
Untuk pasangan yang baru berkahwin, soalan tentang zuriat semestinya menjadi topik yang sering diajukan oleh orang ramai.
Bagi penyanyi Datuk Nora Ariffin, beliau memilih untuk tidak menambah zuriat walaupun doktor memaklumkan dia masih boleh berbadan dua selepas setahun berkahwin dengan suami Dr Rushdi Ramli.
Perkara itu dikongsikan olehnya sendiri di satu perkongsian baru di laman Instagramnya.
“Doktor kata boleh tambah lagi… Putri (anaknya) kata, No no! Tak nak.
“Cukuplah bagi dekat orang muda sahaja. Lebih best main dengan anak-anak dan cucu,” tulis Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin.
Bakal memasuki fasa 50-an, penyanyi lagu Hanya Satu itu memilih untuk fokus terhadap amal ibadah selain menjalani kehidupan bersama suami tercinta.
“Usia 50-an lebih baik tambah amal ibadah, enjoy life, layan & support suami itu lebih baik,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya (UM) pada Disember 2021.
Sebelum itu, dia berkahwin dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat anak namun arwah suaminya meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Pada 13 Disember 2019 pula, Nora sekali lagi diduga apabila anak keduanya Muhammad Syakir Aliff meninggal dunia secara mengejut.
Sumber: Instagram Nora Ariffin
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
Sempat Rakam Kipas Hidup Sendiri, Anak Nampak ‘Kakak’. Wanita Ajak Suami Pindah Rumah Waktu Sarat Hamil

Sedar tak sedar, di sekeliling kita ada entiti yang tak mampu dilihat dengan mata kasar. Adakalanya, dia akan ‘menegur’ kita dengan cara buat bunyi-bunyian atau menggerakkan sesuatu objek. Misalnya yang terjadi pada ibu ini berkongsi pengalamannya diganggu ketika berada di rumah.
Sempat merakamkan kejadian misteri tersebut, pengguna aplikasi Tiktok yang menggunakan akaun arinayasminhassan memuatnaik sebuah video kipas di rumahnya bergerak sendiri meskipun telah dicabut suis masih lagi berputar seperti dipasang.
Yang peliknya, kipas yang hidup sendiri tersebut akan terhenti berpusing sejurus berada tepat menghadap Arina. Dia menjelaskan bahawa sempat merakam kejadian mistik itu sewaktu sedang mengemas rumah untuk berpindah keluar untuk tunjuk pada suaminya.
Watch on TikTok
Tambahan pula, sebelum ini dia menceritakan pelbagai gangguan yang terpaksa dihadapi sewaktu tinggal di rumah berkenaan.
Maklum Arina, anaknya yang berusia setahun setengah sering diganggu dan menunjukkan tempat di dalam rumah dengan bercakap “kakak”. Adakala pintu grill rumah diketuk namun tiada orang sewaktu diperiksa oleh suaminya dan mainan bergerak dengan sendirinya.
Watch on TikTok
Difahamkan, sebab utama dia mengambil keputusan untuk berpindah dari rumah tersebut kerana disebabkan dia sedang sarat mengandung pada ketika itu.
Rata-rata pengguna TikTok lain meluahkan rasa ingin tahu dengan kejadian tersebut dan ada juga yang memberikan saranan serta doa.
Sumber: TikTok arinayasminhassan
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini
Rumah Dibina Terbengkalai, Undang Kecewa Satu Keluarga! Nak Selamat, Cuba Ikut Tip Ni.

Hujung-hujung tahun ini biasanya ramai orang akan ubahsuai rumah. Maklumlah sejak awal tahun lagi menyimpan wang dan ditambah pula bonus yang diperoleh, dapatlah realisasikan hasrat untuk lakukan transformasi ruang kediaman. Ada yang bercadang hendak besarkan porch supaya parking kereta boleh muat lebih daripada satu kereta. Ada yang ingin bina pagar rumah, ada juga yang ingin besarkan ruang dapur untuk nampak lebih moden, naik taraf daripada rumah setingkat menjadi dua tingkat, malah bermacam-macam lagi kerja ubah suai dilakukan.
