Seorang demi seorang selebriti wanita yang mengambil langkah memakai hijab. Sebelum ini Hannah Delisha, Cik Manggis, Kilafairy dan Dahlia Shazwan dan terbaru penampilan Zara Zya memakai hijab mengejutkan ramai pihak.
Rata-rata peminatnya meluahkan rasa gembira dan mengharapkan Zara terus istiqamah. Jumaat lepas, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menerusi Instagram berkongsi gambar yang mengenakan tudung dengan baju kurung rona merah.
Apa yang mengundang perhatian ramai adalah kapsyen yang dimuat naik Zara akan perihal doa yang cepat atau lambat dimakbulkan Tuhan juga bagai memberi satu bayangan wanita berbakat besar ini sudah bertudung.
Malah beberapa perkongsian seterusnya menguatkan lagi tanggapan ramai yang pelakon ini sudah berhijrah dengan berhijab. Mengukuhkan hal itu juga, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Love You Mr Arrogant ini sudah mula menjual pakaian lamanya seperti yang dikongsi di IG Story pada malam Rabu lalu.
“Saya belum pantas mengiyakan perkara itu. Tapi saya memang ke arah itu. Jujur saya masih dalam proses membiasakan diri untuk penghijrahan ini.
“Doa yang baik baik. InsyaAllah,” katanya merendah diri.
Berkongsi perubahan itu, Zara yang turut ligat di dapur dengan kebolehan memasak mengakui semua berlaku atas gerakan hati sendiri
“Keputusan ini juga saya fikir bukan sesuatu yang perlu dilengahkan. Semoga niat ini dipermudahkan. Saya juga tak mahu berbolak balik dalam hal tuntutan ini. Saya sempat menjalani penggambaran drama untuk TV3 berjudul Beri Sedikit Waktu dan tamat Jumaat lalu.
Ads
“Malah kerana keputusan ini juga saya putuskan untuk menolak beberapa tawaran berlakon yang kurang sesuai,” kata pemilik restoran Zarazyacooks di Setia Alam itu.
Menurut Zara lagi, ketika ini hatinya sangat kuat untuk berubah termasuk menutup aurat.
Ads
“Saya selalu dengar cerita soal istiqamah ini bukan mudah. Saya harap Tuhan akan tetapkan hati ini. InsyaAllah perlahan demi perlahan saya akan terus belajar menjadi lebih baik daripada semalam.
“Bahkan saya juga tak ada rasa sayang langsung untuk melepaskan baju lama ketika tidak bertudung.
Ads
“Sejujurnya saat hati ini sudah rasa tak sabar nak pakai tudung, saya berdoa moga ini akan jadi satu permulaan lembaran yang baik,” katanya.
Tegas Zara lagi, dia juga sudah tidak gentar apakah keputusan bertudung akan menyekat rezeki pada waktu hadapan.
“Saya langsung tidak terfikir soal ada tawaran kerja seni atau tidak. Saya percaya pada rezeki. Saya mohon doa yang baik baik untuk keputusan ini,” katanya yang pernah beberapa kali diberi tawaran watak bertudung sebelum ini.
Kata Zara lagi, ketika ini juga dia mula memperuntukkan bajet untuk membeli tudung dan busana bersesuaian.
“Saya memang rancak membeli tudung dan pakaian baru. Rambang mata, sebab banyak pilihan yang cantik belaka,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tak impikan keadaan rumah yang sentiasa bersih dan wangi kan? Mungkin menjadi susah untuk cantik tersusun elok jika ada anak-anak masih kecil di rumah. Tetapi setidaknya tidaklah rumah bau kepam sehingga mengganggu mood nak berehat santai di rumah, kan?
Nak wangikan rumah tak perlu nak membazir beli berbotol pewangi pun! Guna sahaja bahan apa yang ada di rumah, campur-campur settle. Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tik Tok Kozy & Lit, dengan hanya menggunakan 3 bahan berikut, kediaman bukan saja bersih malah satu rumah bau harum.
Ujarnya tip ini diperoleh dari laman Pinterest dan dicuba memandangkan semua bahan ada di rumah. Tak sangka hasilnya memang mantap! Jom cuba!
