Tidak mahu badan terhidrasi akibat kurangnya pengambilan air pada bulan puasa ini, ada baiknya kita dengar penjelasan dorktor ini dengan lebih detail cara bagaimana sepatutnya kita lakukan. Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
5 TIPS MINUM AIR DI BULAN PUASA
Air kosong bukan sahaja penting untuk fungsi tubuh yang optimum dan segar sewaktu berpuasa. Minum air yang cukup mencegah dehidrasi punca badan stres, rasa nak pitam dan badan rasa lemah lesu.
Suka saya nak kongsikan amalan saya, 5 tips minum air sewaktu bulan ramadhan:
1) PASTIKAN PENGAMBILAN AIR YANG MENCUKUPI
Periksa warna air kencing..pastikan minum sampai warna jernih dengan mungkin sedikit kekuningan. Kencing lebih 10 kali sehari warna putih jernih mungkin menandakan terlebih minum air. Air kencing warna “coke” menandakan kita perlu kerapkan lagi minum air. Kerapkan pengambilan secawan setiap sejam lepas berbuka lebih baik daripada minum 3-4 gelas sekaligus. Perlukah 8-12 gelas sehari?
Periksa saja warna air kencing. Tapi jangan pula tunggu sampai dahaga teruk baru nak minum ya.
2) PASTIKAN TIMING PENGAMBILAN AIR YANG SESUAI
Minum maksimum setengah gelas sahaja sejurus sebelum makan dan satu gelas selepas makan. Kita tidak mahu mencairkan jus pencernaan yang membantu penghadaman. Saya kebiasaannya mengesyorkan minum 1-2 gelas air setiap jam bulan puasa.
Minum 2 gelas air sebelum tidur dan 1.5 gelas air sewaktu bersahur. Jika anda bersahur ringan seperti kurma sahaja mungkin boleh upkan jadi 3 gelas air.
3) MINUMAN MANIS: ELAKKAN PENGAMBILAN BERLEBIHAN
Tiada masalah minum manis walaupun tiada hadith soheh yang jelas menyarankannya. Waktu paling sesuai minum air manis ialah sudah tentu sewaktu berbuka puasa.
Saya kebiasaannya mengelakkan minum manis sepanjang bulan puasa kerana “ketagihan manis” ini bisa menyebabkan badan jadi stres dan sangap waktu siang. Maksudnya, waktu paling saya elak minum manis ialah waktu bersahur.
Bagi yang ada penyakit kencing manis tanpa ambil ubat, eloklah guna peluang ini pantang terus air manis. Bagi yang gula selalunya terlampau tinggi, bila puasa siang boleh alami
simtom relative hypoglycemia. Dapatkan nasihat doktor sewaktu bulan puasa ini ya.
4) MINUMAN BERKAFEIN
Mereka yang ada masalah sistem pencernaan serta stres yang tinggi eloklah elakkan kafein. Kafein ini walaupun memberi tenaga tetapi buat sementara sahaja dan badan akan merasai kepenatan.
Malah kafein juga “menarik keluar” air dari diserap badan (kesan diuretik).
Sesetengah orang mungkin mengalami rasa berdebar kuat, menggigil, migrain dengan pengambilan kopi kerana kafein ini umpama topup kepada stres awal berpuasa.
Kafein yang diminum waktu malam juga mungkin mengganggu keseimbangan keseluruhan sistem hormon badan..terutamanya perembesan hormon tidur (Melatonin).
Bagi yang tiada masalah kesihatan, minuman berkafein bukanlah kepantangan utama pada bulan puasa. Saya kebiasaannya minum pada waktu paling mesra hormon iaitu sewaktu bersahur.
5) MINUMAN PROSES
Minuman proses ini biasanya tinggi gula terutamanya jus kotak berperisa buah, susu berperisa dan juga minuman berkarbonat.
Ada yang kata, takpe lah minum diet soda berkarbonat yang “lebih sihat”. Bulan puasa ni, badan kita kerja keras tau nak detox bahan bahaya dalam sel lemak kita yang rosakkan kesihatan kita selama ni. Maka janganlah kita topup lagi dengan bahan kimia seperti pemanis tiruan dan pengawet seperti aspartam, maltodekstrin dan HFCS yang merosakkan.
Bagi lah chann badan rehat sikit bulan puasa ni ye. Banyakkan minum jus buah ori dan air kosong semata. Bila badan dah adaptasi dengan stres berpuasa, apa salahnya mengopi mengeteh sekali sekala kan?
Sama-sama kita hayati keberkatan bulan ini dan semoga kita semua mendapat manfaat darinya..ameen.
Sumber : Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan