Belum pun hilang trauma ketika melahirkan anak, sudah ada pertanyaan bila pula nak tambah yang baru. Itu antara persoalan yang diajukan buat kaum ibu-ibu.
Sebagai ibu yang baru melahirkan anak, sangat penting dalam merancang jarak kehamilan anak seterusnya. Lebih-lebih lagi jika proses bersalin dilakukan secara pembedahan. Dalam hal ini, yang paling utama jangan abaikan fizikal dan emosi ibu-ibu.
Ini kerana badan perlukan rehat, kesihatan dan luka dalaman perlu dipulihkan terlebih dahulu, sebelum bersedia untuk melalui proses kehamilan dan bersalin sekali lagi.
Pelbagai kaedah boleh dicuba bagi merancang kehamilan seperti pengambilan pil perancang keluarga, susuk implant berhormon, suntikan cegah kehamilan, penggunaan kondom mahupun rancang secara sendiri (Natural method).
Perkongsian Dr Farhanah Ibrahim Pegawai Perubatan dari Eva Emily Clinic, klinik ibu dan anak berkongsi kisah mengenai penerimaan yang berbeza oleh pasangan suami isteri tatkala diberitahu mengenai berita kehamilan. Sang suami cukup teruja, manakala isteri pula seolah-olah keliru.
Rupanya ini kandungan ketiga, anak pertama baru berusia 3 tahun. Anak kedua baru beberapa bulan, masih menyusu badan.
Ikuti kisah pasangan ini dan juga tip dikongsikan oleh Dr Farhanah terutama untuk kaum bapa dalam memahami bab merancang keluarga.
Satu hari, sorang wanita datang klinik, katanya nak confirmkan pregnancy.
UPT dah buat, positive. Dia mai nak scan ja.
Masa dia masuk bilik, kakhana terkejut tengok seorang wanita yang pucat lesi, lemah tak bermaya. Mungkin dia mabuk teruk, kesiannya.???
Dia datang ditemani suami. So suweet.
Lepas kakhana scan, tahniah!
Kandungan dah nak masuk 9 minggu!
Tapi kakhana pelik, takda senyuman di wajahnya.
Infact, dia nampak very unhappy.
Rupanya ini kandungan ketiga, anak pertama baru ~3 tahun. Anak kedua baru beberapa bulan, masih menyusu badan.
Si isteri terjelepuk lesu atas kerusi. Nampak riak kepenatan yang jelas di wajah.
Suami pulak bersorak gembira “Kami kawen baruuu nak masuk 4 tahun Dr, anak dah nak masuk 3! Alhamdulillah, rezeki.”
Kakhana senyum, “Alhamdulillah. Lepas ni bolehlah bagi isteri rehat sekejap ya encik.”
Ada nada serius dalam gurauan.
Suami jawab “Eh, dia ni ibu cemerlang Dr, semua dia boleh buat. Mengasuh anak 2 orang tu pun dia yang buat sorang. Saya selalu takda Dr, outstation”.
Bangga betul suami dengan isterinya.
Alhamdulillah, pujian melambung untuk isteri mithali.
Si suami kerja menjaga keselamatan negara.
Jarang-jarang ada di rumah.
Kakhana pandang isteri, ada jelingan di hujung mata.
Dari helaan nafasnya, kakhana tau perasaan si isteri bercampur baur. Paham sangat feeling tu.
Kakhana tanya, “Puan OK?”
Isteri just jawab, “Entahlah Dr, macam tak bersedia. Anak semua kecik-kecik lagi”
(Tak sikit isteri yang mai klinik nak minta gugurkan kandungan sebab terlalu penat emosi, letih jasmani, lelah rohani, tak bersedia nak menanggung jerit perih mengandung lagi)…
Kakhana pun pujuk, “Lepas yang ketiga ni, mungkin boleh ambik perancang. Kasi badan rehat sikit. Nanti bincanglah dengan suami”
Isteri nampak berminat. Kakhana pun terangkan satu persatu.
Walaupun dia baru disahkan mengandung tak lepas pun lagi trimester pertama, tapi kes-kes tertentu kakhana akan ambik masa cerita pasal perancang keluarga di peringkat awal. Akhirnya dia hampir setuju dengan method IUCD.
Tapi suami pula tak sokong.
“Eh tak perlulah Dr. Isteri saya ni OK je Dr. Selama ni pun tak rancang, OK je dia. Nak masuk-masuk alat ni tak bahaya ke? Saya rasa tak perlu perancang la Dr. Sayang steady je, kan sayang?”
Eh eh eh.
Abam polis tak boleh ke baca bahasa badan dan riak wajah sang isteri. Aduhaiii janganlah syok sendiri abam…?
#tepukdahi
Dalam merancang keluarga, mengasuh dan mendidik anak-anak, suami isteri perlu work as a team. Tak boleh salah satu bertepuk sebelah tangan.
Kakhana pernah dapat ibu yang dah 2 kali czer, baby baru 6 bulan dah mengandung. Sebab suami tak izinkan ambil perancang. Kat luar sana ramai isteri dalam keadaan tersepit.
Pendapat peribadi kakhana, dalam kes tertentu yang kandungan boleh mengancam nyawa isteri, ambiklah perancang walaupun TANPA IZIN SUAMI.
Isteri wajib taat pada perkara yang tak bertentangan dengan agama. Bukankah agama tegah meletakkan nyawa dalam bahaya? Kalau mengandung tu boleh membahayakan nyawa si ibu, sedangkan suami tak izinkan ambil perancang, batal tak kewajipan mentaati suami saat itu? Hmmm #sistanyaje
#BiarUstazUstazahVerify
.
BUAT PARA SUAMI MITHALI:
1. MERANCANG KELUARGA #ILMU YANG ANDA PERLU TAHU
Salah satu ilmu yang lelaki WAJIB ambil tahu bila kawin selain bab nafkah, penjagaan anak dan pengurusan rumahtangga, kena masuk sekali kesihatan reproduktif, ilmu asas fisiologi kehamilan dan penyusuan, dan tambah jugak ilmu perancang keluarga dari sudut sains dan islam.
Nak kawin bukannya kena pandai syahadah, baca fatihah dan terer jadi imam je. Ilmu biologi pun penting jugak bang.
.
2. MERANCANG KELUARGA PERLU #KERJASAMA KEDUA-DUA PASANGAN SUAMI ISTERI
Ada kes ibu berisiko tinggi tak nak ambil perancang sebab suami tak bagi, nak rancang sendiri. Tapi pihak suami tak boleh konsisten dan tak mampu beri kerjasama, asyik terbabas dek nak puaskan nafsu sendiri.
Yang menanggungnya isteri juga. Dari mabuk muntah dah macam mayat hidup, letih mengandung dengan segala risiko yang mengancam nyawa, sakit bersalin, cucuk spinal nak operate, kena jahit berlapis-lapis, pastu baby meragam dalam pantang, lelah menyusu lagi. Tu belum masuk nak mengasuh anak-anak kecik lain yang juga dahagakan perhatian.
Tak mustahil, ni boleh jadi punca isteri gila meroyan dan murung lepas bersalin (Postpartum Depression).?
Parenthood itu pengalaman indah, tapi ianya tidak mudah. Satu perjalanan yang memerlukan kekuatan fizikal, mental, emosi dan rohani yang kuat. Support suami juga sangat penting. Biarlah setiap kandungan itu benar-benar planned and wanted pregnancy.
.
3. MERANCANG KELUARGA BUKAN BERERTI #MENYEKAT REZEKI
Tolong perbetulkan konsep ni. Yes betul, anak itu rezeki. Tapi merancang dan menjarakkan kehamilan tak bermaksud TOLAK REZEKI Allah. Rezeki perlu kita urus sebaiknya.
Macam duit, duit pun rezeki. Tapi kita boleh plan berapa RM nak sedekah, berapa RM nak bagi kat isteri, mak ayah, berapa RM nak masuk simpanan sendiri dan anak-anak, etc etc. Bukannya dapat duit habis berjoli sebab “duit kan rezeki”.
Sama juga, merancang dan menjarakkan kehamilan ni satu kaedah mengurus rezeki yang Allah bagi. Anak-anak memang rezeki, tetapi anak-anak pun amanah. Pendidikan, kesihatan, makan minum, didikan agama, semua tu nanti Allah akan persoal kat akhirat. Jangan lupa juga, kesihatan diri pun amanah. Sebaiknya ukurlah kesihatan, kemampuan, kesediaan diri sebelum mengandung lagi.
.
4. MERANCANG KELUARGA BUKAN #MEMBUNUH
Lagi satu, ada juga yang takut berdosa sebab anggap kaedah perancang keluarga ibarat membunuh janin. Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Merancang ni kita mengelakkan persenyawaan dan mencegah kehamilan, bukannya menggugurkan kandungan. Janin tak terbentuk pun lagi, jadi tak timbul isu membunuh di sini.
.
5. MERANCANG KELUARGA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN #ISLAM
Kalau kesihatan isteri dah terjejas lepas bersalin, Islam tak larang family planning. Bahkan dalam kes berisiko tinggi, kaedah perancang keluarga sangat dituntut kalau kehamilan tu boleh mengancam nyawa si ibu.
Kehamilan, bersalin, berpantang & menyusukan anak bukan hal kecik. Allah sendiri mengiktiraf pengorbanan wanita dalam beberapa tempat dalam Al-Quran. Kesusahan atas kesusahan, wahnan ‘ala wahnin. Itu yang wanita alami.
Ada satu pasangan, baru kawin lebih kurang 7 tahun, isteri dah megandung anak ke5. Masa nak guna perancang, ramai suami “islamik” yang bagi bermacam dalil untuk melarang. Ada yang anggap ia menolak rezeki dan sebagainya. Masa pasangan ni dah hamil anak ke5 dalam keadaan jarak anak-anak ~setahun sorang, tiba-tiba suami “islamik” tadi mula mencari-cari dalil untuk “menghalalkan” induced abortion (mereka nak gugurkan kandungan) atas alasan tak bersedia dan menjejaskan kesihatan isteri.
Wahai suami, dari awal lagi islam tak melarang kaedah perancang keluarga. Hukum amnya adalah harus.
Berbincanglah & decide sama-sama. Boleh bincang dengan doktor jika ragu.
.
Tak dinafikan, ada juga sahabat kakhana yang memang nak anak ramai 1-2 tahun seorang. Ada yang suami isteri bisnes sendiri, usahawan internet dan mostly duduk di rumah. Suami isteri mengasuh dan didik anak sama-sama, mereka mampu dan mahu. Jika si isteri bukan kategori berisiko tinggi, dipersilakan.
.
Tapi dalam kes kat atas tadi, dalam keadaan suami pun selalu outstation, tugasan rumahtangga semua letak atas bahu isteri sampai dia sangat letih fizikal, letih emosi dan stress, tak salah kalau suami “kasi can” isteri tu “take a break” dulu dua tiga tahun ke. Bagi hak anak menyusu sampai 2 tahun dulu ke.
.
Isteri & anak-anak kan amanah. Bukan je wajib bagi perlindungan, tempat tinggal dan makanan halalan toyyiban, tapi jangan lupa nafkah kasih sayang, didikan agama, ajarkan tentang Allah dan Rasul, jaga solat, ajar al-Quran, dan lain-lain.
Suami janganlah begitu bangga zuriat berderet, “hebat aku dapat ramaikan umat Nabi” tapi tetiba lepas tu semua urusan anak-anak pas kat isteri 100%. Eh?
Takutlah pada Allah. Semua amanah ni akan ditanya satu persatu kat akhirat sana.
Sekadar sharing dan pendapat peribadi dari sudut pandang seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu dan seorang doktor. Nasihat terutama untuk diri sendiri.