Doktor Ini Kongsi Cara Kerja Kakitangan Perubatan. Tangkas!

Share

Kini setiap hari, rasa hati setiap rakyat Malaysia penuh kesedihan dan kebimbangan. Ketika artikel ini ditulis, menurut laporan KKM kematian terkini yang dilaporkan adalah 8 kematian akibat wabak jangkitan COVID-19.

Bukan itu sahaja, menurut KKM,  15 kakitangan KKM telah disahkan positif.

Kini, peningkatan jangkitan terbaharu  iaitu 153 kes, ini jelas membimbangkan, sekali gus memerlukan lebih ramai lagi kakitangan perubatan dan tempat untuk rawatan lanjut.

Sebagaimana perkongsian seorang doktor ini , jelas membayangkan betapa komited kakitangan perubatan menyediakan keperluan perubatan segera tanpa berlengah  dan tanpa kira masa dan lelah.

Gambar hiasan

Ikuti perkongsian ini dan semoga semua kakitangan yang terlibat sentiasa dilindungiNya.

Semalam ICU sementara kami dibuka sepenuhnya 10 katil. Saya pakar pertama yang dipanggil memulakan tugas disitu.

ICU asal kami telah ditukar menjadi ICU Covid, maka pesakit yang menghuni ICU asal terpaksa dipindahkan ke ICU sementara secara berperingkat.

Perkara yang saya nak ceritakan ialah perasaan kagum dan respek kepada pasukan jururawat ICU, PPP, PPK dan farmasis kami yang berjaya menukarkan satu ruang yang kosong di sebuah bangunan lama kepada ICU yang lengkap.

Bayangkan mereka berjaya set up katil, ventilator, troli, linen, ubatan, alatan di situ dalam masa hanya 2 hari!! Dengan barang yang dipinjam sana-sini. Macam silapmata pun ada. Diorang ni superman ke apa?

Berkali-kali mereka minta maaf apabila barang tak cukup bila nak rawat pesakit. Iyelah, dah run ICU baru tahu mana barang ada, mana yang takde kan? Jadi kami kata, eh jangan cakap takde, banyaakk sangat barang yang kita dah ada.

Kannn? Syukur sangat-sangat.

Sesungguhnya saya amat bangga bekerja dengan mereka!!!

P/S: Hari ini mereka buat magic lagi, cipta satu lagi ICU bay dengan 6 katil!

Hana Hadzrami
Doakan musibah segera reda dan mereka dapat bercuti panjang selepas ini ya!