Apabila dah berusia, kadang kala datang pelupa sehingga boleh mengganggu hidup. Namun, dengan cara hidup yang betul, boleh elak. Ada tip yang boleh ikut.

Ikuti perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad

Doktor Ini Kongsi Tip Elak Masalah Nyanyuk Dan Pelupa. Kena Tahu Ni.

TIPS MENGELAKKAN DIRI DARI MENDAPAT MASALAH NYANYUK DAN PELUPA DI WAKTU TUA

Walaupun setakat ini masih tiada lagi rawatan untuk merawat masalah nyanyuk dan pelupa (Dimentia), namun para saintis yang telah mengenal pasti beberapa faktor yang boleh melindungi diri kita dari mengalami masalah ini.

Lakukan perkara-perkara ini terutama bagi mereka yang sudah ada masalah kesihatan, masalah ingatan dan ada sejarah keluarga yang ada masalah mental. Antara perkara itu ialah :

.
1. SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL

Ads

Senaman dapat mencegah diri mendapat penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, kanser kolon, kanser payudara, dan masalah berkaitan kesihatan mental seperti sukar untuk tidur (insomnia), anxiety, dan kemurungan (depression). Dalam jangka panjang ia dapat mengelakkan diri dari penyakit nyanyuk dan pelupa (dementia).

Malah dalam beberapa kajian menunjukkan dengan melakukan senaman atau aktiviti fizikal yang ringan secara istiqamah dapat membantu memulihkan masalah ingatan yang lemah bagi mereka yang telah pun mengalami masalah ingatan.

Lakukan aktiviti berjalan kaki dan senaman ringan seperti Senaman Melayu Tua sudah mencukupi bagi mereka yang telah berusia dan mempunyai masalah kesihatan. Senaman amat penting bagi mereka yang mempunyai risiko mengalami penyakit Alzheimer’s ketika waktu tua kerana mempunyai genetik APOE4 gene variant.

.
2. MEDITERRANEAN DIET

Sebagai orang yang tinggal di nusantara, agar sukar untuk kita mengamalkan Diet Mediterranean. Namun kita masih boleh mengamalkannya dengan mengambil ciri-ciri diet ini ke dalam pemakanan kita.
Antara yang mungkin kita boleh tambah dalam pemakanan kita yang menyerupai Diet Mediteranean adalah tambahkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, snek yang bersumberkan bijiran penuh (whole grains), kekacang (beans dan nuts) dan bijiran (seeds).

Ads

Selain itu tambahkan pengambilan minyak zaitun dan banyakkan makan ikan (berbanding daging merah), susu dan tenusu (seperti yogurt dan keju). Pemakanan sihat ini terbukti dapat mengelakkan penyakit jantung, dan merendahkan risiko mendapat penyakit kanser dan dementia.

.
3. TIDUR YANG BERKUALITI

Mendapat tidur yang berkualiti sangat diperlukan oleh tubuh. Dalam banyak kajian, tidur selama enam hingga lapan jam sangat penting untuk fungsi otak kerana proses pembelajaran dan mengingat dapat disimpan dalam otak semasa tidur.

.
4. LATIHAN MINDA

Ads

Banyak kajian mendapat mereka yang aktif melakukan latihan minda seperti membaca, menulis, melakukan permainan silang kata dan sudoku, dan yang melakukan perbincangan sihat sesama rakan dapat mengekalkan kekuatan minda dan ingatan apabila semakin berusia. Saya melakukan aktiviti membaca dan menghafal di awal pagi sebelum dan selepas solat Subuh.

.
5. HUBUNGAN SOSIAL

Hubungan sosial sesama keluarga dan rakan dapat memberikan kesan baik pada kesihatan kita apabila kita semakin berusia. Banyak kajian mendapati mereka yang mengalami kemurungan (depression) dan masalah mudah lupa biasanya adalah mereka yang rasa keseorangan.

Cari rakan-rakan yang memahami dan membantu. Ia akan merendahkan tekanan perasaan (stress) dan menggembirakan kita. Ini mengelakkan kita mengalami masalah mental.

Masalah nyanyuk dan pelupa adalah masalah yang semakin serius. Ramai mereka yang berusia seawal 40an mula mengalami masalah ini tanpa mereka sedari.

#HealthDrZubaidi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI