Cuti sekolah sampai ke penghujungnya. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah dengan membawa anak bercuti. Tidak hairanlah lebuhraya semakin banyak kendaraan terutama di hujung minggu.
.
Dalam pada masa yang sama cuaca pula tidak menentu. Panas di awal pagi kemudian hujan di sebelah petang. Anak-anak akan menjadi cepat keletihan, daya tahan mereka semakin rendah dan akhirnya mudah mendapat jangkitan virus. Terutama apabila bercampur dengan orang ramai di pusat tarikan pelancong. Kita tidak tahu individu yang pembawa virus walaupun mereka kelihatan sihat.
.
Sebagai ibubapa kita perlu perihatin kepada pemakanan anak-anak kita. Aspek keselamatan dan kesihatan harus kita letakkan keutamaan. Pastikan anak kita mendapat sumber makanan yang terbaik agar mereka mendapat
tenaga, dan kekal sihat.
**media[89756]**
.
Nasihat saya :
.
1. BERI PERHATIAN PADA PEMILIHAN MAKANAN
.
Walaupun kita sedang bercuti, jangan lupa pada pemilihan makanan. Pastikan anak-anak kita minum air kosong secukupnya. Bila mereka aktif dan berada dalam sinaran matahari, keperluan air sangat mendesak. Saya sentiasa membawa bekalan air kosong dari rumah sekurang-kurangnya 5 L untuk perluan anak-anak saya dan selalunya tidak mencukupi untuk percutian 3 hari 2 malam. Kurang air sejuk (ais) dan air yang manis selalunya dijual dalam botol, dan kotak.
.
2. CARI KUDAPAN YANG BERNUTRISI
Ads
Ads
Ads
**media[89754]**
.
Anak-anak yang aktif akan cepat lapar. Selalunya kita belikan jajan dan makanan segera bagi mengurangkan rasa lapar sementara menunggu masa untuk makan tengah hari atau malam. Makanan segera mempunyai banyak pengawet, perasa dan pewarna memang tidak mempunyai nutrisi. Selalunya ia lebih garam dan banyak transfat.
.
Potongkan buah epal, oren dan buah jambu batu (sebagai contoh) dalam bekas makanan. Taburkan sedikit garam bukit yang kaya dengan magnesium dan letakkan sedikit minyak zaitun bagi membekalkan tenaga untuk anak-anak.
.
Sesekali anak mendesak kita untuk membeli makanan yang tidak bernutrisi. Tak apalah, sesekali. Sebelum belikan apa-apa makanan yang tidak berkhasiat, pastikan
habiskan buah-buahan yang dipotong. Bawa bekalan buah potong sendiri, lebih jimat dan selamat (bersih).
.
3. PASTIKAN MAKANAN YANG KITA BERIKAN PADA ANAK-ANAK ADALAH DARI GERAI ATAU RESTORAN YANG BERSIH
.
Pastikan makanan itu makanan yang baru disediakan. Makanan yang baru disediakan selalunya masih panas. Makanan yang telah sejuk mungkin terdapat kuman yang mula membiak, terutama jika disediakan lebih dari 4 jam. Banyak kes keracunan berlaku pada waktu percutian dan bayangkan jika ia berlaku ketika kita bercuti di luar negara. Kemudahan kesihatan seperti klinik mungkin tidak semudah di negara kita.
.
4. PASTIKAN ANAK-ANAK KITA SENTIASA MEMBASUH TANGAN
.
Terutamanya selepas keluar dari tanda dan ketika memulakan untuk makan. Jika menggunakan garpu dan sudu, tidak salah jika kita membasuhnya sekali lagi di sinki. Bila pelanggan ramai, kadang kala pembasuhan peralatan sudu dan garpu tidak diberikan perhatian.
.
5. BILA MAKAN, PILIH MAKANAN YANG SEIMBANG
.
Pastikan mereka mendapat sayur-sayuran dan buah-buahan yang memberikan vitamin dan serat. Bagi anak yang sensitif, dan tidak suka makan sayur, pastikan mereka mendapat bekalan pil multivitamin atau vitamin C dan E yang membantu meningkatkan daya tahan tubuh.