Dalam hal ini, pemilihan kontraktor adalah sangat penting. Jadi bagaimana hendak pastikan kontraktor yang di pilih ini adalah yang paling tepat dan boleh dipercayai untuk membina kediaman anda. Memandang, telah banyak kita terbaca cerita dalam media sosial mengenai rumah terbengkalai gara-gara salah pilih kontraktor. Duit habis namun istana yang diimpikan tidak siap. Kontraktor lari dan lesap begitu sahaja.
Untuk itu, ikuti tip yang dikongsi oleh Mahanom Mohammad yang juga merupakan salah seorang kontraktor untuk kebaikan bersama.
[su_highlight background=”#f6f5e7″ color=”#290e8d”]Ini jawapannya, 9 Tip Memilih Kontraktor[/su_highlight]
Tip 1 – Kontraktor yang jujur akan beri sebut harga yang jelas dan diperincikan spesifikasi kerja.
Contohnya Jika tertulis bina dinding – pastikan ada disebut keluasan dinding yang mahu dibina. Jika disebut kerja pendawaian minta butir soketnya. Semuanya perlu kuantiti dan harga.
Tip 2 – Kontraktor yang serius dengan bisnesnya mempunyai cara hubungi yang jelas dan tepat.
Tidak samar-samar. No Telefonnya tidak sentiasa berubah. Alamat perniagaannya mudah dijumpa.
Jika dia punya akaun media sosial (FB, Twitter, Insta, dsb), akaun medianya jelas menunjukkan ia memang seorang kontraktor.
Tip 3 – Kontraktor yang punya tukang-tukang mahir dalam kerja mereka. Tukang-tukang ini juga tidak menimbulkan masalah sosial kepada pelanggan.
Malah tukang-tukang ini mampu bekerja dibawah pengawasan minimun kontraktor. Jadi pelanggan tidak perlu risau jika kontraktor demam, kerja tetap dapat berjalan.
**Jika kontraktor itu baru dalam industri, sekurang-kurangnya ia mempunyai tim pasukan kerja atau seorang penolong pengurusnya.
Tip 4 – Kontraktor yang mampu beri pelanggan satu kontrak ringkas menyatakan skop kerja, nilai kerja, terma bayaran, tempoh masa dan persetujuan lain antara kontraktor dan pelanggan.
Tip 5 – Kontraktor mestilah bersedia untuk bekerjasama dengan pihak ketiga yang dilantik pelanggan dalam kerja mereka. Selagi orang ketiga itu tidak mengganggu skop kerja kontraktor.
Tip 6 – Kontraktor mestilah mampu bekerja dalam situasi tempat kerja yang disediakan pelanggan.
Andai pelanggan tinggal didalam kediaman yang hendak diubahsuai, satu persetujuan bersama hendaklah dicapai.
Ini bagi menggelakkan kontraktor mengeluarkan bil tambahan yang tidak dipersetujui dan menimbulkan sakit hati.
Tip 7 – Kontraktor faham undang-undang dan pematuhan yang melibatkan kerja-kerja yang dilakukan untuk pelanggan.
Andai ada denda atau saman akibat salah laku, kontraktor mestilah bersedia menanggung risiko dan beban kesalahan tersebut.
Tip 8 – Kontraktor mampu menyimpan rahsia mengenai pelanggan. Dia tidak sewenangnya mendedahkan kerja-kerja yang dilakukan untuk pelanggan tanpa kebenaran dari pelanggan sendiri.
Tip 9 – Kontraktor tiada masalah dengan pelanggan-pelanggannya sebelum ini. Atau dengan pembekal barangan. Malah dengan pekerjanya juga.