Cara bersih dan wangikan satu rumah
Bahan-bahan:
Pembersih serbaguna Ajax
Pelembut pakaian Downy
Baking soda
Air panas
Bancuh semua bahan, sukatan agak-agak saja. Boleh guna untuk lap lantai, dinding, cermin, dapur dan meja. Hasilnya memang best!
-Lantai jadi bersih berkilat
Lap dinding dengan bancuhan ini, harum bau satu rumah. Paling penting bersih.
-Lap di bahagian dapur memang hilang terus bau kepam. Boleh guna untuk lap cermin dan meja, memang berkilat hasilnya.
Tip ekstra
Kalau tak sempat basuh langsir, bancuh saja baking soda bersama dengan Downy dan air. Kemudian boleh sembur pada langsir dan sofa.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang berkongsi tip yang diberikan ini menjadi dan agak tahan lama. Malah, ada juga yang turut berkongsi tip lain untuk dicuba oleh orang ramai.
Setiap kali dapat jemputan kahwin, selain nak tengok wajah pengantin tetamu juga tak sabar nak dapat ‘buah tangan’ dari majlis tersebut.
Selain itu, tetamu khususnya kaum ibu sibuk nak melihat apakah barangan hantaran yang dibawa oleh kedua belah pihak.
Jika dahulu, barangan keperluan peribadi seperti beg tangan, kasut, baju sehinggalah ke minyak wangi menjadi pilihan raja sehari. Namun seiring dengan peredaran masa, pasangan pengantin semakin kreatif dan bijak memilih barangan yang sesuai dan tahan lama untuk digunakan selepas majlis kahwin.
Bagi anda yang meminati barangan tuppaware mungkin boleh menjadikan idea ini untuk gubahan barang hantaran. Eksklusif dan rare kan!
Jom cuci mata perkongsian dari Wan Rosni & Nur Saadah ini. Nampak menarik betul bila tuppaware dijadikan bekas gubahan hantaran. Yang lebih penting boleh guna tuppawre tersebut. Contoh idea gubahan hantaran yang cantik sangat menggunakan Tupperware
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Corak pembelajaran anak-anak kita jika dilihat turut berubah dan terkesan apabila perlaksaan PKP semenjak 18 Mac yang lalu.Anak-anak tidak dapat pergi ke sekolah untuk belajar seperti biasa.
Pun begitu, usaha guru-guru harus diberi pujian. Walau anak murid berada di rumah, namun tetap juga menunjukkan kegigihan untuk mengajar dan mendidik bahkan memberikan latihan melalui Google Classroom.
Dan siapa sangka, betapa aktifnya para guru-guru Malaysia hingga menempatkan negara di tahap ke dua dalam statistik medium tersebut.
Hal ini dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh.
Saat banyak tuduhan dilemparkan pada golongan guru sampai ada yang minta gaji cikgu dipotong, duduk saja dan sebagainya, statistik pula menunjukkan sebaliknya.
Ini fakta. Ini statistik. Ini adalah usaha sebenar guru-guru di Malaysia yang ramai orang tidak nampak. Namun statistik tidak menipu.
Nombor dua dari lebih 200 negara. Nombor dua bang, bukan dua puluh, bukan dua ratus.
Kita mengalahkan banyak negara-negara moden dan lebih maju dari kita. Kita mengalahkan negara yang kononnya memiliki kemajuan paling pesat, teknologi paling canggih dan hebat.
Kita berada di tangga ke-dua paling aktif menggunakan Google Classroom untuk sesi pembelajaran semasa tempoh satu dunia tengah darurat ini.
Tahniah semua guru-guru di Malaysia. Kalian insan hebat.
Biarkan orang terus berkata. Biarkan segelintir terus mencerca. Kita terus berkongsi ilmu tanpa jemu. Kita terus berbakti tanpa henti.
Saya bangga menjadi salah seorang guru diantara lebih 400,000 guru di Malaysia.
Tersalah beli rumah, ini nasihat apa kena buat oleh perunding hartanah. Membeli rumah adalah salah satu keputusan kewangan paling besar dalam kehidupan.