“Doktor Kata Jangka Hayat Saya 6 Bulan.” Kanser Darah, Roslan Aziz Reda.

Share

Siapa yang tak kenal dengan  Roslan Aziz yang terkenal semasa era kemasyhuran muzik Melayu sekitar awal 1990-an.

Terbaru kisah mengenainya apabila pada usia 60 tahun, diuji dengan kanser limfoma atau kanser darah.

Menurut laporan,  barah itu telah melepasi tahap empat.

Roslan memberitahu bahawa sangat positif dan sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia harus menerima apa sahaja kemungkinan dengan tabah dan reda.

“Sudah tentu mula-mula saya amat bersedih apabila doktor mengesahkan saya menghidap kanser tetapi saya sangat bersyukur walau didiagnos kanser, keadaan saya tidaklah begitu teruk

.

Saya sedar bahawa hidup yang akan saya lalui sangat singkat kerana penghujung kanser itu adalah mati.

Roslan berkongsi cerita keadaannya kepada Astro AWANI dalam pertemuan di kediamannya di Kampung Datuk Keramat di sini, baru-baru ini.

Tempoh 6 bulan

Dalam pada itu, Roslan mendedahkan dia hanya mempunyai tempoh 6 bulan.

“Saya diberitahu oleh doktor hanya ada masa sehingga enam bulan untuk hidup. Kalau dibuat kira-kira Jun ini hayat saya berakhir.

“Saya tahu saya akan mati, jadi saya kena buat persiapan. Tiada apa-apa yang perlu ditangisi lagi, cuma saya akan tidak akan berjumpa dengan isteri saya lagi, begitu juga dengan anak-anak.

Sumber: Astro Awani

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN 

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz