Adakah anak anda kerap batuk walaupun sudah mendapat rawatan doktor? Hal ini tentu membuatkan kita tertanya-tanya mengapa kesihatan anak kerap terganggu.
Berkongsi kembimbangan mengenai masalah anak yang sering batuk meskipun telah makan ubat dan diberi rawatan, ada baiknya baca terlebih dahulu perkongsian daripada Dr Samhan ini untuk info bersama.
“Doktor, anak saya ini dah berbulan batuk. Jumpa doktor, doktor bagi neb, baik sekejap. Lepas tu batuk balik”
“Ala kesiannya. Umur baru 10 bulan. Ayahnya merokok tak?”
“Dulu merokok sekarang hisap vape. Tapi dia tak hisap depan anak. Biasa dia hisap luar rumah”
Jauh disudut hati, saya cukup kasihan dengan anak ini. Tanpa sedar anak ini adalah perokok ketiga dan sedang menghisap sisa asap basi. Kasihan! Rokok elektronik mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus.
Sisa Asap Basi (SAB)
Sisa Asap Basi (SAB) atau Third Hand Smoke merupakan sisa tembakau yang melekat kepada kulit, baju dan rambut.
SAB mengandungi bahan-bahan toksik yang berkemungkinan akan menjadi lebih toksik dari semasa ke semasa setelah berlaku perubahan kompaun kimia.
Kanak-kanak lebih mudah terdedah kepada risiko SAB berbanding dengan dewasa oleh kerana sistem imun, organ dan perkembangan tingkah laku yang belum cukup matang.
Ads
SAB menjadi ancaman kepada bidang kesihatan termasuk punca peningkatan risiko cancer.
Vape adalah lebih selamat dari rokok bukan?
Rokok elektronik atau “vape” mengandungi propylene glycol, vegetable glycerin, logam berat dan partikel ultra halus.
Semua bahan ini adalah berbahaya untuk kesihatan dan membuktikan bahawa rokok elektronik tidak lebih selamat dari rokok.
Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri.
Perokok kedua pula adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama.
Perokok ketiga adalah mereka yang terdedah pada saki baki asap rokok selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua.
Ads
Sisa asap rokok adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.
Jadi jangan anda fikir bahawa anak anda terlepas dari menjadi perokok ketiga walaupun anda merokok di luar rumah.
Kesan- Kesan SAB
Salah satu kesan SAB adalah potensi mati mengejut. The Health Consequence of Tobacco Use melaporkan kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok mahupun bayi yang dalam kandungan.
Kesan yang kedua adalah serangan lelah. Bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan menghidap lelah (asthma) jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok.
Kesan seterusnya adalah jangkitan paru-paru. Anak boleh terdedah kepada masalah keradangan paru-paru (bronkitis). Lebih kronik lagi, ia boleh bertukar kepada penyakit lebih serius seperti pneumonia di mana mula mengalami demam, batuk, meragam, tidak mahu minum susu dan aktif.
Jadilah rakyat yang prihatin dan ibu bapa yang bertanggungjawab dan kongsi artikel ini kepada orang yang disayangi.
Mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat yang mudah larut.
Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.
Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.
Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti :
1. Menghalang pembinaan plak kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru.
3. Menguatkan tulang dengan menambah pada mineral pada tulang.
4. Mengekalkan berat badan.
5. Mengurangkan kekerapan mendapat asma.
6. Mengurangkan risiko mendapat penyakit barah.
Kesimpulannya, epal hijau sangat bagus untuk mengekalkan kesihatan yang baik, cuma harganya agak mahal sedikit berbanding dengan buah-buahan tempatan.
Serangan jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis terus menjadi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang menjadi penyebab utama kematian di negara ini.
Malah serangan jantung bukan lagi penyakit yang menyerang warga tua. Sebaliknya turut berlaku kepada individu baharu berusia 30-an meninggal dunia akibat penyakit itu.
Ikuti perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai perkara ini. Apa yang perlu diketahui untuk memberi kesedaran kepada kita tentang bahaya pembunuh secara senyap ini.
BAHAYA SERANGAN SAKIT JANTUNG YANG SENYAP.
Kita boleh diserang sakit jantung tanpa mengetahui yang kita sedang mengalaminya.
Paling menakutkan apabila ada di antara mereka yang diserang sakit jantung secara senyap, meninggal dunia ketika tidur.
Serangan sakit jantung dalam secara senyap atau “silent myocardial infarction (SMI)” mencatatkan 45% dari keseluruhan jumlah serangan sakit jantung. Wanita juga tidak terlepas dari masalah ini walau pun kebanyakan mangsa adalah lelaki.
Apa yang dimaksudkan sebagai senyap? Ia merujuk kepada ketiadaan tanda-tanda yang biasa dialami oleh mangsa serangan sakit jantung ini.
Sebagai contoh, mereka tidak rasa sakit dada yang kuat, tiada rasa sakit pada bahu, lengan atau leher, tiada berpeluh dan tiada susah nafas.
Hanya mengalami tanda sakit dada yang ringan atau lebih kepada rasa tidak selesa pada dada, dan kadang kala rasa letih sepanjang hari atau rada loya dan muntah saja.
Rasa sakit dada yang ringan ini boleh disalah diagnosa sebagai gastrik.
Ramai juga yang membiarkan tanda-tanda ini kerana menyangka ia adalah tanda-tanda yang tidak berbahaya.
Mereka beralasan mungkin mereka tidak cukup tidur, atau tidak cukup rehat atau mungkin sebab stress. Mereka tidur, akhirnya mendapat serangan yang lebih kuat dan meninggal dunia.
Jadi jika kita sudah semakin berusia, dan mempunyai sakit dada walaupun hanya ringan, buatlah pemeriksaan doktor. Jangan biarkan.
Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diakui tiada siapa yang kebal atau boleh terlepas daripada cengkaman pandemik Covid-19 ini. Terbaharu Covid-19 ini turut ‘menyerang’ arena bola sepak negara dengan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ini seperti yang dikongsikan menerusi insta Story @hrhcrownprinceofjohor, memaklumkan bahawa selama dua minggu pemilik JDT itu berusaha melawan jangkitan Covid-19.
Katanya, beberapa minggu beliau berada dalam keadaan membabitkan fizikal dan mental dalam usaha melawan penyakit terbabit.
Namun, akhirnya pemilik JDT itu berjaya pulih dan sihat kembali seterusnya dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
“Beberapa minggu berada dalam fasa membabitkan fizikal dan mental. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan.
“Tapi sekarang, selepas dua minggu Covid…The Tiger(Harimau) kembali,” katanya.
Terdahulu pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) boleh dikatakan ‘lumpuh’ menjelang saingan Piala Malaysia bersambung hujung bulan ini apabila 20 pemain dan empat pegawai disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
Menerusi kenyataan media Negeri Sembilan FC memaklumkan bahawa pasukan itu terpaksa menarik diri daripada beraksi pada baki perlawanan Piala Malaysia yang akan bersambung hujung bulan ini.
Hal ini kerana, juara Liga Perdana itu terpaksa berehat panjang selepas perlu menjalani kuarantin wajib 10 hari di rumah dengan dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.