeli pada harga RM195,000 dan RM5,000 insuran. Pada masa tu saya ditawarkan rebat sebanyak RM20,000 dan saya buat pinjaman bank sebanyak 170,000 sahaja.

“Setiap bulan saya kena bayar ansuran hampir RM2,000 untuk kereta. Walaupun gaji RM5,000 hingga ke RM6,000 ketika tu dan ada pendapatan sampingan buat locum swasta sebanyak RM2,000, saya tak sedar yang saya masih tak layak beli kereta macam tu,” jelasnya lagi.

Berat Hati Melepaskan

Selepas berkahwin dan dikurniakan anak dan dia mula menyedari bahawa komitmen hidup semakin bertambah kerana pada masa dia turut membeli sebuah rumah selain isteri sedang hamil anak kedua mereka.

Doktor Ni Tak Rasa Malu Downgrade Kereta Untuk Keluarga. Jual Volkswagen Passat, Beli Proton Perdana Terpakai!

Akur dengan keperluan semasa, Dr Ridzuan akhirnya menjual kereta kesayangannya itu pada April 2022 pada harga RM120,000 dan menukar kepada sebuah kereta terpakai dengan bayaran bulanan yang jauh lebih rendah.

Ads

“Saya mula sedar komitmen hidup sudah melebihi kemampuan sejak menyertai seminar hartanah dan pengurusan kewangan awal tahun haritu. Sedikit sebanyak ilmu berkaitan kewangan saya ketahui sejak tu.

“Awal Mac tahun ni, saya ambil keputusan jual Passat tu. Saya iklankan dekat Facebook untuk cari pembeli walaupun berat hati nak lepaskan. Sebulan lepas tu kereta terjual tapi terpaksa tambah duit RM30,000 dekat bank sebab harga kereta terjual lebih rendah berbanding baki hutang.

Doktor Ni Tak Rasa Malu Downgrade Kereta Untuk Keluarga. Jual Volkswagen Passat, Beli Proton Perdana Terpakai!

“Kemudiannya, saya cari kereta terpakai untuk gantikan kereta tu. Saya perlukan kereta besar supaya lebih selesa untuk bawa keluarga. Alhamdulillah saya jumpa kereta Proton Perdana tahun 2017 berharga RM60,000,” ujarnya lagi.

Doktor Ni Tak Rasa Malu Downgrade Kereta Untuk Keluarga. Jual Volkswagen Passat, Beli Proton Perdana Terpakai!

Keputusan Dr Ridzuan  mendapat sokongan penuh oleh keluarga dan kawan-kawan yang menghormati langkah dibuat secara drastik ini.

Dalam pada itu, Dr Ridzuan turut  mengingatkan orang ramai supaya membuat perkiraan yang betul sebelum membeli kereta idaman.

Sumber : Mohamed Ridzuan

Ads

 

ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI