Doktor Ni Nak Pesan, Gaya Mana Paling Sesuai Untuk Mak-mak Ke Klinik. Memang Nampak Lawak Tapi Ada Benarnya!

Share

Umum mengetahui, kalau ada ahli keluarga kita yang jatuh sakit mesti kita akan membawa  mereka ke hospital atau klinik untuk membuat pemeriksaan. Pun begitu, ada satu perkara yang sering kita terlepas pandang dalam bab pemilihan pakaian yang sesuai untuk berjumpa doktor. Biasanya, capai sahaja baju yang ada dan terus bergegas ke klinik.

Pun begitu ada juga segelintirnya bila diberikan tarikh temujanji untuk membuat pemeriksaan lanjut, siap datang  dengan penuh bergaya. Namun tahukah anda, tersalah pemilihan pakaian akan menyukarkan proses untuk doktor memberi rawatan dan sekali gus menyukarkan anda juga.

Oleh itu, ada baiknya kita dengar nasihat daripada Doktor Muhammad Izzat ini yang turut dimuat naik di akaun fbnya untuk manfaat bersama.

 Ini pesanannya….

Kalau nak pergi check doktor, tak payah la pakai tudung lilit-lilit, kan payah dah nak cek telinga, nak cek leher nak periksa thyroid. Pakai tudung biasa-biasa dah.

Kalau nak pergi cek mengandong pula takyah la beriya nak pakai jubah. Pakai baju biasa-biasa sudah. Bila suruh selak perut nak scan segan pula. Kalau nak juga pakai jubah, sila lah pakai kain satu lagi di dalam, atau leggings ke, senang la nak selak perut untuk check perut dan scan.

Baju jubah lip lap berlabuci dan tudung Siti Nurhaliza ka Ramlah Ram ka Fazidah Joned ka Sanisah Huri ka, tudung artis suam-suam kuku tinggalkan kat umah bila pergi jumpa doktor.

Pakai biasa-biasa sudah, tudung mak jah pun dah cukup, melainkan lepas jumpa doktor tu hangpa ada konsert atau nak buat persembahan kat Royal Albert Hall London.

Kalau pakai tudung makcik bawang macam kat bawah ni pun dah ok dah, tudung makcik bawang takpa, jangan perangai makcik bawang je.

Pilihan gaya bertudung daripada doktor ini mencuit hati ramai netizen

Hak korang la nak pakai tudung instant ke tudung 3 in 1 ke, asalkan bila doktor nak periksa tu senang la, takda la nak tunggu 10 jam nak tanggalkan pin satu satu.

Posting daripada doktor ini juga menarik ramai netizen memberi pandangan dan berkongsi pengalaman berkenaan hal pemakaian ketika berjumpa doktor. Ini antara yang menarik untuk dikongsikan.

1

2

3

4

sumber : Muhammad Izzat