.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Disebalik kejayaan dan usaha gigih seorang anak dalam memajukan diri pasti akan ada figura seorang ibu atau ayah dibelakangnya yang tanpa jemu memberi dorongan dan semangat agar terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi, sama ada aspek pendidikan mahu pun minat anak-anak.
Umpamanya perkongsian kisah kejayaan adik Nursyafiqah Binti Mohd Azmi,14 dan adik Jaymee Ong Miin Li,15 yang telah melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai antara pemenang di dalam Pertandingan Memasak Sekolah Menengah 2021yang dianjurkan oleh MAGGI baru-baru ini.
Ayuh kita ketahui kisah dua remaja ini yang difahamkan disebalik kejayaan mereka memenangi hati juri di dalam pertandingan tersebut, hakikatnya ada insan yang begitu hebat berada dibelakang mereka memberi sokongan tanpa berbelah bahagi.
Siapakah insan itu?
Ketahui dengan lebih lanjut perkongsiannya dan diharapkan kisah ini sedikit sebanyak dapat menyuntik inspirasi buat anda sekeluarga.
“Rapat Seperti Teman Sejati…’- Nursyafiqah
Nursyafiqah (kanan) bersama ibunya, Puan Aiza
“Sejak kecil lagi, saya memang minat memasak terutamanya menyediakan pencuci mulut atau roti. Saya harap saya akan dapat mencapai cita-cita saya untuk membuka sebuah bakeri.”
“Sepanjang tempoh pertandingan tersebut, saya menghadapi pelbagai cabaran dan hampir berputus asa. Namun begitu, sokongan dan semangat dari keluarga terutamanya ibu membuatkan saya merasakan ingin lakukan yang terbaik hingga akhirnya membuahkan kenangan manis buat diri saya,” ujar Nursyafiqah yang merupakan pelajar di SMK Intan Perdana, Negeri Sembilan dengan bersemangat.
Kenal Erti Sabar
“Sepanjang proses anak menyertai pertandingan tersebut, kami berdua sentiasa bersama. Bonding antara saya dan anak perempuan semakin erat. Kami sentiasa melakukan aktiviti memasak bersama, dan secara tidak langsung hubungan semakin rapat seperti seorang teman sejati,” ujar ibu Nursyafiqah, iaitu Puan Aiza
“Saya sentiasa ada disisi anak untuk membantunya. Contohnya semasa dia memasak hidangannya iaitu Telur Gulung Korea (Korean Egg Roll), saya akan jadi jurukamera untuk dia. Masa rakam video, ada part yang tak jadi, macam telur yang dimasak terkoyak, melekat di kuali dan macam-macam lagi adegan yang memerlukan rakaman dilakukan semula.
“Bagi saya semua itu adalah proses pembelajaran untuk Nursyafiqah mengenal erti sabar dalam melakukan sesuatu. Pun begitu, biasalah anak-anak remaja ini perlukan galakan berterusan daripada ibu ayahnya.
“Ada satu masa itu, saya lihat dia menangis seakan putus asa sebab masakan yang disediakan tidak mencapai apa yang dia inginkan.
“Berdepan dengan situasi tersebut, saya sebagai ibu mengambil langkah positif dengan memberikan semangat dan motivasi kepadanya. Alhamdulillah, akhirnya semua kepayahan yang dilalui di akhiri dengan kemanisan. Siap juga projek video kami,” cerita Puan Aiza panjang lebar.
Pengalaman Itu Guru Sejati
Menyentuh tentang pendekatan bagaimana dia menanam minat memasak pada anak perempuannya, ibu ini akui semua itu dipengaruhi oleh persekitaran kehidupan keluarga.
“Seingat saya semasa dia di sekolah rendah lagi, dia suka lihat saya memasak. Kemudian bila sudah meningkat usia, kami sekeluarga suka pula menonton rancangan memasak di kaca TV.
