Ramai tak tahu, “morning sickness” ataupun alahan yang dialami oleh ibu-ibu mengandung boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan gigi mereka?

Hal ini dikongsikan oleh Dr Mohd Khairul Izwan, doktor gigi di Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkongsi mengenai hal ini. Jom ikuti perkongsian beliau.


Morning sickness biasanya berlaku di peringkat awal kehamilan bagi kebanyakan wanita yang mengandung, menyebabkan mereka sering mengalami muntah-muntah.

Muntah ini turut mengandungi asid yang berasal daripada perut, dan boleh menghakis permukaan gigi dalam jangka waktu yang panjang.

Kesan daripada hakisan ini boleh menyebabkan lapisan enamel gigi menjadi nipis dan meningkatkan risiko untuk gigi menjadi ngilu dan mudah rosak.

Kita mungkin tidak dapat menghalang morning sickness ataupun perasaan untuk muntah tersebut daripada berlaku, tetapi kita boleh mencegah kerosakan gigi daripada terjadi.

Doktor Kongsikan Tips Kurangkan Risiko Kerosakan Gigi Waktu Hamil!

Tips untuk mengurangkan risiko kerosakan gigi ketika hamil adalah:

IKLAN

✅ Segera berkumur dengan air kosong sejurus selepas anda muntah. Ini penting untuk membilas sisa muntah serta asid perut yang melekat pada permukaan gigi agar hakisan gigi tidak berlaku.

✅ Elakkan daripada memberus gigi selepas anda muntah. Ini boleh menyebabkan hakisan gigi menjadi lebih teruk. Tunggu sekurang-kurangnya selama 30 minit selepas anda muntah atau selepas 30 minit selepas anda makan/minum sesuatu yang masam baru berus gigi ya
untuk mencegah hakisan gigi daripada berlaku.

✅ Berus gigi dengan teknik yang betul menggunakan ubat gigi berfluorida. Fluorida penting untuk membentuk lapisan gigi yang lebih kuat, seterusnya mencegah hakisan serta kerosakan gigi daripada mudah berlaku.

✅ Kawal pengambilan makanan manis dan tinggi gula walaupun anda mengidam. Jika anda banyak makan makanan yang manis, maka anda juga perlulah rajin memberus gigi anda ya.

Doktor Kongsikan Tips Kurangkan Risiko Kerosakan Gigi Waktu Hamil!

✅ Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh kehamilan. Pemeriksaan gigi paling baik dilakukan ketika di peringkat awal (3 bulan pertama) kehamilan, manakala rawatan pergigian pula paling disarankan untuk dibuat ketika trimester kedua (bulan ke-4 sehingga ke-6) kehamilan.

IKLAN

Sememangnya wanita yang mengandung berhadapan dengan pelbagai cabaran serta perubahan dari segi fizikal, emosi serta mental. Namun untuk memastikan perubahan-perubahan ini tidak memberikan kesan buruk terhadap kesihatan termasuk kesihatan gigi anda, maka anda haruslah sentiasa menjalani rutin serta gaya hidup yang sihat.

Dan sebagai seorang suami yang prihatin, sentiasalah memantau perkembangan isteri anda dan bawa mereka ke klinik pergigian untuk pemeriksaan secara berkala bagi memastikan kesihatan gigi mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Kesihatan gigi yang baik bukan sahaja penting untuk ibu mengandung, malah turut dapat mempengaruhi kesihatan bayi di dalam kandungan.
Semoga bermanfaat!

“Anda jaga gigi, anda tidak rugi”.

Dr Mohd Khairul Izwan,
Suka berkongsi.

Menarik: Saling Tukar Shift Jaga Anak, Kamal Adli Bangga Sifat Keibuan Uqasha!

IKLAN

Doktor Kongsikan Tips Kurangkan Risiko Kerosakan Gigi Waktu Hamil!

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!

Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.

Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.

Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true

Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI