Doktor Ini Bagi Tip Pemakanan Sihat Anak Ketika Cuti Sekolah, Alert Info Ni.

Share

Cuti sekolah sampai ke penghujungnya. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah dengan membawa anak bercuti. Tidak hairanlah lebuhraya semakin banyak kendaraan terutama di hujung minggu.
.
Dalam pada masa yang sama cuaca pula tidak menentu. Panas di awal pagi kemudian hujan di sebelah petang. Anak-anak akan menjadi cepat keletihan, daya tahan mereka semakin rendah dan akhirnya mudah mendapat jangkitan virus. Terutama apabila bercampur dengan orang ramai di pusat tarikan pelancong. Kita tidak tahu individu yang pembawa virus walaupun mereka kelihatan sihat.
.
Sebagai ibubapa kita perlu perihatin kepada pemakanan anak-anak kita. Aspek keselamatan dan kesihatan harus kita letakkan keutamaan. Pastikan anak kita mendapat sumber makanan yang terbaik agar mereka mendapat
tenaga, dan kekal sihat.

**media[89756]**
.
Nasihat saya :
.
1. BERI PERHATIAN PADA PEMILIHAN MAKANAN
.
Walaupun kita sedang bercuti, jangan lupa pada pemilihan makanan. Pastikan anak-anak kita minum air kosong secukupnya. Bila mereka aktif dan berada dalam sinaran matahari, keperluan air sangat mendesak. Saya sentiasa membawa bekalan air kosong dari rumah sekurang-kurangnya 5 L untuk perluan anak-anak saya dan selalunya tidak mencukupi untuk percutian 3 hari 2 malam. Kurang air sejuk (ais) dan air yang manis selalunya dijual dalam botol, dan kotak.
.
2. CARI KUDAPAN YANG BERNUTRISI

**media[89754]**
.
Anak-anak yang aktif akan cepat lapar. Selalunya kita belikan jajan dan makanan segera bagi mengurangkan rasa lapar sementara menunggu masa untuk makan tengah hari atau malam. Makanan segera mempunyai banyak pengawet, perasa dan pewarna memang tidak mempunyai nutrisi. Selalunya ia lebih garam dan banyak transfat.
.
Potongkan buah epal, oren dan buah jambu batu (sebagai contoh) dalam bekas makanan. Taburkan sedikit garam bukit yang kaya dengan magnesium dan letakkan sedikit minyak zaitun bagi membekalkan tenaga untuk anak-anak.
.
Sesekali anak mendesak kita untuk membeli makanan yang tidak bernutrisi. Tak apalah, sesekali. Sebelum belikan apa-apa makanan yang tidak berkhasiat, pastikan
habiskan buah-buahan yang dipotong. Bawa bekalan buah potong sendiri, lebih jimat dan selamat (bersih).
.
3. PASTIKAN MAKANAN YANG KITA BERIKAN PADA ANAK-ANAK ADALAH DARI GERAI ATAU RESTORAN YANG BERSIH
.
Pastikan makanan itu makanan yang baru disediakan. Makanan yang baru disediakan selalunya masih panas. Makanan yang telah sejuk mungkin terdapat kuman yang mula membiak, terutama jika disediakan lebih dari 4 jam. Banyak kes keracunan berlaku pada waktu percutian dan bayangkan jika ia berlaku ketika kita bercuti di luar negara. Kemudahan kesihatan seperti klinik mungkin tidak semudah di negara kita.
.
4. PASTIKAN ANAK-ANAK KITA SENTIASA MEMBASUH TANGAN
.
Terutamanya selepas keluar dari tanda dan ketika memulakan untuk makan. Jika menggunakan garpu dan sudu, tidak salah jika kita membasuhnya sekali lagi di sinki. Bila pelanggan ramai, kadang kala pembasuhan peralatan sudu dan garpu tidak diberikan perhatian.
.
5. BILA MAKAN, PILIH MAKANAN YANG SEIMBANG
.
Pastikan mereka mendapat sayur-sayuran dan buah-buahan yang memberikan vitamin dan serat. Bagi anak yang sensitif, dan tidak suka makan sayur, pastikan mereka mendapat bekalan pil multivitamin atau vitamin C dan E yang membantu meningkatkan daya tahan tubuh.
.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad