Mendidik anak bukannya mudah. Jika salah didikan tentu akang mengakibatkan kesan negatif kepada perbuatannya. Termasuk menjadi seorang pembuli,murung, suka poteng sekolah atau pemarah.
Mengendalikan kes-kes remaja yang mengalami masalah emosi dan tingkahlaku di klinik psikiatri kanak-kanak merupakan antara pengalaman berharga yang saya kutip dalam kehidupan seharian sebagai pakar psikiatri. Lebih berharga lagi, ia jadi bekal saya membina diri sebagai seorang bapa.
Saban hari berurusan dengan remaja yang mengalami masalah emosi, berbincang dengan ibubapa mereka, mencuba sedaya upaya membina kepercayaan dan seterusnya membantu mereka membuat saya makin percaya, mengendalikan ‘seorang anak bergelar remaja’ adalah seperti suatu pelaburan yang sangat perlahan untungnya tetapi berbaloi untuk dilaburkan.
Ads
Kebanyakkan masalah remaja adalah ‘produk akhir’ kepada proses panjang yang telah bermula lama. Sebutlah masalah apa – murung, risau, marah, tak nak ke sekolah, kawan budak nakal, menipu, ponteng, seksual, sosial, ketagihan, buli dan seangkatan dengannya – semua ini produk akhir. Di awalnya mesti banyak cerita latar yang menyumbang kepada terjadinya masalah ini.
Saham terbesar yang menyumbang kepada hasil akhir pelaburan ini ialah cara kita mendidik anak-anak (parenting styles). Kerana itulah saya yakin, antara kaedah terbaik pencegahan kepada masalah emosi dan tinglahlaku anak-anak remaja adalah dengan memperbaiki kaedah parenting kita dari awal. The best treatment is to prevent it from happening. Mengubah kaedah kita, setelah terbukti bermasalah untuk mereka, setelah 15 tahun mereka hidup, semestinya bukan kaedah terbaik untuk memperbaiki keadaan.
Mengharapkan anak remaja membesar dengan emosi, psikologi dan tingkahlaku yang positif mesti bermula dengan menanam saham (deposit) sedikit demi sedikit dari awal. Barulah berbelas tahun kemudiannya kita boleh ‘withdraw’ keuntungan kita. Kalau kita tak pernah deposit apa-apa, jangan mengharap dalam akaun ada ‘baki’ yang menguntungkan.
Bagaimana deposit emosi pada anak-anak dari awal?
Ads
1. Cuba sebaik mungkin faham sudut pandang dia. Jangan terlalu mementingkan diri dengan menganggap apa sahaja sudut pandang kita, itulah yang betul dan tepat baginya. Cuba buat dia percaya apa yang penting bagi dia, penting juga bagi kita. Apa yang penting bagi dia? – itu yang kita kena cuba duduk dan cari jalan untuk faham. Jadi pendengar yang baik. Zaman ‘I am always right, you better listen to me!’ sudah berakhir. Perubahan zaman menjadikan kaedah ‘abah dulu atuk kau buat camni je..’ tidak semestinya berkesan.
2. Tolong perkara yang kecil, buat kebaikan yang sedikit, hormati dia walaupun kecil. Inilah antara saham-saham kecil yang biasanya keuntungannya membiak dengan cepat. Jangan jadi ayah atau ibu yang sekadar memnuhi keperluan asas. Jangan anggap cukup duit, cukup makan – ‘settle!’. Duduk dengan anak buat kerjas ekolah bersama, ajar dia tanam pokok, ajar dia baiki basikal, tolong buatkan minuman waktu dia belajar, tolong jahitkan tali beg yang koyak, dukung dia waktu dia demam…semua ini kecil pada kita, tapi jika kena gaya, masa dan keadaannya, inilah memori yang akan kekal dalam mindanya sampai bila-bila. Kebaikan ayah dan ibu yang menjadi penolak kepadanya untuk mendoakan kita bila kita tiada.
3. Disiplin dengan komitmen kita. Jangan berjanji apa yang kita tahu kita tidak akan mampu penuhi. Jangan berbohong dan jangan mungkir janji. Kecil pada kita, mungkin besar pada kita.
Ads
4. Pastikan ‘expectation’ kita jelas pada mereka. Setiap kali kita mahukan merepa penuhi sesuatu permintaan, jelaskan apa yang kita harapkan – ‘clear dan explicit’. Generasi ini, generasi yang sukar memahami falsafah dan metafora. Itu hakikat yang kita kena terima.
