Pelakon, Puteri Sarah Liyana hari ini berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu memuat naik beberapa keping foto ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Doakan Sarah dan anak-anak ya,” tulis pelakon berusia 37 tahun itu yang mengenakan penampilan serba putih
Walau bagaimanapun, kelibat suaminya Syamsul Yusof tidak kelihatan sebaliknya hanya ibu bapa serta adik beradik Sarah yang dilihat hadir mengiringi perjalanan tersebut di KLIA.
Difahamkan, ini adalah kali keenam pelakon drama Suri Hati itu menunaikan umrah dimana empat kali bersama suaminya yang juga pengarah popular sebelum memiliki cahaya mata.
Sehingga kini, dia terus menjadi perhatian ramai selepas memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul yang mengaku sudah berkahwin dengan seorang wanita bernama Ira Kazar di Thailand.
Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Instagram Puteri Sarah
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
Santai Je Gadis Genit Ini Angkut Tandan Kelapa Sawit, Ramai Kagum Tak Sangka.
Wanita yang ayu, lemah lembut dan sopan antara kriteria-kriteria biasa yang selalu kita dengar. Apatah lagi tidak ramai wanita yang sanggup melakukan kerja-kerja lasak seakan lelaki.
Namun tidak bagi gadis genit ini yang berusia 21 tahun ini. Nor Syazwani Nor Azman, gadis yang bertubuh kecil ini membuktikan bahawa wanita boleh melakukan kerja setanding lelaki.
Dengan berat badan 40 kilogram tidak menjadi penghalang untuk gadis manis ini mengangkat dan memunggah buah kelapa sawit boleh tahan beratnya bagaikan berat tong gas!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
NEKAD KERJA DI KEBUN
Dengan hanya memperolehi upah sekitar RM400 sebulan, dia tidak pernah merasa ralat memilih bekerja di kebun mandi peluh, gadis ini tekad untuk melakukan kerja di kebun yang kebiasaan dilakukan oleh orang lelaki tambahan pula tidak mempunyai kelulusan tinggi dalam pelajaran.
Melihat kerja lasak ini yang memerlukan tenaga yang kuat dan mampu mengangkat mengangkat setandan buah kelapa sawit yang dianggarkan seberat 25 kilogram, Syazwani memberitahu tiada makanan istimewa seperti vitamin tambahan. Sebaliknya makan apa yang dimasak oleh ibunya.
“Selain membuat kerja pemunggahan buah kelapa sawit, saya juga sedang belajar menuai daripada bapa saudara dan mahu menjadi sebahagian kemahiran jika bekerja di ladang.
“Sakit-sakit badan selepas bekerja di ladang adalah normal dan kebiasaan saya meminta ibu mengurut badan supaya segar semula.”
BANTU AYAH BUAT DAN BAIKI RUMAH
Katanya lagi, jika tidak ke kebun dia akan mengikut bapanya, Khairul Mohd Senawi, 43, yang terbabit dalam kerja pembinaan seperti membina dan membaiki rumah di sekitar kawasan berhampiran.
Syazwani memberitahu tidak pernah gayat apabila melakukan pembinaan rumah seperti memanjat bumbung rumah bagi memasang dan membaiki atap rumah.
“Saya sudah biasa melakukan kerja sedemikian selain tidak pernah berasa gayat.”
Bukan itu sahaja, gadis ini turut mahir menebar roti canai dan pernah membantu ibunya meniaga berniaga makanan di gerai berhampiran rumahnya.
IBU AKUI ANAK SUKA KERJA LASAK
Sementara itu, ibunya, Mastura Masran, 39, berkata, anak kedua dari sembilan beradik itu memang gemar melakukan kerja lasak.
Katanya, dia tidak hairan anaknya boleh melakukan kerja yang sering dibuat orang lelaki kerana dia juga pernah membantu orang tuanya di kebun .
“Kebiasaan anak gadis yang tinggal di tanah rancangan Felda akan membantu ibu bapa bekerja di ladang.”
Sumber: Harian Metro
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Jangan Culas Tegur Ke Arah Kebaikkan Supaya Tidak Dituntut Akhirat Nanti. Ikuti Peringatan Ustazah Asma’ Harun Ini.
Di AKHIRAT nanti, semua dari kita akan saling tuntut menuntut.
Tiada seorg pun yg terlepas.
Di dunia ini kita boleh cakap kita halalkan semuanya dan takkan saling menuntut di akhirat, ttp bila di Pdg Mahsyar, bau neraka pun kita dah tercium walau pun jaraknya 500 perjalanan lg, semua org dlm ketakutan dan semua org takkan terlepas dari tuntut menuntut.
Org LELAKI paling byk di tuntut di akhirat…
Isterinya, anaknya, mak ayah, mertuanya dan adik beradiknya (walaupun sudah berkahwin).
Jika ramai isterinya, maka ramailah isterinya yg akan menuntut segala pahala darinya.