“Antara program masakan yang kami suka tonton adalah seperti rancangan 5 Rencah 5 Rasa, rancangan Master Chef Australia, Bake with Anna Olson dan sebagainya. Mungkin sebab itu juga dengan sendirinya minat memasak sedikit demi sedikit berputik dalam dirinya,” ujarnya lagi.
Puan Aiza juga mengakui bahawa pendedahan yang diberikan akan menjadi pengalaman cukup berharga dalam hidup anaknya.
“Pengalaman itu adalah guru sejati. Hanya orang yang berjiwa besar dan berani akan memperolehinya.
“Saya ingat lagi, masakan pertama yang Nursyafiqah sediakan adalah Nasi Goreng Telur yang diperasakan dengan MAGGI CukupRasa. Menu yang disediakan hangus tapi dengan yakinnya dia bawa juga bekal ke sekolah untuk jamu dengan kawan-kawan.
“Selain itu dia pernah buat roti kopi ala-ala Roti Boy untuk hari jadi ayah dia. Hendak dijadikan cerita, roti tersebut menjadi juga tapi yang kelakarnya kembang sebesar loyang,” ceritanya sambil tertawa mengingatkan kejadian itu.
Jadikan Lebih Berdisiplin
“Kebaikan lain yang dapat saya lihat bila anak kita didedahkan dengan pertandingan yang melibatkan minat mereka, nyata mereka akan lakukan dengan bersungguh-sungguh. Selain itu, dari sudut disiplin pun saya nampak peningkatannya. Dia semakin rajin mengemas semula dapur selepas memasak.
“Tidak dengan itu, kreativiti dalam mencipta menu yang biasa kepada yang luar biasa semakin dapat dilihat. Saya yakin semua ini memberi kebaikan kepadanya.
“Nasihat saya kepada ibu-ibu di luar sana, jangan takut untuk biarkan anak kita masuk ke dapur untuk menggunakan peralatan-peralatan memasak, memetik api gas, memegang pisau ataupun memotong bawang dan sayuran.
“Kita bagi ruang untuk mereka mencuba dan apa yang penting kita sentiasa mengawasi dan memberi tunjuk ajar serta panduan yang betul berkaitan keselamatan di dapur,” jelasnya yang turut mengakui setelah anaknya mengikuti pertandingan memasak, kini semakin rajin memasak untuk keluarganya.
“Untuk Berjaya Perlu Usaha…”- Jaymee Ong Miin Li
Jaymee bersama hidangan Pinggan Sarang Burungnya
Sedar atau tidak, peranan wanita bergelar ibu sentiasa diiktiraf oleh anak-anak sebagai pembakar semangat dan inspirasi memperolehi kejayaan. Kehadiran insan bergelar ibu di sisi ibarat satu anugerah yang tiada galang gantinya bagi setiap anak-anak kita.
Hal ini turut dirasai oleh Jaymee Ong Miin Li dalam usahanya menempa kejayaan di dalam sebuah pertandingan memasak yang disertainya baru-baru ini.
“Menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI 2021, banyak pengalaman yang bermanfaat saya perolehi dan yang paling berharga adalah bila saya dan ibu saling bertukar-tukar pandangan dan sama-sama mencari idea untuk menentukan menu yang akan dipertaruhkan di dalam pertandingan tersebut.
“Akhirnya kami bersetuju untuk memilih konsep kekeluargaan iaitu Pinggan Sarang Burung (Bird’s Nest Platter) untuk pertandingan ini. Kami berdua meluangkan masa memasak dan mencuba resipi-resipi bersama dan ianya cukup menggembirakan saya dan membuatkan saya teruja untuk melakukan yang terbaik dalam hidup,” ujar Jaymee yang merupakan pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, Pulau Pinang.
Tumpang Bangga
Ibu mana yang tidak bangga dan gembira bila mengetahui anaknya berjaya memperolehi kejayaan dalam sebuah pertandingan hebat seperti Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI 2021yang disertai oleh kira-kira 1,000 pelajar-pelajar seluruh Malaysia.
“Reaksi pertama saya sebagai ibu apabila mengetahui Jaymee berjaya mendapat tempat sebagai antara pemenang untuk pertandingan tersebut, jujur saya katakan saya teramat gembira.