5. Jujur dan tunjukkan kejujuran kita. Jangan bermuka-muda, jangan double-standard dan tunjukkan integriti kita sebagai seorang dewasa. Prinsip ‘do what I tell, not what I do’ adalah pelaburan yang pasti rugi. Anak-anak belajar dengan melihat dan memerhati kita.
6. Mohon maaf jika salah. Ketidak sempurnaan kita adalah sebahagian proses menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak. Jika salah, akui kesilapan dan perbetulkan keadaan.
7. Bonding, bonding dan terus berbonding. Bina memori eksklusif dia bersama anda. Memori itu tidak semestinya mahal. Apa yang penting membina makna yang mengesani. Biarpun ia sekadar duduk bersama mencungkil tanah.
Bila 7 pelaburan kecil ini kita lakukan secara berterusan, insyaAllah bila tiba masa kita nak ‘withdraw’ kebaikan dari anak-anak kita mudah. Nak minta mereka lakukan perkara yang sama pada kita dan orang lain juga mudah.
Mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama insan tersayang adalah idaman semua pasangan.
Antara pasangan artis yang sering mendapat perhatian media dan peminat adalah Noh Hujan dan Mizz Nina.
Menerusi sebuah perkongsian sebuah youtube, seorang pengguna facebook teruja dengan isi kandungan video ini.
Isi kandungan video itu menjelaskan sikap santun Mizz Nina sebagai isteri yang menjadikan suaminya Noh Hujan bersyukur memilikinya.
_________________________________________________
NOH TERPIKAT PERIBADI MIZZ NINA
Aku ada tengok ada satu video ni kat YouTube.
Orang tu tanya kat Noh, apa yang buat dia rasa tertarik sekali dengan Mizz Nina. Noh kata Mizz Nina lain. Dia mudah dengar kata. Dan dia ni ada karakter yang kuat. Dia tak cliche macam perempuan lain. Takda nak merajuk-merajuk. Takda tiba-tiba diam tak ketahuan hala. Takda nak sentap-sentap. Kalau ada masalah, dia cakap terus je.”You fikir macamana?”. Noh kata, “Aku bukan reti kalau perempuan tiba-tiba diam ni. Cakap terus senang cerita. Aku rasa buang masa layan benda drama-drama ni”.
Dia juga cerita perjalanan Mizz Nina berubah tu dia nampak. Tekun. Sungguh-sungguh cari ilmu. Siang malam. Dia buat betul-betul. Tinggal semua yang lama-lama. Tanpa was-was. Lebih bagusnya, dia tak komen-komen Noh begitu begini. Dia berubah, dia berubah. Masa lapang dia membaca. Dengar ceramah. Pergi kelas. Ada waktu dan peluang, dia isi dengan ilmu. Lepas tu dia kongsi apa yang dia dapat tu baik-baik.
Tapi itulah lama-lama yang buat Noh terikut juga. Sebab dia jadi respek. Dia rasa kagum. Dia tahu dia kena sokong. Dia rasa dia kena buat sama-sama. Ada satu ayat tu Noh kata, “Nina ni aku rasa macam bidadari dari syurga yang Tuhan hantar untuk aku”.
Dan selepas kita tahu itu Mizz Nina jaga betul sikap dia. Kelakuan dia. Diri dia. Tak buat benda-benda yang buat orang tak suka. Tak buat perkara yang boleh mendatangkan orang nak mengata. Betul.
Bak kata suami aku. Pada anak-anak perempuan dia. Dan aku rasa dia nak bagi pada aku lah sama.
Gambar sekadar hiasan
Wanita yang kuat karakter dia, berilmu dan tak mengada-ngada ni tak payah buat banyak benda. Dia memang menawan dah. Malah lelaki akan hormat dia. Dan buatlah sampai orang jadi terikut-ikut juga nak buat kebaikan yang sama. Jika begitu, dia sudah capai satu level yang lain pula.
Dia tak lemah. Tak meminta-minta. Kalau suka, dia suka. Kalau tak suka, dia kata. Tak biar diri dibuli orang. Waima suami sendiri. Tegas jaga diri. Jangan sekali-kali biarkan diri tak dihargai. Kalau tak, nanti orang akan buat lagi. Begitulah. Benar. Respect yourself to be respect.
