Setiap apa yang kita makan akan mencerminkan kesihatan untuk jangka masa panjang. Makan sikit tetapi makanan yang diambil tidak sihat ia sebenarnya tidak mendatangkan sebarang manfaat.
Apa yang kita harus lakukan untuk mendapat kesihatan yang baik adalah mengamalkan cara hidup dengan mengambil makanan yang sihat dan betul, bukan yang salah hingga jejaskan kesihatan.
Doktor Zubaidi Haji Ahmad melalui perkongsiannya menegaskan mengenai pendapat yang salah mengenai pemakanan. Ikuti ulasannya.
MAKLUMAT YANG SALAH BIASA KITA DENGAR TENTANG PEMAKANAN
1. Jika kita tidak ambil gula dalam makanan dan minuman, kita akan jadi lemah. Padahal glukos hanya membekalkan 4kCal sementara lemak membekalkan 9kCal. Sebab itu sepatutnya orang berpuasa lebih bertenaga sebab bila kita tak ambil gula, lemak dalam tubuh akan digunakan. Oleh kerana ketika berpuasa kita tidak cukup minum air, itu yang buatkan kita lemah. Bukan sebab tak cukup ambil gula.
.
2. Bila sebut lemak, kita kaitkan dengan kolesterol dan beranggapan semua lemak itu berbahaya. Padahal ada lemak sihat seperti minyak zaitun, buah zaitun dan avocado yang memberikan gabungan lemak mono dan poly unsaturated fat. Ia baik menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.
3. Kita gagal membezakan refined carbo dan complex carbo. Kita anggap kedua-duanya sama. Refined carbo mempunyai nilai Glisemik Index yang tinggi, sementara complex carbo mempunyai nilai Glisemik yang rendah. Nilai glisemik yang tinggi boleh menyebabkan keradangan yang kronik dalam tubuh dan menyebabkan penyakit kronik seperti diabetes, gout, hypertension dan lain-lain.
.
4. Jika kita tidak makan dalam masa 6-8 jam, apatah lagi 14-16 jam, ia berbahaya. Sedangkan kita berpuasa setiap tahun selama sebulan selama 14-16 jam sejak berpuluh tahun lalu. Semakin kita menjarakkan waktu makan, semakin kita bertambah sihat. Ini dibuktikan oleh Pemenang Nobel Prize 2016 Prof Yushinori Ohsumi yang menerangkan konsep “autophagy” bila kita berpuasa.
5. Kita mahu mengamalkan pemakanan sunnah, tapi kita masih berada dalam sistem pemakanan yang salah. Jadi kita umpama mengambil daging segar dalam kuah yang basi. Tidak memberikan impak yang terbaik