Bila seorang doktor tidak sihat dan dimasukkan ke wad sebagai pesakit, pasti sahaja itu perkara biasa terjadi.
Pun begitu perkongsian daripada doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan, cukup berbeza.
Pengalamannya menjadi pesakit dan kini masih ditahan diwad akibat terkena jangkitan influenza cukup memberi kesan terhadapnya.
Apakah kisahnya itu, ikuti perkongsian ini dan sama-sama kita doakan agar beliau segera sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa.
Ini perkongsiannya.
Seumur hidup saya, ini kali ketiga saya masuk wad sebagai pesakit. Pertama, patah tangan (9 tahun). Kedua, appendicitis(17 tahun). Ketiga, influenza A(masih di wad).
Kemasukan kali ketiga ni, banyak perkara saya belajar. Mungkin kerana ini kali pertama saya jadi pesakit di wad, setelah saya jadi doktor. Ia benar beri saya perspektif yang baharu.
Kemasukan wad kali ini, saya belajar 3 perkara mustahak ini:
Ads
1. Sangat tidak selesa menjawab soalan sambil baring atau duduk, dan doktor pula berdiri. Terasa amat janggal dan kekok, seolah-olah kita tidak menghormati orang sedang berkomunikasi dengan kita.
Berbezaan posisi ini juga buatkan diri terasa seperti dihakimi. Ia sangat menggerunkan. Tidak hairanlah dalam mahkamah, meja hakim lebih tinggi daripada orang lain.
Mulai hari ini, akan cuba elakkan bertanya soalan ketika pesakit baring terlantar selagi mana keadaan mengizinkan. Paling tidak, bangunkan sedikit badannya atau benarkan pesakit duduk.
Selain itu, sebagai doktor, saya juga akan cuba duduk semasa bertanya berbanding berdiri agar perbezaan paras mata saya dan pesakit dapat dikurangkan untuk dapat komunikasi yang lebih selesa.
2. Pesakit sukar untuk berehat. Jika bukan doktor datang memeriksa, jururawat datang periksa. Pekerja sajian hantar makanan, kemudian datang semula untuk kutip pinggan. Pekerja sanitasi lagi.
Ads
Entah berapa kali orang keluar masuk bilik. Namun, saya tak salahkan mereka. Mereka semua kelaur masuk kerana jalankan tugas. Bukan suka-suka, atau dengan niat sengaja nak ganggu.
Sekarang saya benar-benar faham kenapa hospital (kerajaan) hadkan waktu melawat kepada 2 jam, 2 kali sehari sahaja. Ia sebahagian langkah untuk beri masa kepada pesakit untuk berehat.
Takkan nak kurangkan kekerapan periksa pesakit pula. Pesakit memang dimasukkan ke wad untuk dipantau dan diperhati. Apapun, saya akan minimakan kekerapan peperiksaan jika keadaan izinkan.
3. Apabila doktor tanya sama ada terdapat apa-apa soalan yang hendak ditanyakan kepadanya, automatik terus otak jadi beku, sedangkan sebelum itu ada seribu satu persoalan.
Ads
Ini mungkin berlaku setelah doktor tanya banyak soalan kepada kita, dan sudah terangkan bermacam-macam perkara. Otak sedang sibuk memproses hal itu dan tak mampu berfikir dah.
Nanti, lepas doktor dah beredar dan otak dah cair semula, baru muncul balik kemusykilan tu. Aduhai! Masa tu nak cari doktor, entah di mana pula. Itu yang jadi bertanya di sosial media. Kan?
Mulai sekarang, saya beri peluang untuk pesakit tanya dulu kemusykilan mereka sebelum saya bertanya, dan pesan pesakit supaya tulis soalan sebelum jumpa doktor di masa akan datang.
KESIMPULAN: ada perkara, kita kena alami dahulu baru kita faham. Kita boleh belajar, namun ia tidak setara dengan pelajaran yang kita timba melalui pengalaman.
Ikhlas,
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor di katil Pesakit
Update : Saya dah 4 kali masuk wad. Kali pertama sebenarnya adalah ketika saya dilahirkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang mengikuti laman sosial isteri kepada pelakon aksi Adam Corrie, Fazema Mohd Fuad semestinya akan perasan perubahan tubuh badannya yang semakin susut.
Namun, walaupun kelihatan susut, Fazema atau lebih mesra dipanggil Fazi mengatakan ada kepayahan untuk disebalik kejayaannya menurunkan berat badan iaitu selepas disahkan menghidap PCOS atau nama penuhnya Sindrom Polisistik Ovari.
Akui Fazi, wanita yang mengalami masalah itu akan sukar hendak menurunkan berat badan lebih-lebih lagi seperti di usianya yang berada di pertengahan 40-an.
“Orang ada PCOS ni memang payah turun berat badan. tambah-tambah dah berusia pertengahan 40an.