Jika ramai anaknya, maka ramailah anaknya yg akan menuntut pahalanya di akhirat.
Begitu juga ibubapa yg sakit, walaupun di dunia ni tidak menjaga ibu bapa yg sakit,
mak ayah kata dia redha ttp di akhirat nanti semuanya akan di tuntut.
Jika ada mertua ttp tidak menjaga hak mertua,
di akhirat juga akan di tuntut kelak.
Jika punya adik beradik perempuan, mrk juga akan menuntut pahala darinya, sampai habis dan tidak cukuplah pahala org lelaki, lalu berpindahlah dosa2 org yg menuntut itu pd org lelaki itu.
Di dunia ini semuanya nampak simple dan ramai yg ambil mudah…
Contoh: suami sedang tidur walaupun sudah masuk waktu solat.
ISTERI kena kejutkan suami bangun dan solat sbb akhirat nanti, suami akan tuntut kenapa isteri tidak kejutkan suami yg sedang tidur.
Di dunia ini kita nampak kecil shj benda ni ttp di akhirat nanti sebesar-besar kuman pun suami akan tuntut pd isteri.
Di dunia ini jika SUAMI membiarkan isteri2 dan anak2 mrk tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan sebagainya, di akhirat nanti para isteri dan anak2 akan saling menuntut pd suami sbb tidak menegur dan melarang dari melakukan dosa.
Benda ini mungkin, nampak mudah di dunia ttp di akhirat, sebesar-besar kuman pun mrk akan tuntut.
Itu belum lg bab dlm BERKAWAN…
Jika kita ada ilmu agama, kita tidak sampaikan pd kawan2, kita biarkan kawan2 kita dlm kealpaan dunia, kita tidak melunaskan tanggungjawab sebagai kawan.
Maka di akhirat nanti kawan2 akan dtg menuntut hak kpd kita.
Hidup kita di dunia ni semuanya akan di hisab walaupun dlm Facebook.
Jgn ingat di alam maya ni, Allah tak hitung amalan kita.
Apa sj walaupun sekecil kuman Allah akan hisab.
Seorg perempuan beragama Islam yg mendedahkan AURAT jika tiada satu pun kawan2 yg menegur dia utk menutup aurat, di akhirat nanti semua kawan2nya akan di tanya Allah kenapa tidak menegur kawan itu supaya menutup aurat dan kawan yg tidak menutup aurat itu akan menuntut semua pahala dari kawan2 yg tidak menegurnya.
Nampak?
Ini antara hak seorg kawan…
Kita ada ilmu agama tp kita tidak lunaskan haknya sebagai sahabat.
Sumber: Ustazah Asma’ Harun
“Biasanya Arwah Tegur Saya Tapi Hari Itu…” – Pilu Hati Adik Selepas Abang Maut Kemalangan
Pilu hati seorang adik apabila abangnya yang baru balik daripada menziarahi ibu bapa mereka maut dalam sebuah kemalangan.
Muhammad Sufian Muhammad Yusari, 22, berkata Allahyarham abangnya, Muhammad Fadzli, 40, bertandang ke rumah keluarga di Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, malam kelmarin.
Arwah sempat menziarahi ibu, Jumiah Saman, 59, yang baharu selesai ujian dialisis buah pinggang dan bapa, Muhammad Yusari Shuib, 69, terlantar akibat patah tulang antara pinggul dan paha selepas terjatuh di kebun minggu lalu.
“Sebelum kejadian, arwah abang sempat berjumpa emak dan ayah dan tak sangka selepas itu dia terlibat dalam kemalangan maut,” katanya.
Muhammad Sufian menjelaskan kali terakhir dia berjumpa arwah abangnya di rumah ibu bapanya ketika menghantar seorang ahli keluarga yang bekerja di Kapar, Klang kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian kemalangan maut membabitkan arwah ketika memandu dalam perjalanan pulang ke rumah jam 2.30 pagi.
“Biasanya arwah tegur saya tapi hari itu abang tidak banyak bercakap dan mendiamkan diri.”
“Rakan sekampung hubungi saya memaklumkan abang terbabit dalam kemalangan dan saya sempat melihat jenazah abang dibawa keluar dari kenderaannya”
Allahyarham Muhammad Fadzli disifatkan sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa selain disenangi dalam kalangan ahli keluarga dan saudara-mara.
“Sepanjang hayatnya arwah cuba tunaikan segala permintaan ibu dan ayah, selain tidak pernah mengeluh. Walaupun sukar menerima hakikat ini, namun saya reda dan berdoa arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.”
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Muhammad Fadzli maut selepas Perodua Myvi yang dipandunya melanggar Mercedez Benz C200 dipandu seorang warga emas berusia 66 tahun yang menghentikan kenderaannya di tengah jalan dari arah Rawang ke Tanjong Karang.
Pelanggaran itu dipercayai mengakibatkan Muhammad Fadzli gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas masuk ke dalam parit dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, jam 2 petang.
Sumber: Sinar Harian