Doktor Ini Jelaskan 10 Sebab Anak Selalu Dijangkiti Demam Dan Kerap Jatuh Sakit.

Share

Ramai kan antara kita ini sebagai ibu bapa yang risau bila anak kita asyik tak sihat. Selalu sangat kena pergi jumpa doktor. Ambil ubat. Tetapi masih juga selalu demam, batuk dan selsema.

Kalau boleh, biar kita yang tak sihat. Bukan anak-anak. Betul?

Ada 10 sebab mengapa anak-anak kita selalu dijangkiti demam dan kerap jatuh sakit.

1. ‘Manjakan’ anak dengan antibiotik. Flu biasa disebabkan virus tak perlu antibiotik

2. Duduk di tempat ramai kanak-kanak. Pusat penjagaan contohnya.

3. Beberapa keadaan dan situasi yang menyebabkan imuniti anak tak kuat. Banyakkan pemakanan seperti buah-buahan dan sayuran.

4. Kerap sangat makan luar. Jangkitan mudah dapat daripada makanan yang berisiko tercemar.

5. Ramai anak-anak kecil di rumah. Anak mudah berjangkit.

6. Lewat kawal simptom awal. Bila anak-anak dah dapat gejala seperti batuk dan selesema, terus dapat nasihat dan periksa doktor. Tak perlu tunggu demam tiga empat hari.

7. Makan dan minum ubat tak ikut nasihat doktor. Ubat antibiotik contohnya, perlu dihabiskan dos seperti dinasihat, tak boleh kongsi dengan anak-anak lain.

8. Kerap bawa ke tempat ramai dan ‘crowded’. Ini tak elok terutama pada anak-anak kecil.

9. Rawatan tradisional. Kerap sangat dengan rawatan yang tidak sepatutnya akan menyebabkan jangkitan yang boleh dirawat dengan ubat menjadi sukar. Komplikasi pada sistem tubuh lain pula yang berlaku.

10. Masalah alahan, rhinitis atau resdung tidak terkawal. Ini menyebabkan lendir atau lelehan dari hidung kerap mengalir ke belakang tekak. Anak-anak mudah mendapat jangkitan tekak.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih