Luahan hati seorang anak yang telah kehilangan kasih seorang ibu ini cukup terkesan di jiwa. Beberapa tahun yang lalu, ibunya disahkan mengidap kanser payudara dan ini dianggap ujian yang cukup besar untuk mereka tiga beradik hinggalah pada satu hari doktor menyampaikan perkhabaran yang sungguh memilukan bila mana dikatakan ibunya hanya ada 3 hari lagi.
Ikuti perkongsian selanjutnya.
Beberapa tahun lepas sejak arwah mak sakit beria bila payudara yang dah dibuang sebelah akibat kanser melarat pula ke sebelah lagi, kami 3 beradik mula berkampung di hospital putrajaya.
Bergilir-gilir lah kami waktu itu mengikut shift masing-masing. Kebiasaannya Kak Eli kena shift malam sebab masa itu Malaeka masih belum sekolah jadi esoknya tak perlu kalut macam adik beradik yang lain.
Bila weekend dapatlah Kak Eli shift pagi, rotate semula jadual dengan kakak dan abang. Yang penting arwah mak tak pernah ditinggalkan seorang diri dalam wad walaupun dalam 1 wad tu ada 3 pesakit lain.
Cuma Ada 3 Hari
Ada satu pagi tu, Kak Eli tiba di wad dan kebetulan ada doktor perempuan yang baru keluar dari bilik mak. Dia tarik tangan Kak Eli dan bawa ke sudut dinding.
‘Saya nak beritahu ni, mak awak cuma ada 3 hari saja lagi. Beri dia makan apa dia nak makan, bagitahu saudara mara dan kawan-kawan dia, saya nak awak dan adik beradik awak ready.’
Awak, awak dan awak, Andai ditoreh pipi Kak Eli waktu tu memang rasanya takkan keluar darah. Lembik dan longgar terus lutut dan rasanya kalau tak kawal mungkin Kak Eli dah rebah kelantai.
Ingin sekali Kak Eli tampar muka doktor waktu itu. How dare you, how could you say that to my mother?
Tapi Kak Eli berterima kasih pada doktor tu sebab sebenarnya dia sudah memberi hint pada kami adik beradik yang kami hanya ada 3 hari saja lagi untuk berbakti untuk mak.Hanya ada 3 hari untuk mengisytiharkan dan mempersembahkan cinta yang paling tulus kepada mak.
Kak Eli masuk bilik wad mak dan mak tersenyum ceria seperti biasa. Kak Eli tenung dia, this is the moment when a word doesn’t come to me. Kelu.
Mak masih ceria, tanya mana Malaeka? Tanya itu ini dan tiada langsung pernah mengeluh dan menyatakan sakit.
Menagis Semahunya
Kak Eli bagitahu ada barang tertinggal dalam kereta dan nak ambil sekejap. Sampai saja di parking kereta terus Kak Eli meraung bagai nak gila di situ.
Telefon adik beradik dan kami pakat menangis bersama-sama dan semua nekad takkan ada shift dah selepas ini. Semua adik beradik mesti ada disisi mak pada waktu genting begini.
Ads
Naik semula atas, makcik di sebelah katil mak dah beberapa hari tak sedar, bergantung pada oksigen sepenuhnya. Anak perempuan beliau setiap hari tanpa gagal menemani mak dia tu.
Tapi waktu tu, dia sibuk baca suratkhabar di sebelah mak dia. Mak Kak Eli toleh pada katil sebelah dan tegur perempuan tersebut.
‘Adik cuba tengok mak tu, makcik rasa mak tu dah tak ada.’
Ringkas saja ayat mak, dan perempuan tu bingkas panggil mak dia.
‘Mak, mak, makkkkkkkk!!!’
Dia jerit pada nurse dan bila mereka datang doktor sahkan mak dia baru saja meninggal, waktu dia sedang leka membaca suratkhabar.
Betullah ajal itu tidak kita sangka dan kalau bukan rezeki kita dapat mengadap saat-saat terakhir kematian ibu bapa kita, memang takkan dapat walaupun kita hanya disebelah.
Berpuluh tahun mak bekerja di hospital, sedikit sebanyak pengalaman mematangkan dia. Mak minta Kak Eli ambil handbag dia dan keluarkan duit untuk sedekah pada perempuan tu.
Mak, mak tau tak doktor cakap mak ada 3 hari lagi dan mak masih tak lupa nak bersedekah jariah waktu ini? Tak, Kak Eli dan adik beradik sikitpun tak berbunyi pasal ni. Kami buat macam biasa saja.
Masa Kian Suntuk
Ads
Malam tu mak kata dia sakit belakang, dia suruh panggilkan doktor dan doktor ambik darah dia dari belakang bahu.
Doktor tu termenung lama kemudian dia cakap ‘saya minta maaf ya opah, saya tak dapat nak bantu opah. Tak mampu nak legakan opah’
Kak Eli masih ingat nama dia. Doktor Lisa.
Semua doktor yang merawat mak bahasakan diri dia sebagai opah sebab mak is over peramah. Dan para doktor memang selalu bagi special treatment pada emak walaupun sibuk.
