Uncategorized

Doktor Ini Tegur Dan Tegas Untuk Ibu Bapa Yang Memakaikan Anak Walker Dan Buaian Boleh Menyebabkan Kematian Walaupun Dalam Pemantauan Rapi

Share

Baru-baru ini tular di Tiktok mengenai bahana memakaikan anak kecil walker, atas tujuannya memudahkan kerja ibu dan kononnya boleh mempercepatkan proeses anak berjalan. Ternyata fakta itu salah! ia hanyalah Mitos semata-mata.

Seorang doktor, Dr IrmaIzzati memuatnaik video yang lantang dalam menegaskan bahawa bahayanya apabila anak itu dipakaikan walkr walaupun dalam pemantauan rapi. Beliau turut meluahkan rasa kecewa kerana masih ada ibu bapa di Malaysia yang menggunakan walker untuk anak mereka.

Katanya, kemalangan boleh berlaku bila-bila dalam sesaat walaupun dengan pemantauan rapi. Mungkin ada ibu bapa yang memberikan alasan bahawa sebelum ini perna guna tapi tiada apa yang berlaku, ada juga ibu bapa yang meletakkan alasan atas sebab ibu bapa bekerja lagi-lagi anak yang sedang lasak, jadi dengan meletakkan di walker anak itu selamat. Ini menunjukkan keangkuhan ibu bapa yang hanya mementingkan diri sendiri tamoa memikirkan keselamatan anak.

Menurut kajian, sehinggakan  negara Canada banned penggunaan walker sekeras-kerasnya kerana setiap hari mesti ada budak yang mengalami kecederaan yang disebabkan oleh walker atau buaian akan datang di hospital atau klinik disebabkan kecederaan dan kematian. Doktor Irma sendiri pernah melihat didepan matanya budak meninggal disebabkan walker.

“Perent jangan cakap pasal pemantauan budak, sebab first step pemilihan alat untuk budak sendiri adalah dah salah, maksudnya ibu bapa boleh pilih dengan lebih selamat contohnya sperti baby cot atau play pen yang boleh digunakan sehingga anak dah besar. Selamat kan? boleh letak dekat dapur sekiranya ibu buat kerja. masih boleh pantau . tak ada pergi mana-mana atau lari” tegas Dr Irma

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr IrmaIzzati juga menyangkal kenyataan berkenaan anak yang menggunkan walker itu lebih cepat berjalan adalah salah sama sekali.

“Yang cakap budak lebih cepat berjalan sebab guna walker tu korang belajar dari mana sayang? ”

“Budak yang belajar berjalan tanpa menggunakan walker lebih kuat sebab dia menggunakan muscle dan otot, otot badan, otot tangan dan otot otak sekali! balance coordination.. read! read! belajar! ” jelas Dr Irma.

Harapan Dr Irma, dia berharap ramai lagi ibu apa yang cakna berkenaan keburukan menggunakan walker untuk anak dan lebih bijak dalam memilih alat untuk anak

“Be a responsible parents! Orang bagi fakta yang melibatkan keselamatan anak2 bukan untuk di argue berdasarkan pemikiran dan pengalaman ya! Faham kan dan rajinkan membaca dan belajar ! Pilih yang selamat baru boleh cakap pasal pemantauan rapi ! Rujuk playlist kanak kanak hadam kan semua vtt tu. Jadi ibubapa yang bijak.”

@drirmaizzati Be a responsible parents! Orang bagi fakta yang melibatkan keselamatan anak2 bukan untuk di argue berdasarkan pemikiran dan pengalaman ya! Faham kan dan rajinkan membaca dan belajar ! Pilih yang selamat baru boleh cakap pasal pemantauan rapi ! Rujuk playlist kanak kanak hadam kan semua vtt tu. Jadi ibubapa yang bijak. #tiktokdoc #doktortiktok #learnontiktok #tiktokguru ♬ original sound – dr irma

sumber : Tiktok Dr IrmaIzzati