“Saya cuba apa-apa pun pipi mak (saya) memang bulat macam tomato tak kisahlah kurus ke gemok,” katanya di kapsyen video yang dikongsinya di laman Instagramnya baru-baru ini.
Malah, dalam video yang dimuat naik itu tertulis dua situasi yang sering diajukan kepadanya sejak kurus.
Situasi pertama, pertanyaan tentang kurus kerana sakit, namun Fazi menjawab bahawa dia hanya mahu lebih sihat.
“Tak sakit tapi cuma nak jaga kesihatan. Terima kasih ambil berat,” jawabnya.
Situasi kedua, ada yang meminta Fazi untuk berkongsi tip kurus di mana dia berjaya menurunkan berat sehingga 16 kilogram (kg) dalam masa 3 bulan.
“Saya buat brisk walk setiap hari, kalori defisit dan tidur awal.
“Alhamdulilah tiga bulan turun 16kg,” dedahnya.
Fazi dan Adam dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee yang kini berusia empat tahun selepas 10 tahun penantian.
Merawat anak demam selain perlu diberikan ubat agar segera sembuh, sebaiknya ibu-ibu sediakan juga rebusan lobak membantu menurunkan suhu anak dengan kadar segera.
Difahamkan,lobak putih banyak khasiat dan manfaatnya. Selain popular sebagai membantu memperbanyakkan susu badan, lobak putih juga sangat serasi diamalkan untuk merawat demam.
Caranya bagaimana? Mungkin ramai belum tahu, ini telah dikongsikan oleh WD Lover Odahsan. Jom semak!
Dibawah adalah cara yang mudah untuk mengubati demam dan menghilangkan panas badan anak-anak. Selain memberi kesihatan yang baik, anak -anak tidak perlu meminum ubat dengan kerap lagi.
Cara-caranya adalah seperti berikut:
1.Apa yang diperlukan ialah sebatang lobak putih. Potong bahagian kepalanya dan cuci dengan air hingga bersih.
2. Hiris lobak putih atau dipotong dadu. Tetapi perlu diingat, sila jangan kupas kulit lobak putih ini.
3. Masukkan air sejuk ke dalam periuk. Panaskan api dan biarkan air mendidih dan kemudian masukkan potongan lobak putih tersebut.
4. Rebus lobak putih ini selama 15 minit. Jangan tambah apa-apa perasa atau bahan lain. Hanya lobak putih sahaja.
5. Setelah lobak putih masak dan menjadi lembut, biarkan ia sejuk dan boleh disajikan. Kuah dan isi lobak putih boleh dimakan sekaligus. Apa yang penting ialah kuah atau air lobak ini perlu diminum, di samping makan isi lobak putih yang telah lembut.
Berikan anak anda minuman air lobak putih ini sebelum mereka masuk tidur. Berikan kepingan lobak putih untuk dimakan juga.
Hasilnya dalam masa 2 hingga 3 hari, batuk dan selsema anak akan berkurangan dan semakin sembuh. Untuk kanak-kanak di bawah 2 tahun, anda disarankan untuk memberi mereka dengan minuman air rebusan lobak putih sahaja.
Lobak putih amat bermanfaat untuk menurunkan suhu panas dalam tubuh badan serta dapat meredakan batuk dan selsema. Ia lebih berkesan sebagai cara alternatif mengubati demam, selsema dan batuk dengan pengambilan ubat-ubatan.
Di samping menurunkan suhu badan, lobak putih juga bermanfaat dalam mengubati penyakit kulit seperti jerawat dan ruam, penyakit kuning, membantu sistem pencernaan, menambah kandungan air dalam badan dan lain-lain.
selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin ramai antara kita tidak menyedari mereka sebenarnya berdepan dengan masalah kesihatan seperti kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi.
Jika tidak dicegah atau dirawat segera, keadaan itu boleh menyebabkan penyakit lebih serius seperti sakit jantung, darah tinggi dan diabetes.
Merujuk perkongsian oleh Hello Doktor menerusi laman Facebook, terdapat banyak kemungkinan penyebab tanda kolestrol tinggi, dan antaranya ialah sejarah keluarga.
Banyak kemungkinan penyebab wujudnya tanda tanda kolesterol tinggi pada tubuh seperti amalan gaya hidup seseorang. Tapi sejarah keluarga serta masalah perubatan lain juga boleh mempengaruhi tahap kolesterol.
Tanda-tanda kolestrol tinggi boleh terjadi apabila terdapat terlalu banyak kandungan kolesterol dalam darah. Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai hiperkolesterolemia.
10 tanda kolestrol tinggi tanpa disedari adalah seperti rajah di bawah;
Berikut antara beberapa tabiat yang cenderung menyebabkan tahap kolesterol tinggi:
– Pengambilan alkohol berlebihan
– Merokok
– Tidak aktif bergerak
– Tidur tidak mencukupi
– Terlalu banyak tekanan
– Diet tinggi lemak tepu atau trans