Penjagaan Anak

Doktor Ini Kongsikan 10 Fakta Mudah Faham Tentang Penyusuan, No. 9 Memang ‘Healing’!

Share

Ada segelintir ibu kata susu ibu tak penting hingga sanggup bergantung sepenuhnya kepada susu formula.

Situasi ini biasanya berlaku apabila kelahiran anak pertama. Akibatnya tiada usaha untuk memastikan anak mendapat susu ibu secara eksklusif.

Namun bagi yang menpunyai kesedaran pentingnya susu ibu tentu pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan anak mendapat susu ibu sepenuhnya.

Malah ada  ibu-ibu baru mungkin ada banyak persoalan apa nak makan, berapa banyak susu akan keluar, boleh minum kopi ke tak? Jangan risau, kita kupas satu-satu dalam perkongsian ni.

Yang penting, jangan stress! Penyusuan ni journey yang unik untuk setiap ibu. Jom baca sampai habis. Sebagaimana perkongsian seorang doktor, Sakinah Sulong berkongsi maklumat tentang penyusuan susu ibu.

1. Ibu-ibu menyusu hanya perlu additional 500kcal setiap hari, lebih kurang 2 keping donut biasa sebagai contoh. Menyusu bukan alasan untuk makan banyak berlebih-lebih.

2. Ibu menyusu kena minum banyak air. 2-3L adalah amaun yang sesuai. Banyakkan ambik makanan berkuah dan bersup.

3. Ibu menyusu boleh ambik minuman bercaffein tetapi takleh banyak. Kopi tidak boleh lebih 3 cawan sehari. Teh atau coklat atau minuman berkarbonat juga mengandungi caffeine.

4. Ibu yang sakit tak semestinya kena berhenti menyusu. Bagi Ibu yang menjalani Caesarian, perlu sedikit sokongan untuk dapatkan posisi yang sesuai untuk memulakan penyusuan.

5. Perasaan seronok Ibu akan meningkatkan oksitosin yang akan menggalakkan refleks let down yang akan mengeluarkan susu.

6. Oksitosin juga tinggi apabila Ibu teringat atau memandang bayi atau mendengar tangisan bayi. Jadi bagi Ibu yang terpaksa memerah susu, boleh tengok gambar bayi untuk galakkan pengeluaran oksitosin.

7. Lebih kerap Ibu menyusu, lebih banyak susu akan terhasil kerana SELEPAS menyusu, hormon prolaktin akan dihasilkan untuk merangsang penghasilan susu.

8. Hormon Prolaktin juga tinggi waktu malam jadi ibu-ibu mesti meneruskan menyusu badan di waktu malam, bukan waktu siang saja.

9. Teknik urutan belakang boleh digunakan untuk membuat Ibu rileks dan seterusnya merangsang penghasilan susu. Tak salah pun nak pegi massage.

10. Jangan amalkan pantang yang mengarut-mengarut, sebaliknya makanlah makanan yang pelbagai dan berkhasiat. Buah dan sayur adalah pilihan yang baik. Susu ibu akan berubah rasa mengikut apa yang Ibu makan.

Justeru, penyusuan susu ibu ni memang ada cabarannya, tapi dengan ilmu yang betul, insyaAllah semuanya jadi lebih mudah.

Jangan stress, jangan putus asa! Yang penting, ibu kena jaga diri, makan makanan berkhasiat, dan nikmati momen menyusukan si manja.

Kalau ada pengalaman atau tips menarik, jom share di komen! Semoga bermanfaat untuk semua ibu di luar sana

Sumber: Sakinah Sulong