“Berita kemenangan tersebut terus saya sampaikan kepada keluarga yang lain. Saya juga amat bangga dan terharu kerana saya tahu kejayaan ini adalah atas usahanya sendiri,” ujar Puan Ong dengan gembira.
Nasihat Tanpa Jemu
Untuk mencapai kejayaan seseorang itu perlu berusaha, tabah, dan jangan putus asa. Atas sebab itu juga, Puan Ong tanpa jemu akan terus memberi nasihat dan bertindak sebagai motivator kepada anaknya agar terus berusaha dan lakukan terbaik untuk berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi sekali pun.
“Menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk memberi dorongan dan semangat untuk anak-anak kita terus maju dalam hidup. Sama juga bila Jaymee memasuki pertandingan memasak. Saya berikan 100% galakan untuknya kerana saya percaya siapa yang berusaha pasti dia akan berjaya!
“Bermula dari proses penyediaan bahan hinggalah makanan terhidang di atas pinggan, semua itu ada proses-proses yang perlu dibuat dengan sabar dan sebaiknya agar hidangan yang dimasak bukan sahaja sedap malah nampak menyelerakan.
“Bukan sahaja Jaymee yang perlu banyak bersabar, malah kita sebagai ibu juga perlu bersabar dalam mendidik anak-anak. Maklumlah anak remaja bukanlah pakar sangat di dapur. Lagi-lagi bab untuk mengawal api, silap caranya masakan boleh hangus kalau menggunakan api terlalu besar dengan alasan untuk cepat siap masak,” ceritanya lagi yang turut menggalakkan anaknya untuk lebih berani mencuba sesuatu menu baharu.
Beri Ruang
Jaymee (kanan) bersama ibunya, Puan Ong
“Sudah menjadi kelaziman Jaymee akan datang ke dapur semasa saya memasak. Dia akan memerhati dan sentiasa ingin tahu dan ingin bantu saya di dapur. Dia sangat teruja untuk belajar dan ingin memasak pelbagai menu.
“Dia mula membantu dengan belajar mengupas dan memotong dan mencincang bawang putih dan bawang merah. Saya ingat lagi, menu pertama dia memasak ialah Macaroni and Cheese. Mula-mula memasak, dia sukar mengawal api sehingga bawang putih menjadi hitam.
“Bila saya lihat dia suka memasak, jadi saya beri lebih ruang untuknya asah bakat di dapur. Akhirnya kini, adik-beradiknya sangat menggemari setiap menu yang disediakan oleh Jaymee. Mereka akan sentiasa makan makanan yang dimasaknya dengan berselera. Bahkan saya juga menggemari masakan yang disediakan olehnya. Manakala abangnya adalah pengkritiknya yang terbaik dan cara ini juga sebenarnya dapat membantu Jaymee lebih terbuka dan dalam masa yang sama memperbaiki rasa masakannya,” jelasnya lagi dengan turut menyarankan agar lebih ramai ibu memberi tunjuk ajar anak-anak ketika memasak dan tidak hanya memaksa anak-anak untuk membantu kita di dapur sebagai satu kerja rumah.
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2021 menandakan tahun ke-25 MAGGI® bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan platform untuk generasi muda memupuk kemahiran kulinari dan pengambilan pemakanan yang seimbang di kalangan belia di Malaysia. Tema tahun ini adalah “Anda & MAGGI, Sajikan Kelainan Untuk Inspirasi Harian”.
NJOI Aidilfitri Dengan Kemeriahan Ekstra Mega Untuk Seisi Keluarga, Memang Luar Biasa!
Syoknya! Tak lama lagi Hari Raya. Mesti semua tak sabar rasanya kan? Anak-anak apatah lagi, kegembiraan berganda mereka dapat rasakan. Maklumlah cuti Raya lebih panjang bersekali dengan cuti pertengahan untuk sesi penggal pertama persekolahan.
Jadi apa nak buat sepanjang cuti Raya ni?