Mak kata ‘eh tak apa doktor. Inipun opah dah lega sangat. Terima kasih ya.’
Kak Eli dan adik beradik meraung lagi dibelakang dia.
Hari kedua dan ketiga, mak dah kerap penat. Saudara mara dan kawan-kawan mak penuh setiap masa datang melawat sampai mak tak boleh nak tidur. Dia masih gagah melayan bersembang dan tersenyum.
Malam terakhir dia mintak morfin dose tinggi sebab nak berehat. Tapi waktu itu malaikat maut mungkin sudah menyapa, menunggu masa untuk mencabut nyawa. Mak tak boleh nak lelap.
Esoknya pukul 11.32 malam mak pergi selamanya sambil menyebut Allah Allah Allah tanpa henti. Setelah kami teresak-esak meminta ampun bergilir-gilir setiap seorang dan mak jawab,
‘anak-anak mak tak ada dosa dengan mak. Kenapa menangis, janganlah menangis’
Ads
Betul kata doktor, mak cuma ada 3 hari saja di dunia yang fana ini. Meninggalkan kami terpinga-pinga tetapi sudah bersedia.
Kak Eli ingat lagi selepas itu kami berpeluk 3 beradik dan menangis teresak-esak sehingga makcik yang kanser leher didepan katil mak menenangkan kami. Makcik tu tak boleh bercakap dah, tapi dia guna isyarat tangan.
Sungguh, kematian itu satu perkara yang hebat dan besar. Ia mengubah kehidupan kita yang masih di dunia ini dengan sakit merindu.
Percaturan Hidup Yang Tersusun Indah
Kak Eli memilih untuk berhenti kerja, tinggalkan rumah sendiri di kota damansara begitu saja dan balik ke Jerantut supaya dekat dengan kubur mak.
Dengan harapan bila duduk di rumah dia ni dapatlah melepaskan rindu bila tengok tombol pintu bilik dia, tengok pokok orked dia. Apa sajalah yang dia tinggalkan.
Sakit merindu yang takkan surut sambil merenung dosa yang segunung banyaknya pada mak, dengan air mata yang tak pernah kering tiap kali terkenangkan dia, Allah hadirkan Amanda Safiya.
Dia lahir genap setahun selepas mak pergi, di tarikh yang sama mak pergi, di jam yang hampir sama mak pergi, dan dia mewarisi banyak persamaan dengan mak.
Sama rupa paras dan warna kulit, sama peramah, sama terlebih mengambil berat pada orang lain, sama berhati tisu, sama bila part membebel sampai sakit rasa telinga ya ampun.
Ya Amanda adalah seperti jelmaan arwah mak.Tuhan ambil satu dan kemudian dia gantikan dengan yang hampir sama dalam versi berbeza. Bagai disusun cantik semua percaturan tuhan untuk Kak Eli. Sesungguhnya Dia maha baik.
Dan kami abadikan nama dia seakan nama arwah mak. Bila jiran-jiran tengok Amanda mereka akan kata eh sama rupa arwah kak Piah. Maka semua pakat panggil Amanda kak Piah dan makcik Piah.Ajaibnya si Amanda ni menyahut la pulak.
Lahirnya dia adalah kesyukuran dan dalam masa yang sama akan sentiasa ingatkan Kak Eli dan adik beradik bahawa tarikh inilah arwah mak pergi meninggalkan kami jauh ke negeri kekal abadi.
Kepada yang masih ada emak, berbaktilah sehabis daya seolah esok hari terakhir kita bersama dia.
sumber : Suhaili Baharudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nora Danish berkongsi ucapan istimewa buat Mohamed Neqayl Nedim Nazri atau lebih mesra dipanggil NeyNey bersempena hari lahir keempat anaknya itu.
Sebagai ibu, tiada ucapan yang lebih bermakna buat si anak selain mendoakan kebaikan dan kebahagiaan anak bongsunya itu yang diharapkan menjadi anak soleh sekali gus mampu membawa ahli keluarganya ke syurga.
“Kamu tahu ibu sangat menyayangi kamu. Mommy akan sentiasa doakan kebahagiaan adik, dilindungi dunia akhirat, dipanjangkan umur, menjadi anak yg soleh..
“…dikelilingi hamba2 Allah yang membawa kebaikan. Disayangi ramai dan menyayangi. Menjadi anak yang boleh mommy daddy popua oma ke syurga ok sayang? InsyaaAllah,” coret Nora menerusi kapsyennya.
Nora dalam masa yang sama meninggalkan pesanan buat anaknya itu supaya tidak mempermainkan hati wanita apabila meningkat dewasa kelak selain perlu menjaga solat serta mempelajari ilmu agama dengan sebaiknya.
“Yang penting jgn kecewakan hati wanita bila besar nanti dengan mata manja , mulut manis awak tu? Faham! Hehe. Love u sweetheart,
“From pumpkin to volcano then tornado n now michael jackson.