Sumber : Mahanom Mohammad
“Jangan Tukar Kerja, Pakai Kereta Lama Dan Jangan Buat Hutang.” Cara Nak Bertahan Waktu Gawat, Deep Perkongsian Ni!

Tidak dinafikan sejak pandemik melanda seluruh dunia tahun lepas ramai yang terkesan terutama aspek ekonomi.

Dalam keadaan sekarang, perlu ada dua semangat iaitu MENYERANG dan BERTAHAN. Jika kita tidak mampu menyerang. Kita harus memiliki semangat untuk bertahan.
Jangan sesekali MENYERAH kalah pada keadaan ekonomi perlahan begini. Cuba bertahan dengan lakukan ini kawan kawan,
1. Jangan Tukar Kerja.
Walau kita tak suka sangat dengan gaya tudung boss kita. Cuba bertahan dan lihat sisi baiknya seperti dia tetap gosok tudung dan tak berkedut, gittew.
2. Pakai Sahaja Kereta Lama.
Walaupun raya dah tak lama, duit dah cukup, anak dah bertambah, isteri dah ‘membesar’, cubalah bertahan dengan kereta yang sedia ada. Jika teruk sangat sampai kena tolak baru jalan, sewakan saja untuk jalan jalan nantinya. Tak usah beli dulu diwaktu bertahan ini.
3. Belajar Masak Sendiri
Tak sedap macam manapun makanan kita, kita masih boleh belajar. belum ada dalam sejarah orang meninggal sebab tak sedap makan. tetapi ramai yang meninggal sebab tak ada makanan. Dapat?
4. Jangan Bina Hutang Dulu.
Bila ekonomi perlahan, boleh bina hutang bagi orang yang pintar urus wang. Bagi golongan biasa elakkan bina hutang baru. lebih baik bina cinta buat kerluarga, jaga mereka dan beri perhatian walaupun hidup kita susah amat. itu lebih berharga
5. Berhenti Merungut.
Merungut ini langsung tidak jana duit dalam akaun kita, dengan merungut juga minda kita tidak bercambah dan kretif jadinya. Berhenti, belajar cipta peluang. sekarang musim susah, apa peluang baik untuk bantu orang? dari membantu orang banyak peluang akan terbuka kawan kawan.
6. Banyakkan Sedekah
Dalam sedekah tiada logik akal, yang ada hanyalah magic akal. Matematik mengajar setiap yang ada jika diberikan akan berkurangan, tetapi agama mengajar setiap pemberian akan bertambah berganda ganda. Nak ikut logik akal atau kembali beragama?
7. Belajar Ilmu Kewangan
Nak makanan sedap, kita kena belajar. Nak kekal bahagia, kita kena belajar. Nak pandai memandu, kita belajar bawa kereta. Nak bagi orang sayang kita kena bagi bunga. Nak kahwin, mesti pergi kursus kahwin. Semua kena belajar, tetapi bab duit yang tiap hari kita pegang nak beli buku satu pun kita rasa rugi amat. hah, ambik kau, kan dah kena.
8. Urus Dana Kecemasan Dengan Baik.
Waktu gawat begini, duit yang ada perlu diurus dengan baik. Jangan mengurus dana kecemasan sama macam kehidupan harian sebelum ini.
9. Tangguh Beli Rumah Mewah
Jika ada impian beli rumah yang ada kolam macam dalam drama, tangguhkan dulu buat seketika. Jika nak beli rumah yang harga sampai separuh juta, jika dapat batalkan dulu pun tak mengapa. Gawat kali ini luar biasa, hiduplah secara sederhana untuk masa depan keluarga.
Jika tidak dapat jana pendapatan, dapat bertahan pun sudah cukup baik untuk kita sekeluarga kawan kawan.
Ingat pesanan ini, banyak kenangan manis di cipta waktu susah bukan waktu bahagia.
Bertahanlah tetapi jangan sesekali menyerah kalah.
Sumber: Azizul Azli Ahmad