Kalau kita sebagai mak ayah ni, mestilah nak beraya sakan bawa anak-anak ziarah sanak saudara. Bila sudah puas beraya, best juga dapat berehat di rumah sambil menjamah biskut bersama seisi keluarga.
Tapi kalau nak lagi bermakna dan meriangkan Raya kali ini, kena lah menonton pelbagai rancangan Astro bersempena musim perayaan. Sekali gus kita sekeluarga dapat cipta bonding time yang lebih berkualiti.
Kemeriahan Ekstra Luar Biasyerrr Bersama NJOI
Bercerita tentang rancangan istimewa sepanjang musim perayaan yang boleh ditonton, sebenarnya ada berita menarik buat anda sebagai pelanggan setia NJOI.
Tahukah anda sebenarnya NJOI menawarkan promosi hebat yang bukan biasa-biasa tetapi ektra mega Raya!
Seperti yang sedia maklum selain saluran asas NJOI yang biasa ditonton, kini menawarkan pelbagai saluran tambahan yang boleh dibeli mengikut kesesuaian pelanggan.
Lantaran itu bersempena dengan musim perayaan ini, anda seisi keluarga akan dapat menonton rancangan hebat di NJOI bila mana membeli pek promosi iaitu Pek Kombolicious dan Kids Pack dengan diskaun RM10 melalui aplikasi My NJOI
Wow! Tawaran yang cukup berbaloi dan rugi jika dilepaskan begitu sahaja. Apa tidaknya, bukan sahaja ada diskaun hebat, bahkan anak-anak akan dapat menonton rancangan dengan pelbagai cerita menarik seperti Nussa: The Movie, Si Manis Syawal, Famili Yang Popular, SMK Raya Dekat Jauh dan Upin & Ipin.
Begitu juga seisi keluarga boleh tonton pelbagai rancangan yang cukup menghiburkan dan dijamin akan menawan hati. Lain tak bukan adalah seperti Raja Lawak Warna, Spontan Balik Raya, Gegar Vaganza Raya, Bombastika Raya, The Liar dan banyak lagi.
Pun begitu, jika anda bukan pelanggan NJOI, usah kecewa anda masih boleh dapatkan kotak NJOI anda sekarang melalui Shopee pada harga RM294 dengan Pek HD 30 hari dan Kredit RM30 PERCUMA .
Semoga dengan adanya tawaran dan rancangan menarik NJOI ini akan menjadikan Aidil Fitri terasa lebih indah dan berbeza dari Raya sebelumnya. Jadi tunggu apa lagi, JOM BERAYA DENGAN NJOI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap bulan tentu ada sahaja perbelanjaan bulanan yang perlu dikeluarkan untuk memastikan keperluan isi rumah dapat disediakan dengan sebaiknya. Namun kalau silap gaya belanja, bimbang juga duit gaji yang diterima tidak mampu bertahan hingga hujung bulan.
Maklumlah sana sini harga barangan naik dan ditambah pula dengan desakan hidup masa kini memerlukan kita sebagai pengguna membuat pilihan yang bijak untuk pastikan kos perbelanjaan bulanan untuk keluarga tidak membebankan.
Hal yang demikian menjadikan ada sebahagiannya tidak lagi mengutamakan kualiti produk dan memadai membeli asalkan murah. Namun ada juga yang keliru, sama ada perlu atau tidak membeli barangan yang mahal sedikit namun puas hati dengan kualitinya. Ini seperti peribahasa ada mengatakan alah membeli menang memakai.
Tak perlu nak pening kepala untuk membuat pilihan sama ada utamakan kualiti atau harga. Hakikatnya kedua-duanya anda boleh dapatkan serentak bila berbelanja di pasaraya Lotus’s.
Ini bertepatan dengan hasrat Lotus’s untuk membantu pelanggan setianya memenuhi keperluan keluarga dengan menawarkan produk pada harga yang berpatutan.
Bahkan, Lotus’s telah menggunakan kepakaran tertentu untuk mendapatkan dan membekalkan barangan yang dijamin keunggulannya, diperbuat oleh pakar-pakar terhebat dan hanya menggunakan bahan-bahan yang terpilih dan berkualiti.
