Abby Abadi selamat melahirkan bayi lelaki pagi tadi. Berita tersebut dimuat naik oleh suaminya Mohd Faizal menerusi laman instagramnya sebentar tadi.
Abby sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat masalah darah tinggi yang tidak terkawal. Pagi tadi, dia dikhabarkan mengalami masalah turun darah dan kemungkinan terpaksa dibedah.
Berita tersebut dikongsikan oleh Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Manakala di laman intagram Mohd Faizal atau Jaezzany memohon semua mendoakan isterinya dan bakal anak selamat.
Ya Allah Kau selamatkan My Love @abby_abadi112 dan zuriatku
.
Permudahkan segala2 urusan…Kau yang lebih berkuasa, Kau yang lebih mengetahui.
.
Saya sebagai suami..mohon ampunkan segala salah silap Abby ya..
.
Doakan semuanya selamat
Tepat jam 10.43 pagi, Abby selamat melahirkan bayinya.Namun disebabkan pramatang dan seberat 535 gram sahaja, bayi tersebut berada di NICU.
Alhamdullilah Allah permudahkan segala2nya
.
1043 pagi…Baby Boy
.
My Love @abby_abadi112 dalam keadaan stabil…BP pun dh turun
.
Doakan yang terbaik untuk Baby….sekarang berada dalam NICU
.
Mohon doa sahabat2 semua untuk Abby & Baby ya…”Demikian perkongsian dari Jaiezzany menerusi laman instagramnya.
Sumber: jaiezzany