Letakkan diri kita setingkat tinggi. Dengan ilmu, amalan, sikap dan hati yang lebih baik. Setiap hari. Pasangan ni adalah untuk kuat menguatkan. Takkan kuat kalau satu pihak sentiasa melemahkan. Takkan lemah kalau satu pihak sentiasa menguatkan.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mengekalkan ketenagan dan rasa bahagia di dalam keluarga adalah cabaran yang sangat hebat yang perlu digalas dengan sebaik mungkin.Ketenangan rumah tangga tidak akan wujud jika tanpa usaha dilakukan.
Ada banyak perkara boleh dilakukan dan menuut perkongsian Dr Redza Zainol, ada 5 cara boleh dilakukan untuk bina suasa bahagia dalam rumah bila anak-anak dilihat asyik bergaduh sesama adik beradik dan ini menyebabkan otak dan perasaan kita sebagai ibu ayah tidak tenang anda perkata itu dibiarkan begitu sahaja.
Nak tahu apakah caranya itu, ini perkongsiannya.
Kalau anak asyik bergaduh, rasa otak serabut setiap kali ada di rumah, ada baiknya kita tengok diri kita dulu. Nak keluarga bahagia, nak pasangan tenang, ilmunya kita yang kena belajar.
Bina suasana bahagia di rumah dengan 5 cara ni.
1. Jauhkanlah diri dari anak ketika kita marah.
Bila kita marah, kita akan mula jerit-jerit. Kita akan guna bahasa kasar sampai caci maki anak sendiri. Nak tegur anak, biar kita dan anak sama-sama tenang dulu. Duduk dan biar mata kita separas. Jaga tangan supaya tak naik tanpa kita sedar.
2. Muhasabah diri kita bila terlintas hati nak bandingkan anak depan adik beradiknya yang lain. Tak ada satu anak pun yang serupa. Setiap anak karakternya berbeza, kepandaian pun berbeza. Cukuplah dengan hanya menjadikan kakak atau abang sebagai sumber inspirasi pada adik yang lain.
3. Jauhkan diri dari rasa sayang anak bersyarat.
“Mama cuma sayang abang kalau baik, kalau pandai, kalau buat kerja rumah.”
Cinta mak ayah pada anak tu tak bersyarat sebab anak tu amanah dari Allah. Baik buruk anak, dia tetap anak kita. Tugas kita ialah didik dia selagi kita berdaya.
4. Mengugut anak tu tanda skil komunikasi kita dengan anak sangat lemah.
Contoh mengugut:
“Kalau tak susun kasut dalam almari, petang ni papa tak bagi keluar..”
Cara yang lebih baik:
“Kasut ni Anas tolong letak dalam almari.”
(Selepas 2 minit)
“Papa rasa Anas lupa letak kasut dalam almari.”
(Selepas 2 minit)
“Jom kita susun kasut sama-sama.”
5. Hati-hati supaya tak terbuka aib anak depan orang lain.
“Baiknya anak you ni. Elok je dia duduk dari tadi.
“Baik? Ishhh, budak ni pandai berlakon je. Kalau kat rumah, ni lah hantunya.”
Bila orang puji anak kita baik, kadang-kadang tanpa sedar kita nak merendah diri sampai terbuka aib anak pada orang luar.
Anak kita yang mendengar, sedihlah hati dia. Kalau diulang-ulang, rasa sedih tu membukit.
Lama-lama berubah menjadi marah sampai boleh berdendam dengan mak ayah sendiri.
Kawan-kawan, ambil peluang masa anak masih kecil untuk baiki diri kita. Menjadi seorang ibu atau ayah adalah perjalanan kita untuk menjadi manusia yang lebih baik. Layanlah anak seperti mana yang kita harapkan mereka layan kita bila kita tua nanti.
Bila bercakap soal perbelanjaan memang kena ada perancangan. Jika tidak, gaji beribu-ribu pun pasti keluar laju macam air jika tidak diuruskan dengan baik.
Bagi saudara Hilmi Jailani , beliau menyediakan cara untuk menguruskan wang agar hujung bulan duit tetap ada.
Ikui perkongsian saudara Hilmi Jailani.
TIPS BIJAK MENYIMPAN!
Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.
Kalau yang sabar, boleh lah hadap megi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya.
Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.
Ok baik.
Langkah 1:
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.
Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.
Langkah 2:
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.
Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?
Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha
Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.
Langkah 3:
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.
Langkah 4:
Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?
JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN
Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?
Langkah 5:
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.
Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha
Langkah 6:
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.
Langkah 7:
Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.
Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?
Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe
Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.