Doktor Ini Kongsi Petua Untuk Rawat Demam Urat. Mudah Sahaja! Hanya Guna 4 Bahan Dapur

Share

Boleh dikatakan sekarang ramai yang sering terkena demam urat. Ada yang dah mula sakit-sakit sendi dan seterusnya disusuli dengan demam. 

Banyak cara dilakukan untuk menghindarnya namun kalau salah cara merawatnya, pasti akan mengambil masa untuk kebah. 

di laman Facebook, seorang doktor telah berkongsi cara mudah untuk merawat demam ini. 

Hanyan menggunakan beberapa bahan untuk dijadikan teh dan seterusnya diminum. Bahan-bahannya juga mudah didapati di dapur. 

Ia hanya perlu diminum sekali atau dua kali seminggu sahaja. Caranya juga mudah untuk disediakan.

PETUA DEMAM URAT

Ini petua mudah buat teh untuk legakannya. Amal 1 atau 2 kali dalam seminggu.

PETUA MINUMAN TEH UNTUK LEGAKAN DEMAM URAT

BAHAN-BAHAN:

  • Serai
  • Halia
  • Daun pandan (nak bagi wangi)
  • Madu asli

CARA PENYEDIAAN TEH:

1. Mula sekali, serai itu perlu diketuk-ketuk sikit. Dalam 2 batang.

2. Kemudian, ambil halia sebesar ibu jari dan potong halus-halus.

3. Daun pandan diperlukan hanya sehelai dua ikat sahaja.

4. Rebus semua ini dalam periuk.

5. Setelah selesai, biarkan ia sejuk sedikit baru masukkan madu.

Ia cukup untuk minum seorang. Bertambah sedap apabila ada bau wangi daun pandan. Nak lebih, gandakan saja halia dan serai.

Ini petua paling mudah dibuat. Seeloknya minum bila dah nampak tanda nak demam.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

 

 

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club