Ramai kan antara kita ini sebagai ibu bapa yang risau bila anak kita asyik tak sihat. Selalu sangat kena pergi jumpa doktor. Ambil ubat. Tetapi masih juga selalu demam, batuk dan selsema.
Kalau boleh, biar kita yang tak sihat. Bukan anak-anak. Betul?
Ada 10 sebab mengapa anak-anak kita selalu dijangkiti demam dan kerap jatuh sakit.
1. ‘Manjakan’ anak dengan antibiotik. Flu biasa disebabkan virus tak perlu antibiotik
Ads
2. Duduk di tempat ramai kanak-kanak. Pusat penjagaan contohnya.
3. Beberapa keadaan dan situasi yang menyebabkan imuniti anak tak kuat. Banyakkan pemakanan seperti buah-buahan dan sayuran.
4. Kerap sangat makan luar. Jangkitan mudah dapat daripada makanan yang berisiko tercemar.
Ads
5. Ramai anak-anak kecil di rumah. Anak mudah berjangkit.
6. Lewat kawal simptom awal. Bila anak-anak dah dapat gejala seperti batuk dan selesema, terus dapat nasihat dan periksa doktor. Tak perlu tunggu demam tiga empat hari.
Ads
7. Makan dan minum ubat tak ikut nasihat doktor. Ubat antibiotik contohnya, perlu dihabiskan dos seperti dinasihat, tak boleh kongsi dengan anak-anak lain.
8. Kerap bawa ke tempat ramai dan ‘crowded’. Ini tak elok terutama pada anak-anak kecil.
9. Rawatan tradisional. Kerap sangat dengan rawatan yang tidak sepatutnya akan menyebabkan jangkitan yang boleh dirawat dengan ubat menjadi sukar. Komplikasi pada sistem tubuh lain pula yang berlaku.
10. Masalah alahan, rhinitis atau resdung tidak terkawal. Ini menyebabkan lendir atau lelehan dari hidung kerap mengalir ke belakang tekak. Anak-anak mudah mendapat jangkitan tekak.
Apabila anak-anak tak sihat, mak dan ayah orang yang paling tak senang duduk. Rengekan si kecil menahan kesakitan membuatkan hati terasa sedih.
Di tambah pula waktu menerima rawatan, pelbagai cara dilakukan supaya si anak tidak meragam.
Demikian dengan anak penyampai radio Hotfm, Haziq Husni apabila kedua-dua anaknya dimasukkan ke wad akibat radang paru-paru.
Menurut Haziq, anak-anaknya Muhammad Heidy Nufael, 21 bulan dan Chayra Aulia, empat bulan disahkan terkena penyakit berkenaan selepas doktor melakukan ujian X-ray.
Sebelum ini dia sering membawa anak-anaknya ke klinik tetapi doktor hanya menyatakan ia batuk biasa.
“Lebih tiga bulan kedua-dua anak saya mengalami batuk berterusan sehingga memaksa saya membawa mereka ke hospital.
“Heidy sebelum ini hanya mengalami batuk biasa malah dia sangat aktif, tetapi ia menjadi teruk apabila dia mula mengeluarkan batuk berkahak sehingga muntah.
“Manakala Chayra pula batuk setiap hari dan tidak sangka ia adalah punca radang paru-paru,” katanya.
Katanya, kedua-dua paru-paru Heidy mengalami masalah dan Chayra hanya sebelah saja.
Tambah Haziq lagi, kemungkinan anak-anaknya akan ditahan selama seminggu di hospital untuk memudahkan doktor melakukan pemantauan dan pemeriksaan lanjut.
“Sebagai seorang bapa pastinya saya bimbang melihat keadaan mereka apatah lagi Chayra sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital dalam tempoh yang lama akibat penyakit Pertussis (batuk kokol).
“Sekarang penyakit lain pula yang dia hidapi. Saya mohon doa semua semoga anak-anak saya segera sembuh kalau boleh saya tidak mahu mereka lama-lama di hospital,” katanya.
Dalam pada itu, Haziq turut memuat naik satu video yang menunjukkan dia sedang memujuk anaknya mendapatkan rawatan neb.
Menariknya, Haziq menggunakan pendekatan menyanyi bagi membolehkan anaknya senyap dan tidak meronta-ronta ketika rawatan tersebut.
“Ni cara daddy bagi Heidy senyap time neb. Kesian memang kesian. Tapi nak sihat kan? Kena juga neb. Dengar bunyi neb tu je dia dah start tak tentu arah. Meronta gila-gila. Macam kena rasuk. Dah bedung pun hancur bedung tu.
“Tak senang ya guys. Kena depakan tangan dia ketepi. Kunci pakai tangan kita. Tapi kunci lembut-lembut je. Kemudian, kaki dia kunci dengan kaki kita. Kepala dia pun tak boleh duduk diam juga.
“Jadi, tangan kiri kita kena letak bawah dagu kasi dia tak boleh gerak. Last, nak bagi suasana ceria daddy nyanyi lagu Apa Khabar,” Tulis Haziq di kapsyennya.
Nak bercuti tidak semestinya perlu ke tempat yang mahal atau berbahaya. Banyak tempat biasa-biasa seperti pantai atau air terjun yang boleh memberikan kepuasan kepada anak-anak.
Ketika ini mereka belum tahu memilih atau demand. Jadi didik mereka untuk hidup dalam persekitaran yang seadanya.
Sebagaimana perkongsian ini.
Ruginya la tak ambil peluang ni bawa anak-anak ke pantai masa diorang masih kecil. Serius! Memang kita akan terasa rugi kelak.
– Masa diorang kecil ni la mudah nak rasa terhibur, dapat main korek-korek pasir pun dah cukup bahagia.
– Dah besar besok anak tak nak dah layan main pasir ni, mainan budak kecil katanya nanti.
– Aduh, rugi tak bawa diorang sekarang masa diorang tak pandai memilih lagi.
– Kelak memang dia akan demand punya, tak layan dah nak ke pantai ni. Kalau sebut legoland baru dia rasa teruja.
– Macam-macam aktiviti simple boleh buat dengan anak masa ni, main kejar-kejar pun dah cukup menghiburkan hati mereka.
– Dah besar besok, rasa girang tu dah tak sama. Dia lebih girang main phone dari main dengan kita.
– Sekarang paling lelah layan anak pun lelah fizikal je, lari sana-sini, lompat-lompat, dia tak bagi langsung kita rehat.
– Tapi kelak, bukan fizikal je emosi dan mental pun boleh lelah sekali. Macam-macam dia demand, kita nak berkelah tepi pantai dia demand nak check-in hotel. Kopak poket.
Confirm, kalau tak bawa sekarang memang kita akan menyesal kelak. Masa ni berlalu macam air. Menderu-deru laju, tak berhenti walau sesaat. Tahu-tahu anak dah sama tinggi dan sama besar je nanti. Anak kecil sekali, tapi memori akan berkekalan sampai ke cucu cicit. Sudah-sudah la kerja, jom ke pantai! Wallahu A’lam,