Semua Ada Di Lotus’s
Seperti mana umum ketahui Lotus’s ada semua produk yang dicari oleh setiap keluarga bukan sahaja barangan dapur malah produk makanan kesihatan, barangan penjagaan diri, bahan pencuci dan bermacam-macam lagi ditawarkan di bawah satu bumbung dengan harga yang berpatutan.
Apatah lagi Lotus’s bukanlah pasaraya baharu memandangkan sebelum ini ia dikenali sebagai Tesco yang menawarkan rangkaian produk berkualiti tetapi dengan harga yang murah. Kelebihan yang dijanjikan ini tentunya memberikan 1001 kelebihan dan keistimewaan untuk anda seisi keluarga berbelanja di Lotus’s dan ianya tidak perlu diragui.
Kualiti Yang Diyakini & Harga Terendah
Jika sebelum ini anda sekeluarga pernah menggunakan produk jenama Tesco pasti sudah tahu kualiti barangannya. Lotus’s juga menjanjikan perkara yang sama bahkan apa yang lebih hebat setiap produk Lotus’s telah dipertingkatkan lagi kualitinya demi untuk kepuasan pelanggan.
1. Lotus’s Toilet Bowl Cleaner 700ml
Antara rangkaian produk jenama Lotus’s yang menjadi pilihan utama ibu-ibu dalam hal pemilihan bahan-bahan pencuci adalah antaranya seperti Lotus’s Toilet Bowl Cleaner 700ml. Produk ini diperhebat dengan ciri istimewa bahan yang boleh melekap 50% lebih lama, boleh membunuh 99.9% kuman dan 5x tindakan pembersihan untuk memusnahkan kotoran yang sukar. Ini sekali gus menjadikan proses membersihkan mangkuk tandas lebih mudah tanpa perlu menyental. Memang puas hati!
2. Lotus’s Laundry Liquid Detergent 4.1kg
Liquid Detergent Dazzling (RM18.99)
Begitu juga dengan produk Lotus’s Laundry Liquid Detergent 4.1kg ini. Detergen cecair baharu yang dipertingkatkan dengan Duo scent yang memberikan haruman cukup menyegarkan dan tahan lama. Bahkan mampu menghilangkan kotoran degil dengan berkesan dan melindungi fabrik untuk kekal cantik warnanya.
3. Cute & Care Baby Pants
Baby Diaper Pants/tape (RM24.99)
Produk jenama Lotus’s juga mendapat tempat dihati ibu-ibu yang mencari lampin buang yang mudah digunakan Cute & Care Baby Pants yang didatangkan dengan empat saiz berbeza, iaitu M,L,XL,XXL.
Belian yang cukup menguntungkan dan kualiti produk tidak dapat dinafikan lagi melalui pengalaman ibu-ibu sebelum ini yang setia menggunakan produk ini sekian lama.
Buat anda yang suka memasak juga tentu akan berpuas hati dengan pembelian Lotus’s minced chicken yang lebih segar dan juicy yang pastinya bila dimasak akan memberi rasa lebih enak pada hidangan.
Bukan sahaja aspek kualiti produk diberi perhatian oleh Lotus’s malah pembungkusan produk juga diambil berat agar lebih mesra alam. Umpamanya produk Lotus’s chicken lasagna ini. Jika sebelum ini pembungkusanya tidak boleh dikitar semula namun kini diperhebat dengan material yang lebih selamat untuk dikitar semula. Begitu juga dengan pilihan Lotus’s beef lasagna ini.
Chicken Lasagne (RM6.99)
Harga yang tertera pada produk mungkin berubah atau berbeza mengikut harga semasa.
Semua ini tersedia untuk anda miliki dengan tawaran harga yang cukup berbaloi di pasaraya Lotus’s. Lotus’s menjanjikan produk yang berkualiti dengan harga yang mampu milik dan ini sekali gus menjadikan pelanggan terus setia walaupun sudah bertukar nama namun Pasaraya Lotus’s tetap jadi pilihan utama.
Produk yang berkualiti kita dapat, harga pun puas hati!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...