“Doakan Sarah & Anak-Anak Ya” Diiringi Keluarga, Puteri Sarah & Anak-Anak Berangkat Ke Tanah Suci

Share

Pelakon, Puteri Sarah Liyana hari ini berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu memuat naik beberapa keping foto ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Doakan Sarah dan anak-anak ya,” tulis pelakon berusia 37 tahun itu yang mengenakan penampilan serba putih

Walau bagaimanapun, kelibat suaminya Syamsul Yusof tidak kelihatan sebaliknya hanya ibu bapa serta adik beradik Sarah yang dilihat hadir mengiringi perjalanan tersebut di KLIA.

Difahamkan, ini adalah kali keenam pelakon drama Suri Hati itu menunaikan umrah dimana empat kali bersama suaminya yang juga pengarah popular sebelum memiliki cahaya mata.

Sehingga kini, dia terus menjadi perhatian ramai selepas memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul yang mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Instagram Puteri Sarah