Kenapa Suami yang perlu merancang? Semua ini dijelaskan dengan penuh tersirat oleh doktor ini bahawa pentingnya merancang. Bukannya hendak menolak rezeki yang datang. Tetapi jika mengakibatkan kesihatan dan kebajikan, memang perlu ambil tahu.
Penjelasan doktor Sakinah Sulong di laman facebooknya memang tersirat. Moga bermanfaat.
________________________________________________________
Khas utk suami-suami yg belum baca
Kenapa perlu Merancang?
Posting ni hanya untuk SUAMI2 yang perihatin je. Isteri takyah la baca.
Ini cerita dari pesakit sendiri.
“Suami saya yang lemah lutut bila dapat tahu saya mengandung, Dr”
Deep, memang deep.
Saya terdiam,
He earns my respect.
Si suami yang memikirkan untuk kesejahteraan keluarga dan ummah. Difikir bagaimana besarnya tanggungjawab membesarkan anak2, amanah Allah. Bukan setakat mulut mahu disuap, tapi juga kebajikan dan sahsiah diri yang perlu dititikberatkan. Yang tidak menyerahkan urusan anak2 di bahu isteri semata2. Yang tahu nak mengasuh dan mendidik anak jadi manusia berguna.
Tak guna ummah Nabi yang ramai, tapi ibarat buih di lautan. Hilang saat ombak mencecah pantai.
Kebajikan dan kesihatan isteri pun perlu difikir juga. Setiap kali mengandung, badan ibu akan mengalami perubahan dan adaptasi fisiologi yang berat. Keupayaan jantung terpaksa bekerja 2 kali ganda, hormon HCG mencanak menyebabkan pelbagai perubahan metabolisme badan dan macam2 lagi. Belum disebut lemak yang bertepek di sana sini akibat mengandung. Dari saiz s/m sudah bertukar saiz L/XL. Semuanya dah lari allignment!
Ada isteri2 pula yang trauma bersalin, terpaksa ‘cuti’ tak nak bersama sampai 5-8 bulan. Ada juga yang avoid hubungan intim sepanjang mengandung. Saat ini, saya terpaksa kagum dengan kesabaran suami. Tak hairan juga ada suami buat hal, cari perempuan lain masa isteri dalam pantang.
Eh, ada jugak ke isteri yang baca ni?
Kan dah cakap untuk suami je. Takpe, kaum isteri ni memang ada penyakit degil dan penuh rasa ingin tahu.
Pesan Doktor, pendek je.
Dah jadi ibu, kena pandai jaga kesihatan dan kebajikan diri sendiri. Pandai2 la merancang supaya badan kita tak terbeban sangat. So we can be there to raise our kids.
Remember, nobody can love d kids more than their own mothers.