“Nanti bila besar harap jadi anak yg pintar ok booboo. Pandai menilai mana yg baik dan buruk. Jaga solat sayang. N jadilah manusia yg suka membaca dan menghafal Al-Quran. I love u !,” Tulisnya lagi.
Nora turut berkongsi luahan berkenaan umurnya kini sudah memasuki usia 40 tahun.
#ney2turns4 Alhamdullilah syukur Ya Allah. N mommy turns 40 soon. Hmmmmmmmm 😩🥰 tawu kawin awal buat anak byk byk hahaha.
“And thank u everyone yg wish ney2 n doakan ney2. Sayang semua uncles n aunties 🤍🤍
Fasha Sandha meluahkan rasa sebak dan terharu tatkala melihat betapa eratnya persahabatan antara si anak dengan kawan-kawannya.
Perkongsian isteri kesayangan Aidil Aziz dimuat naik menerusi laman instagramnya yang turut disertakan bersama sekeping video.
Di dalam video tersebut, kelihatan anak Fasha yang bernama Jemyma atau nama sebenarnya Putri Raysha Jemyma dipeluk erat oleh seorang kawannya usai selesai menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.
“Finally, after ten days of quarantine .Hard times will always reveal true friends 😆 Nangis aku tengok scene ni. Sumpah!
‘”Haih, bila bad times baru kita tau, siapalah kawan yang betul2 kawan, siapa yang langsung tak peduli, siapa yang selalu drop by depan rumah tanya khabar, siapa yang takut dengan kita, suprisingly, yang rapat tu lah yang tak peduli dan takut dgn kita 😉 . Tanya khabar pun tak 😆 😆
Pelakon Dendam Seorang isteri ini dalam masa yang sama turut menitipkan ucapan terima kasih buat rakan-rakan anaknya.
“Thank you darling chanela and Elsa Erisa, and Nurin. i love four of you more and more now. “Setiap hari lalu tanya khabar, tanya bila Diorng boleh keluar main sama, tanya sihat ke tak.. tersentuh hati ibu, 💜
“Kepada yang bertanya, yes anak2 sy quarantine selepas salah sorang budak dari sekolah + covid. Alhamdulillah anak2 saya sihat, negative dan habis quarantine . Syukur Alhamdulillah,”demikian perkongsian Fasha menerusi laman instagramnya.
Setiap kali memasuki bulan Ramadan, antara azam yang dibuat selain ingin meraih seberapa banyak amalan adalah untuk khatam Al Quran. Namun bagi yang bekerja, tentu sukar bagi anda membahagikan masa antara kerja dan juga membaca AlQuran.
Walaupun ada beberapa tip untuk khatam Quran sepanjang Ramadan ini, namun agak sukar untuk mengikutinya lebih-lebih lagi tenaga sewaktu bulan Ramadan ini agak lesu.
Baru-baru ini, seorang guru yang mengajar membaca al-Quran iaitu Ustaz Haji Faliq telah berkongsi empat surah yang jika dibaca pahalanya seumpama membaca keseluruhan isi al-Quran.
4 Surah yang dinyatakan agar ianya boleh diamalkan setiap hari adalah :
#1 Surah Al-Qadr
Surah ini mempunyai sebanyak lima ayat dan ia perlu dibaca sehingga habis. Jika diamalkan seseorang itu boleh memiliki ganjaran pahala 1/4 daripada membaca seluruh al-Quran.
Oleh itu jika ia dibaca sebanyak empat kali maka ganjaran pahalanya sama seperti kita membaca keseluruhan ayat di dalam al-Quran.
#2 Surah Al-Kafirun
Surah ini juga memberi ganjaran pahala sebanyak 1/4 al-Quran. Maka jika ia dibaca pada jumlah yang sama seperti surah Al-Qadr korang akan mendapat pahala seperti membaca seluruh kitab suci Allah SWT.
Ayat ini juga memiliki jumlah yang sedikit iaitu sebanyak enam ayat sahaja dan mudah untuk diingati.
#3 Surah Al-Ikhlas
Surah ini sering kali menjadi kegemaran ramai, jumlah ayat yang sedikit memudahkan seseorang untuk mengingatinya.
Malah ia juga turut sentiasa dibacakan ketika mendirikan solat. Namun tahukah korang dengan membaca surah ini dari ayat satu hingga empat individu itu akan diberikan ganjaran pahala sebanyak 1/3 dari membaca al-Quran.
Oleh itu, untuk mendapatkan pahala seperti membaca seluruh al-Quran korang boleh mengulangi membaca ayat ini sehingga tiga kali.
#4 Surah Al-Zalzalah
Bagi sesiapa yang membaca ayat ini, seseorang itu digambarkan seolah-olah telah membaca separuh al-Quran dan jika dibaca sebanyak dua kali ia sama seperti korang telah membaca kesemuanya.
Kesemua surah yang dikongsikan ini merupakan surah atau ayat lazim yang sering dibacakan ketika solat dan mempunyai jumlah ayat yang pendek.
Oleh itu, ini dapat memudahkan anda semua untuk mengamalkannya ketika mempunyai waktu yang lapang atau ingin membacanya setiap hari.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.